English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

BELANJAWAN 2017- KOMEN-KOMEN OLEH AWER

SIARAN MEDIA - 25 OKTOBER 2016 (SELASA) BELANJAWAN 2017- KOMEN-KOMEN OLEH AWER Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia telah mengkaji perincian belanjawan 2017 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan dan telah membandingkannya dengan Rancangan Malaysia ke (RMK) 9, 10 dan 11. Komen terperinci kami adalah seperti berikut: 1.  Sektor Perkhidmatan Air (Perawatan dan Bekalan Air serta Pembentungan) Perdana Menteri telah mengumumkan tentang kepentingan untuk melindungi kawasan tadahan........

KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGULANGI RUNDINGAN TERUS YANG BERLAKU SEMASA ERA DR MAHATHIR BAGI LOJI JANAKUASA YANG MELAHIRKAN PENJANA-PENJANA BEBAS GENERASI PERTAMA YANG "KEJAM"

SIARAN MEDIA - 04 OGOS 2016 (KHAMIS) KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGULANGI RUNDINGAN TERUS YANG BERLAKU SEMASA ERA DR MAHATHIR BAGI LOJI JANAKUASA YANG MELAHIRKAN PENJANA-PENJANA BEBAS GENERASI PERTAMA YANG "KEJAM" Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan proses pembidaan kompetitif untuk pembinaan loji janakuasa. AWER berdiri teguh dengan pendirian kami bahawa tarif elektrik yang berpatutan dan saksama hanya boleh dicapai melalui pembidaan kompetitif yang........

SIARAN MEDIA : KERAJAAN MESTI TELUS DALAM PENETAPAN TARIF ELEKTRIK

SIARAN MEDIA : 26 JUN 2016 (AHAD) KERAJAAN MESTI TELUS DALAM PENETAPAN TARIF ELEKTRIK Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan ketelusan dalam penetapan tarif elektrik dan kos bahan api. Gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM 15.20 bagi setiap mmBTU bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menaikkan harga gas asli berpaip bagi penjanaan elektrik sebanyak RM 3.00 setiap........

PENGGUNA TERPAKSA MENANGGUNG KOS TAMBAHAN DI ANTARA RM 11.2 BILION DAN RM 15.4 BILION DISEBABKAN KEMELUT TRACK 4A & 4B

SIARAN MEDIA - 28 APRIL 2016 (KHAMIS) PENGGUNA TERPAKSA MENANGGUNG KOS TAMBAHAN DI ANTARA RM 11.2 BILION DAN RM 15.4 BILION DISEBABKAN KEMELUT TRACK 4A & 4B 1. Track 4A - Kegagalan Berterusan Untuk Memuktamadkan Sumber Kewangan (Financial Close) Kedua-dua Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA telah menggunakan pelbagai alasan yang meragukan untuk menjustifikasikan penganugerahan Track 4A (loji 1000-1400 MW kitar bersepadu gas turbin-CCGT) melalui rundingan terus. Track 4A dijadualkan untuk memuktamadkan........

HARI AIR SEDUNIA 2016 - DI MANAKAH KITA BERADA SELEPAS SATU DEKAD?

SURAT KEPADA PENGARANG - 21 Mac 2016 (ISNIN) HARI AIR SEDUNIA 2016 - DI MANAKAH KITA BERADA SELEPAS SATU DEKAD? Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Sambutan ini adalah bertujuan untuk menandakan kepentingan air kepada tamadun manusia dan alam sekitar. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (2005 - 2015) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sambutan tahunan ini akan diteruskan, tetapi sejauh manakah pencapaian Malaysia selepas sedekad untuk air? Kawasan Tadahan Air Kegagalan........

ADAKAH LOJI-LOJI JANAKUASA SUDAH MENJADI CENDERAHATI (DOOR GIFTS)?

SIARAN MEDIA - 07 MAC 2016 (ISNIN) ADAKAH LOJI-LOJI JANAKUASA SUDAH MENJADI CENDERAHATI (DOOR GIFTS)? 1. PERMINTAAN TENAGA ELEKTRIK SEMENANJUNG MALAYSIA Jadual 1 menunjukkan peningkatan permintaan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dari tahun kewangan 2011 hingga 2015. Ia terbukti bahawa peningkatan permintaan tenaga elektrik telah menurun selepas tahun kewangan 2012. Penurunan dalam peningkatan permintaan tenaga elektrik juga bermakna tidak wujud keperluan untuk mempercepatkan (fast track)........

RESPON AWER KEPADA SIARAN MEDIA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MENGENAI TPPA

SIARAN MEDIA - 21 JANUAR1 2016 (KHAMIS) RESPON AWER KEPADA SIARAN MEDIA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MENGENAI TPPA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin respon kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 4 Januari 2016 yang berkaitan dengan isu-isu TPPA yang dibangkitkan oleh AWER dalam artikel, "Environment issues and TPPA" di akhbar The Sun pada 28 disember 2015. Pertama sekali, kami ingin........

LOJI-LOJI JANAKUASA TRACK 4A, TRACK 4B DAN 500 MW SOLAR SKALA UTILITI - KELAM KABUT DI SEKTOR PENJANAAN TENAGA

SIARAN MEDIA - 16 DISEMBER 2015 (RABU) LOJI-LOJI JANAKUASA TRACK 4A, TRACK 4B DAN 500 MW SOLAR SKALA UTILITI - KELAM KABUT DI SEKTOR PENJANAAN TENAGA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah berulang kali membangkitkan isu-isu mengenai bidaan kompetitif yang adil dan telus serta impak positifnya kepada tarif elektrik serta mendisiplinkan pemain-pemain industri penjanaan elektrik. Akan tetapi, kekurangan etika dan disiplin pegawai-pegawai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau........

KAJIAN JAMINAN TENAGA KEBANGSAAN: KETELUSAN STRUKTUR TARIF DAN KOS BAHAN API

SIARAN MEDIA - 10 DISEMBER 2015 (KHAMIS) KAJIAN JAMINAN TENAGA KEBANGSAAN: KETELUSAN STRUKTUR TARIF DAN KOS BAHAN API Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan ketelusan dalam struktur tarif elektrik dan harga kos bahan api. Kos gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM 15.20 setiap mmBTU bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Kini, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga gas asli berpaip untuk penjanaan........

KeTTHA DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI TELUS DALAM PENGUMUMAN SEMAKAN SEMULA TARIF

SIARAN MEDIA - 09 DISEMBER 2015 (RABU) KeTTHA DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI TELUS DALAM PENGUMUMAN SEMAKAN SEMULA TARIF Persatuan Penyelidikan Air dan Penyelidikan Tenaga Malaysia (AWER) bimbang dengan kaedah tidak telus Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga dalam mengumumkan semakan semula tarif bagi tempoh Januari hingga Jun 2016. Maklumat dimanipulasi untuk menggambarkan situasi yang berbeza berbanding dengan keadaan yang sebenar. KeTTHA dan Suruhanjaya........

PENJUALAN ASET-ASET TENAGA 1MDB

SIARAN MEDIA - 22 NOVEMBER 2015 (AHAD) PENJUALAN ASET-ASET TENAGA 1MDB Dalam beberapa minggu yang lepas, penjualan aset-aset tenaga 1MDB telah dilaporkan secara meluas oleh media dengan pelbagai isu telah diutarakan. Walau bagaimanapun, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin mengutarakan beberapa isu untuk perhatian kerajaan bagi memastikan jaminan tenaga Malaysia dibela dan dilindungi. 1. HAD PEMILIKAN EKUITI ASING - IKUT PERATURAN-PERATURAN YANG DITETAPKAN Tiada pemansuhan........

RUNDINGAN TERUS TRACK 4A MENGHANTUI SEKTOR TENAGA ELEKTRIK MALAYSIA

SIARAN MEDIA - 29 OKTOBER 2015 (KHAMIS) RUNDINGAN TERUS TRACK 4A MENGHANTUI SEKTOR TENAGA ELEKTRIK MALAYSIA Kali pertama Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membangkitkan isu berkaitan rundingan terus Track 4A adalah pada 21 Mei 2014. Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah bergembleng tenaga dalam memutar belitkan fakta kejuruteraan untuk mewajarkan sebab-sebab Track 4A dianugerahkan melalui rundingan terus. Malah, Menteri KeTTHA sendiri........

KOMEN-KOMEN MENGENAI BELANJAWAN 2016

SIARAN MEDIA - 26th OKTOBER 2015 (ISNIN) KOMEN-KOMEN MENGENAI BELANJAWAN 2016 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji belanjawan terperinci bagi tahun 2016 dan membandingkannya dengan Rancangan Malaysia ke-9, ke-10 dan ke-11. Komen-komen terperinci kami adalah seperti berikut: 1. Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (PSIPAN) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melewatkan pelaksanaan NWSIR sejak berakhirnya Rancangan Malaysia........

TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA: MARI KITA LIHAT PENDAPAT RAKYAT MALAYSIA MENGENAINYA DENGAN LEBIH MENDALAM

SIARAN MEDIA - 1 JULAI 2015 (RABU) TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA: MARI KITA LIHAT PENDAPAT RAKYAT MALAYSIA MENGENAINYA DENGAN LEBIH MENDALAM Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga. Rangka pensampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan........

TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA: ISU-ISU YANG MESTI DITANGANI

SIARAN MEDIA - 30 JUN 2015 (SELASA) TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA: ISU-ISU YANG MESTI DITANGANI Tenaga nuklear telah dikenal pasti sebagai satu lagi sumber tenaga yang akan diguna pakai dalam campuran tenaga (energy mix) Malaysia. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) berpendapat bahawa penglibatan pihak-pihak berkepentingan yang lebih efektif perlu dilaksanakan kerana pembangunan tenaga nuklear bukanlah satu isu yang mudah. Sejumlah RM 76,627,219 telah diperuntukkan bagi Tenaga........

SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK YANG KELAM KABUT: PROJEK LOJI JANAKUASA TRACK 3B

SIARAN MEDIA - 18 JUN 2015 (KHAMIS) SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK YANG KELAM KABUT: PROJEK LOJI JANAKUASA TRACK 3B Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan isu berkaitan dengan kelewatan dalam pembinaan loji janakuasa Jimah East (Track 3B) beberapa kali sejak kami mengesan sesuatu yang tidak kena dalam projek ini pada suku ketiga 2014. Terdapat beberapa cadangan yang telah diberikan kepada Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)........

KENAIKAN HARGA GAS ASLI KEPADA SEKTOR KOMERSIL DAN INDUSTRI

SIARAN MEDIA-10 JUN 2015 (RABU) KENAIKAN HARGA GAS ASLI KEPADA SEKTOR KOMERSIL DAN INDUSTRI Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin membawa kepada perhatian semua berkenaan kenyataan media Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 21 Januari 2015, "faktor lain yang juga perlu diambil kira adalah penetapan harga LNG berasaskan nilai eksport gas asli cecair dari Bintulu dan harga Japan Customs-Cleared Crude (JCCC), di mana berlaku kesan pengekoran harga (lagging........

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2015: TUJUH BILION IMPIAN. SATU PLANET. GUNA SECARA BERTANGGUNGJAWAB.

SURAT KEPADA PENGARANG - 04 JUN 2015 (KHAMIS) HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2015: TUJUH BILION IMPIAN. SATU PLANET. GUNA SECARA BERTANGGUNGJAWAB. Hari Alam Sekitar Sedunia disambut setiap 5 Jun. Tema tahun ini mengutarakan kerisauan masyarakat global secara tepat, 'Tujuh Bilion Impian. Satu Planet. Guna Secara Bertanggungjawab. (Seven Billion Dreams. One Planet. Consume With Care.)'. Tiga isu utama yang telah diketengahkan adalah Air, Tenaga dan Makanan. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga........

KEMALAPAN ISU-ISU TENAGA DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (RMK11)

SIARAN MEDIA - 28 MEI 2015 (KHAMIS) KEMALAPAN ISU-ISU TENAGA DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (RMK11) Ini adalah komen bahagian kedua oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mengenai RMK11. Komen-komen ini adalah berdasarkan kepada laporan-laporan dan cadangan-cadangan yang diterbitkan oleh AWER berbanding dengan maklumat di dalam RMK11 (dibaca bersama dengan Kertas-kertas Strategi oleh EPU), Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9). 1. Bekalan Elektrik........

BEDAH SIASAT ISU-ISU AIR DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE 11 (RMK11)

SIARAN MEDIA - 27 MEI 2015 (RABU) BEDAH SIASAT ISU-ISU AIR DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE 11 (RMK11) Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menyediakan komen-komen bagi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Komen-komen ini adalah berdasarkan kepada laporan-laporan dan cadangan-cadangan yang diterbitkan oleh AWER berbanding dengan maklumat di dalam RMK11 (dibaca bersama dengan Kertas-kertas Strategi oleh EPU), Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9). 1........

LOJI JANAKUASA JIMAH EAST: PENYELESAIAN DARIPADA AWER UNTUK MENGELAKKAN KOS TAMBAHAN KEPADA TARIF ELEKTRIK

SIARAN MEDIA - 22 APRIL 2015 (RABU) LOJI JANAKUASA JIMAH EAST: PENYELESAIAN DARIPADA AWER UNTUK MENGELAKKAN KOS TAMBAHAN KEPADA TARIF ELEKTRIK Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah berulang kali mengutarakan isu-isu berkaitan dengan penganugerahan dan pembinaan loji-loji janakuasa. Kesemua isu-isu yang diutarakan telah terbukti kesahihannya sehingga kini. Tambahan pula, isu-isu yang diutarakan ini hanya membuktikan bahawa Suruhanjaya Tenaga telah gagal menjalankan tugas-tugas........

LOJI JANAKUASA MANJUNG 4: SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK MEMERLUKAN KERANGKA PENGAWAL SELIAAN YANG LEBIH KETAT

SIARAN MEDIA - 6 APRIL 2015 (ISNIN) LOJI JANAKUASA MANJUNG 4: SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK MEMERLUKAN KERANGKA PENGAWAL SELIAAN YANG LEBIH KETAT Minggu lepas, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menerima maklumat bahawa loji janakuasa arang batu 1000 MW Manjung 4 milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dapat memenuhi Tarikh Operasi Komersil (Commercial Operation Date - COD) pada 31 Mac 2015. COD bagi Manjung 4 dijangka mengalami kelewatan di antara 2 minggu hingga 4 minggu........

LOJI JANAKUASA TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: SURUHANJAYA TENAGA MESTI TELUS

SIARAN MEDIA - 2 APRIL 2015 (KHAMIS) LOJI JANAKUASA TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: SURUHANJAYA TENAGA MESTI TELUS Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia telah mengutarakan isu-isu berkaitan dengan kedua-dua loji janakuasa Tanjung Bin dan Jimah East sejak suku keempat tahun 2014. Situasi kini semakin keruh disebabkan oleh putar belit Suruhanjaya Tenaga! Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen minggu lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menyatakan beberapa sebab yang boleh menyebabkan........

Jaminan Bekalan Air Kita adalah Masa Depan Kita Bersama: Adakah kita telah mencapai sasaran?

SURAT KEPADA PENGARANG - 21 Mac 2015 (SABTU) Jaminan Bekalan Air Kita adalah Masa Depan Kita Bersama: Adakah kita telah mencapai sasaran? Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Sambutan ini adalah bertujuan untuk menandakan kepentingan air terutamanya kepada manusia. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (2005 - 2015) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tema sambutan tahun ini adalah 'Air dan Pembangunan Lestari'. Dalam tahun terakhir Dekad untuk Air ini, apakah........

KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: TEKNIK MENANGGUH OLEH SURUHANJAYA TENAGA

SIARAN MEDIA - 4 MAC 2015 (RABU) KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: TEKNIK MENANGGUH OLEH SURUHANJAYA TENAGA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan isu mengenai kelewatan dalam menyiapkan pembinaan loji janakuasa Tanjung Bin dan Jimah East beberapa kali. Berdasarkan pemodelan AWER, kelewatan dalam menyiapkan loji janakuasa 1000MW Tanjung Bin akan menyebabkan kos bahan api tambahan sebanyak RM 321.97 juta untuk kelewatan selama 6 bulan dan kos tambahan boleh........

KEENGGANAN UNTUK MENGURANGKAN HARGA PRODUK DAN PERKHIDMATAN SELEPAS PENGURANGAN HARGA BAHAN API BERKEMUNGKINAN MENJADI PENGHALANG KEPADA MALAYSIA UNTUK MENCAPAI HARGA PASARAN BAGI SUMBER-SUMBER TENAGA

SURAT KEPADA PENGARANG - 05 Februari 2015 (Khamis) KEENGGANAN UNTUK MENGURANGKAN HARGA PRODUK DAN PERKHIDMATAN SELEPAS PENGURANGAN HARGA BAHAN API BERKEMUNGKINAN MENJADI PENGHALANG KEPADA MALAYSIA UNTUK MENCAPAI HARGA PASARAN BAGI SUMBER-SUMBER TENAGA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah memantau perkembangan mengenai harga tenaga dan kesannya kepada ekonomi Malaysia secara berterusan. Pencatutan (profiteering) merupakan penyakit kronik yang boleh diperhatikan dalam semakan........

SIARAN MEDIA: KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: SUSAH SANGATKAH BAGI SURUHANJAYA TENAGA UNTUK MEMATUHI AKTA-AKTA SENDIRI?

SIARAN MEDIA-29 JANUARI 2015 (KHAMIS) KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: SUSAH SANGATKAH BAGI SURUHANJAYA TENAGA UNTUK MEMATUHI AKTA-AKTA SENDIRI? Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan isu mengenai kelewatan dalam menyiapkan pembinaan loji janakuasa Tanjung Bin dan Jimah East beberapa kali. Mengikut pemodelan AWER, kelewatan dalam menyiapkan loji janakuasa 1000MW Tanjung Bin akan menyebabkan kos bahan api tambahan sebanyak RM 321.97 juta untuk kelewatan selama........

KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: ADAKAH SURUHANJAYA TENAGA MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BERTANGGUNGJAWAB?

SIARAN MEDIA - 14 JANUARI 2015 (RABU) KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: ADAKAH SURUHANJAYA TENAGA MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BERTANGGUNGJAWAB? Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan isu mengenai kelewatan dalam menyiapkan pembinaan loji jana kuasa Tanjung Bin dan Jimah East beberapa kali. Akan tetapi, Suruhanjaya Tenaga membisu mengenai perkara ini. Berikut adalah ringkasan isu-isu: ISU 1. KELEWATAN MALAKOFF DALAM MENYIAPKAN PROJEK LOJI JANAKUASA ARANG BATU........

BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI BANJIR YANG LEBIH TERUK JIKA KADAR PENGONDOLAN HUTAN BERTERUSAN!

SURAT KEPADA PENGARANG - 28 Disember 2014 (Ahad) BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI BANJIR YANG LEBIH TERUK JIKA KADAR PENGONDOLAN HUTAN BERTERUSAN! Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) memandang serius cubaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, tidak logik, bodoh dan kurang waras untuk mengaitkan banjir sekarang dengan menuding jari kepada "hukuman daripada Tuhan" ataupun menyatakan kejadian banjir ini sebagai satu banjir luar biasa. Sebenarnya, jika pengondolan hutan kita........

KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN MELINDUNGI RAKYAT?

SIARAN MEDIA | 17 DESEMBER 2014 (RABU) KELEWATAN TANJUNG BIN DAN JIMAH EAST: ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN MELINDUNGI RAKYAT? Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga. Rangka persampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2010........

TANJUNG BIN ENERGY DAN JIMAH EAST POWER - SIAPA YANG LEWAT DAN SIAPA YANG BAYAR?

SIARAN MEDIA - 03 DISEMBER 2014 (RABU) TANJUNG BIN ENERGY DAN JIMAH EAST POWER - SIAPA YANG LEWAT DAN SIAPA YANG BAYAR? Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menilai semula penalti yang dikenakan apabila berlakunya kelewatan dalam pembinaan loji janakuasa. Kini, kedua-dua Tanjung Bin 1000 MW (dijadual siap pada 1 Mac 2016) dan Jimah East (unit pertama dijadual siap pada 15 November 2018 dan unit........

KAJIAN JAMINAN TENAGA KEBANGSAAN - APAKAH PENDAPAT RAKYAT MALAYSIA MENGENAI PENGURANGAN SUBSIDI?

SIARAN MEDIA | 06 NOVEMBER 2014 (KHAMIS) KAJIAN JAMINAN TENAGA KEBANGSAAN - APAKAH PENDAPAT RAKYAT MALAYSIA MENGENAI PENGURANGAN SUBSIDI? Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga. Rangka pensampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan........

KOMEN MENGENAI BELANJAWAN 2015

SIARAN MEDIA - 12 OKTOBER 2014 (AHAD) KOMEN MENGENAI BELANJAWAN 2015 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah memperincikan komen-komen mengenai Belanjawan 2015. 1. Sektor Air Ia adalah berita baik di mana National Water Blueprint akan dibangunkan dengan meliputi pelbagai aspek. AWER memuji langkah ini kerana banyak daripada cadangan kami telah dirangkumi ke dalam pembangunan blueprint ini termasuk sektor industri dan pertanian yang telah lama diabaikan. Kami menggesa penglibatan........

ANGGARAN KEHILANGAN PENDAPATAN DISEBABKAN NRW DI ANTARA TAHUN 2008 DAN TAHUN 2013 MELEBIHI RM 10 BILLION

SIARAN MEDIA - 7 OKTOBER 2014 (SELASA) ANGGARAN KEHILANGAN PENDAPATAN DISEBABKAN NRW DI ANTARA TAHUN 2008 DAN TAHUN 2013 MELEBIHI RM 10 BILLION Sejak 2011, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan kajian pemodelan untuk menentukan kehilangan pendapatan yang disebabkan oleh Air Tidak Terhasil (NRW). Keputusan kajian telah diterbitkan pada tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan agensi-agensi berkaitan melaksanakan cadangan AWER dalam usaha untuk membendung kehilangan........

SUBSIDI PETROL DAN DIESEL AKAN DIHAPUSKAN SECARA BERKALA, APAKAH ALTERNATIF UNTUK PENGGUNA?

02 OKTOBER 2014 - SURAT KEPADA PENGARANG SUBSIDI PETROL DAN DIESEL AKAN DIHAPUSKAN SECARA BERKALA, APAKAH ALTERNATIF UNTUK PENGGUNA? Penghapusan subsidi akan sentiasa mempunyai pelbagai reaksi dari semua peringkat pihak berkepentingan. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin ketepikan isu-isu yang berkaitan dengan kos. Mari kita lihat kepada realiti, apakah alternatif yang ada atau boleh disediakan untuk rakyat and sektor perniagaan apabila penghapusan subsidi dilaksanakan?........

BEDAH-SIASAT SURUHANJAYA TENAGA DAN LOJI-LOJI JANAKUASA ARANG BATU YANG KOTOR - SIAPA YANG BAYAR UNTUK KETIDAKCEKAPAN MEREKA?

SIARAN MEDIA - 25 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS) BEDAH-SIASAT SURUHANJAYA TENAGA DAN LOJI-LOJI JANAKUASA ARANG BATU YANG KOTOR - SIAPA YANG BAYAR UNTUK KETIDAKCEKAPAN MEREKA? Kebelakangan ini, sektor penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia telah dilanda pelbagai adegan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di mana ia akan menyebabkan lebih banyak masalah dan menyalurkan kos tambahan untuk ditanggung oleh kedua-dua pengguna domestik dan perniagaan. Membuat ikrar untuk bidaan kompetitif dan akhirnya........

MEKANISME PENETAPAN TARIF AIR YANG TELUS

SIARAN MEDIA - 09 SEPTEMBER 2014 (SELASA) MEKANISME PENETAPAN TARIF AIR YANG TELUS Sejak 2011, AWER sentiasa menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan mekanisme penetapan tarif yang telus untuk tarif air. Pada awal tahun 2013, Kerajaan Persekutuan telah akhirnya komited untuk membenarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan mekanisme penetapan tarif yang telus seperti yang dicadangkan oleh AWER. Hari ini, AWER telah menerima maklumat daripada SPAN bahawa langkah-langkah........

DRAMA TRACK 4A - CONTOH JELAS BAGAIMANA KOS YANG TIDAK BERPATUTAN DISALURKAN KEPADA TARIF ELEKTRIK

SIARAN MEDIA - 4 OGOS 2014 (ISNIN) DRAMA TRACK 4A - CONTOH JELAS BAGAIMANA KOS YANG TIDAK BERPATUTAN DISALURKAN KEPADA TARIF ELEKTRIK Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah sekian lama menggesa kerajaan memastikan pelaksanaan tarif elektrik yang telus, saksama dan berpatutan. Penghapusan subsidi gas asli bagi sektor tenaga akan menaikkan harga gas asli untuk penjanaan tenaga elektrik. Di samping itu, Tarif Galakan (FiT) sudahpun mengenakan levi 1.6%. Cukai Barangan dan Perkhidmatan........

TNB MESTI TOLAK TAWARAN TRACK 4A DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI MELAKSANAKAN PEMBIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS

SIARAN MEDIA - 21 JULAI 2014 (ISNIN) TNB MESTI TOLAK TAWARAN TRACK 4A DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI MELAKSANAKAN PEMBIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS Sudah lebih sebulan sejak YTL Power International menarik diri daripada rundingan terus Track 4A. Sepatutnya tawaran rundingan terus itu terbatal dan tidak sah selepas penarikan diri YTL. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Tenaga, sebuah agensi yang gagal melaksanakan pembidaan kompetitif yang telus, berkata tawaran itu masih sah. Persatuan Penyelidikan........

KOMEN AWER MENGENAI LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2013 - SIRI 2

SURAT KEPADA PENGARANG - 20 JUN 2014 KOMEN AWER MENGENAI LAPORAN  KETUA AUDIT NEGARA 2013 - SIRI 2 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) memuji usaha Ketua Audit Negara yang memandang serius operasi industri perkhidmatan air. Laporan ini telah memperincikan kelemahan pada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Jabatan Kerja Raya Sarawak (pengurusan loji rawatan air) dan program bekalan air luar bandar di Sarawak. Sejak 2011, AWER telah menekankan keperluan dan kepentingan........

PEMBIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS ADALAH SATU-SATUNYA HALATUJU KE HADAPAN UNTUK MALAYSIA

SIARAN MEDIA - 19 JUN 2014 (KHAMIS) PEMBIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS ADALAH SATU-SATUNYA HALATUJU KE HADAPAN UNTUK MALAYSIA Penarikan diri oleh YTL Power International daripada rundingan terus Track 4A akan memaksa Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menjalankan pembidaan kompetitif yang telus. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan sekali lagi bahawa pengurangan kos pembinaan loji janakuasa hanya boleh dicapai melalui........

AWER MENYERU MENTERI KeTTHA DAN AGENSI BERKAITAN UNTUK BERHENTI PUTAR BELIT FAKTA BAGI MENJUSTIFIKASIKAN RUNDINGAN TERUS TRACK 4A

SIARAN MEDIA - 15 MEI 2014 (AHAD) AWER MENYERU MENTERI KeTTHA DAN AGENSI BERKAITAN UNTUK BERHENTI PUTAR BELIT FAKTA BAGI MENJUSTIFIKASIKAN RUNDINGAN TERUS TRACK 4A Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membidas penjelasan yang diberikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang tidak profesional dan tidak beretika di dalam laporan media baru-baru ini (Bernama- Kerajaan Timbang Semua Pilihan Sebelum Beri Projek Turbin Gas - Ongkili, bertarikh 12 Jun 2014) yang........

PARA PEGAWAI KANAN KeTTHA DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI MELAKSANAKAN PROSES BIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS ATAU LETAK JAWATAN!

SIARAN MEDIA 10 JUN 2014 (SELASA) PARA PEGAWAI KANAN KeTTHA DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI MELAKSANAKAN PROSES BIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS ATAU LETAK JAWATAN! Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menolak sebab-sebab yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar Suruhanjaya Tenaga yang bertarikh 31 Mei 2014 bagi membenarkan rundingan terus untuk pembinaan Track 4A. Sejak 2011, kami telah membangkitkan berulang kali kepada bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengenai........

TARIF ELEKTRIK MUNGKIN MENINGKAT DI ANTARA 24% DAN 39% DALAM MASA 18 BULAN JIKA HARGA GAS ASLI BAGI SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK MENCAPAI HARGA PASARAN PADA 1 JAN 2016

SIARAN MEDIA | 21 MEI 2014 (RABU) TARIF ELEKTRIK MUNGKIN MENINGKAT DI ANTARA 24% DAN 39% DALAM MASA 18 BULAN JIKA HARGA GAS ASLI BAGI SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK MENCAPAI HARGA PASARAN PADA 1 JAN 2016 Pada tahun 2013, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan bahawa sesi percubaan pelaksanaan Peraturan Berdasarkan Insentif (Incentive Based Regulation-IBR) akan dimulakan pada 1 Januari 2014 dan mekanisme penyaluran kos bahan api akan dilaksanakan juga. Kerajaan juga telah bertekad untuk menaikkan........

"PERSAHABATAN" DI ANTARA AIR DAN TENAGA

SURAT KEPADA PENGARANG Tarikh: 21 Mac 2014 (JUMAAT) SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PADA 22 MAC 2014 - "PERSAHABATAN" DI ANTARA AIR DAN TENAGA Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Ia adalah untuk menandakan kepentingan air terutamanya kepada manusia. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (2005 - 2015) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tema sambutan tahun ini ialah "Air dan Tenaga". Perjalanan "persahabatan" di antara air dan tenaga bermula apabila air dari permukaan bumi........

SURAT KEPADA PENGARANG: MERANCANG UNTUK KRISIS AIR?

SURAT KEPADA PENGARANG - 24 Januari 2014 MERANCANG UNTUK KRISIS AIR? Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menekankan berulang kali keperluan untuk margin simpanan air terawat yang lebih tinggi dan perlindungan kawasan tadahan air. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kita boleh melihat kesan perubahan corak cuaca kepada sumber air kita . Adakah Terdapat Pengajaran Untuk Dipelajari? Pengajaran pertama: kemarau atau tempoh yang lama tanpa hujan atau dengan hujan yang........

LEBIH DARIPADA RM 42 BILION TIDAK AKAN DI AMBIL DARIPADA POKET PENGGUNA DOMESTIK DI ANTARA TAHUN 2025 DAN 2030 JIKA KERAJAAN MELAKSANAKAN DASAR-DASAR KECEKAPAN TENAGA YANG BETUL

Tarikh: 11 Februari 2014 (SELASA) LEBIH DARIPADA RM 42 BILION TIDAK AKAN DI AMBIL DARIPADA POKET PENGGUNA DOMESTIK DI ANTARA TAHUN 2025 DAN 2030 JIKA KERAJAAN MELAKSANAKAN DASAR-DASAR KECEKAPAN TENAGA YANG BETUL Kenaikan tarif tenaga elektrik yang mendadak baru-baru ini telah mengejutkan rakyat Malaysia dan bimbang tentang implikasi kos bagi barangan dan perkhidmatan. Kesan daripada kenaikan tarif tenaga elektrik yang sepenuhnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas mulai bil bulan Februari........

MENGURANGKAN KOS OPERASI KERAJAAN, BOLEH BERMULA DARIPADA KeTTHA

SIARAN MEDIA - 13 Januari 2014 (ISNIN) MENGURANGKAN KOS OPERASI KERAJAAN, BOLEH BERMULA DARIPADA KeTTHA Langkah 1: Pelaksanaan Kaedah-kaedah Kecekapan Tenaga Berdasarkan Prinsip Kejuruteraan yang Betul untuk Mengurangkan Bil Elektrik Kerajaan Perdana Menteri telah menggariskan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan kos operasi kerajaan. Salah satu daripadanya adalah untuk mengurangkan kos elektrik sebanyak 5% untuk semua agensi kerajaan. Kerajaan tidak perlu membazirkan wang pembayar........

MENYELESAIKAN MASALAH BANJIR DENGAN KAEDAH SEMULAJADI

15 Disember 2013 MENYELESAIKAN MASALAH BANJIR DENGAN KAEDAH SEMULAJADI Isu banjir telah menghantui Malaysia untuk sekian lamanya. Kejadian banjir kini semakin 'ganas'. Pendirian Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) adalah kita hidup dalam keseimbangan dengan alam sekitar. Jika  keseimbangan ini diganggu, maka, kita akan menerima akibatnya. Di mana, Hukum Newton ketiga (hukum semesta) menekankan bahawa setiap tindakan mempunyai tindakbalas yang sama dan bertentangan........

TUBUH RCI UNTUK SELESAIKAN ISU-ISU IPP DAN PPA YANG MENGHANTUI EKONOMI MALAYSIA DAN RAKYAT SECARA MUKTAMAD

SIARAN MEDIA Tarikh: 12th Disember 2013 (KHAMIS) TUBUH RCI UNTUK SELESAIKAN ISU-ISU IPP DAN PPA YANG MENGHANTUI EKONOMI MALAYSIA DAN RAKYAT SECARA MUKTAMAD Mengapa KeTTHA Mengaburkan Rakyat dan Sektor Perniagaan Mengenai Pelanjutan PPA bagi IPP Generasi Pertama? Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kepada media Bahasa Cina pada 7 Disember 2013. Kenyataan KeTTHA bahawa "Penjanabebas........

SIARAN MEDIA: ADAKAH KERAJAAN MENYALURKAN KOS SEBENAR DAN SAKSAMA KEPADA TARIF ELEKTRIK?

SIARAN MEDIA Tarikh: 1 Disember 2013 (AHAD) ADAKAH KERAJAAN MENYALURKAN KOS SEBENAR DAN SAKSAMA KEPADA TARIF ELEKTRIK? Berdasarkan data Bank Dunia, purata peningkatan tahunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia di antara tahun 2004 dan 2011 adalah 4.88%. Berdasarkan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2011 (National Energy Balance 2011), purata peningkatan tahunan bagi Permintaan Tenaga Asas adalah 4.1% dan purata peningkatan permintaan tenaga elektrik adalah 4.88% di antara tahun 2004 dan 2011........

Pemegang Konsesi Industri Perkhidmatan Air Selangor Mesti Menerima Tawaran Kerajaan Negeri Selangor

23 November 2013 (Sabtu) - SURAT KEPADA PENGARANG Pemegang Konsesi Industri Perkhidmatan Air Selangor Mesti Menerima Tawaran Kerajaan Negeri Selangor Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) sentiasa mengikuti perkembangan proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (PSIPAN). Malah, kami telah berikan banyak tekanan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk melengkapkan proses PSIPAN menjelang akhir tahun ini kerana PSIPAN telah lewat 3 tahun........

KOMEN BELANJAWAN 2014 OLEH AWER

SIARAN MEDIA: 26 OKTOBER 2013 (SABTU) KOMEN BELANJAWAN 2014 OLEH AWER 1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Pelaksanaan GST bagi bekalan tenaga elektrik perlu dikaji semula oleh kerajaan. Ini disebabkan, komponen kos daripada Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) bagi Penjana Bebas (IPP) Generasi Pertama dan Kedua masih ditanggung oleh tarif elektrik semasa. Berdasarkan perbincangan AWER dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) baru-baru ini, ST tidak akan melakukan rundingan........

Laporan Ketua Audit Negara 2012: Komen-komen Mengenai Isu-isu Berkaitan dengan Air dan Tenaga Oleh AWER

SURAT KEPADA PENGARANG: Laporan Ketua Audit Negara 2012: Komen-komen Mengenai Isu-isu Berkaitan dengan Air dan Tenaga Oleh AWER 04 Oktober 2013 (Jumaat) Hentikan Agensi-agensi yang Bertindih Tugas (Redundant) Laporan Ketua Audit Negara menyentuh mengenai beberapa kegagalan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah berulang kali membangkitkan isu agensi-agensi yang bertindih........

Pengurusan Permintaan Air Terawat Adalah Penting Untuk Menjadikan Malaysia Cekap Air

SURAT KEPADA PENGARANG - 19 September 2013 (Khamis) Pengurusan Permintaan Air Terawat Adalah Penting Untuk Menjadikan Malaysia Cekap Air Bekalan air terawat berasaskan komuniti merupakan asas untuk pembangunan sistem bekalan air bersepadu. Dengan peningkatan penduduk dan pembangunan yang berterusan, permintaan bagi air terawat sentiasa meningkat. Di samping itu, zon-zon permintaan tidak lagi berasaskan komuniti. Sesetengah zon permintaan meletakkan jauh dari sumber air itu sendiri. Dengan kemajuan........

Peningkatan Kos Bahan Api Memerlukan Penyelesaian Jangka Masa Panjang

03 September 2013-SURAT KEPADA PENGARANG Peningkatan Kos Bahan Api Memerlukan Penyelesaian Jangka Masa Panjang YAB Perdana Menteri telah mengumumkan rasionalisasi subsidi untuk memastikan kedudukan kewangan negara adalah dalam keadaan baik. Pengumuman ini dan rasionalisasi subsidi selanjutnya boleh dilihat sebagai penyelesaian kewangan untuk mengurangkan defisit negara kita. Akan tetapi, adakah kita benar-benar menangani implikasi-implikasi bagi rakyat dan perniagaan dalam jangka masa panjang?........

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam. Selamat Hari Raya!.....

AWER Menggesa KeTTHA dan ST Tidak Membunuh Rakyat dan Ekonomi Malaysia Dengan Tarif Elektrik

SIARAN MEDIA - 5 OGOS 2013 (ISNIN) AWER MENGGESA KeTTHA dan ST TIDAK MEMBUNUH RAKYAT DAN EKONOMI MALAYSIA DENGAN TARIF ELEKTRIK Baru-baru ini, terdapat laporan berita bahawa tiada peluang pasaran yang adil untuk bidaan loji-loji janakuasa yang baru, Mekanisme Penyaluran Kos Bahan Api dan kedudukan sukar bagi Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai pengawal selia. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menerbitkan satu laporan bertajuk "Perjuangan: masa depan industri elektrik negara"........

SEDA PERLU BERHENTI OMONG KOSONG

SIARAN MEDIA - 17th Julai 2013 (Rabu) SEDA PERLU BERHENTI OMONG KOSONG Ini adalah respon kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang telah menjawab (pada 13 Julai 2013) saranan AWER untuk menutup SEDA dalam beberapa media tempatan. AWER ingin respon kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh SEDA yang telah mengelirukan orang ramai: (i)        Tarif Galakan (Feed-in-Tariff/FiT) dimaklumkan melalui laman web Dokumen-dokumen yang SEDA........

Parlimen Mesti Memastikan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Di Tutup

Surat Kepada Pengarang - 11 Julai 2013 Parlimen Mesti Memastikan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Di Tutup Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan pelbagai isu yang berkaitan dengan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) dan kaedah yang digunakan di Malaysia. Agenda Teknologi Hijau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan diikrarkan oleh YAB Perdana Menteri diganggu-gugat oleh peningkatan kelemahan dan pengaburan kebenaran (whitewashing)........

Struktur Semula Industri Perkhidmatan Pembentungan Dahulu, Ianya Sangat Busuk

SURAT KEPADA PENGARANG - 08 Julai 2013 Struktur Semula Industri Perkhidmatan Pembentungan Dahulu, Ianya Sangat Busuk Industri Perkhidmatan Air dibahagikan kepada Perawatan Air, Bekalan Air dan Perkhidmatan Pembentungan. Tiga komponen ini adalah perlu mengikuti proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu-isu yang berkaitan dengan struktur industri, ketelusan, kekurangan pembangunan infrastruktur, kegagalan dalam penswastaan........

Kesan Dasar-dasar Kecekapan Tenaga Kepada Penghasilan Sisa Berbahaya

SURAT KEPADA PENGARANG - 30 JUN 2013 (AHAD) KESAN DASAR-DASAR KECEKAPAN TENAGA KEPADA PENGHASILAN SISA BERBAHAYA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah melaksanakan kajian kes penghasilan sisa kesan daripada menghentikan penggunaan produk tidak cekap tenaga secara berperingkat. Kajian ini memfokus dalam menetapkan mekanisme yang sesuai supaya pelaksanaan dasar-dasar kecekapan tenaga tidak memberikan impak kepada alam sekitar. Kajian ini adalah sebahagian daripada Projek........

Siapa penyebab Jerebu?

SURAT KEPADA PENGARANG - 24 Jun 2013 Siapa penyebab Jerebu? Setelah lebih 20 tahun, Malaysia masih merana kerana jerebu yang berasal dari Indonesia akibat pembukaan tanah. Kita telah menggunakan segala saluran diplomatik untuk menyelesaikan hal ini melalui pendekatan ASEAN. Adakah kita telah berjaya? Jika di seberang sempadan kita, sebuah syarikat melepaskan gas toksik dan beberapa ratus rakyat Malaysia yang mati, adakah akan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Malaysia berdiam diri? Begitu........

Kawal Selia Industri - industri Intensif Tenaga dengan Ketat

SURAT KEPADA PENGARANG 18 JUN 2013 Kawal Selia Industri - industri Intensif Tenaga dengan Ketat Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (US Department of Energy), industri-industri intensif tenaga (energy intensive industry) adalah berkaitan dengan aluminium, acuan logam (metal casting), kimia, perlombongan, produk hutan, penapisan petroleum, kaca dan besi. Berdasarkan Projek Peningkatan Kecekapan Tenaga Perindustrian Malaysia (MIEEIP), terdapat 8 sub-sektor industri intensif tenaga iaitu, besi........

MEMORANDUM MENGENAI JAMINAN AIR DAN TENAGA UNTUK MALAYSIA

29 MEI 2013 (RABU) MEMORANDUM MENGENAI JAMINAN AIR DAN TENAGA UNTUK MALAYSIA kepada                > Ahli-ahli Parlimen yang baru (MP) > Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang baru (ADUN) > Kerajaan-kerajaan Negeri > Kerajaan Persekutuan > Media 1.         PENGENALAN Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) sentiasa mengadakan perbincangan dengan pelbagai........

Kerjasama Air: Adakah ia wujud di Malaysia?

KOMEN SEMPENA HARI AIR SEDUNIA - 20 MAC 2012 (RABU) KERJASAMA AIR: ADAKAH IA WUJUD DI MALAYSIA?   Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Ia adalah untuk menandakan kepentingan air dalam hidup kita dan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Dekad Air oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2005 - 2015). Pada tahun ini tema sambutan adalah 'Kerjasama Air' dan mewakili kepentingan kerjasama dalam menggunakan sumber air untuk tamadun manusia. Tahun ini juga telah dinamakan........

Kebuntuan Dalam Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor - Soal Jawab

SIARAN MEDIA - 06th MAC 2013 (RABU) KEBUNTUAN DALAM PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR - SOAL JAWAB SOALAN 1: Apakah itu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (PSIPAN)? JAWAPAN 1: Industri perkhidmatan air termasuk perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. PSIPAN dilaksanakan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air kerana pencapaiannya tidak memuaskan dan ia dilaksanakan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan........

Pemodelan Semula Situasi Krisis Air Bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

SIARAN MEDIA - 10 JANUAR1 2013 (KHAMIS) PEMODELAN SEMULA SITUASI KRISIS AIR BAGI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan satu kajian pemodelan linear dengan 1% margin simpanan air terawat bagi Selangor (termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya). Kajian ini telah mangambil kira kapasiti boleh-agih (distributable capacity) tambahan disebabkan pelaksanaan Projek Mitigasi Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Kerajaan Persekutuan. Projek Mitigasi Fasa........

Bolehkah Tarif Air Mentah Menyelesaikan Isu Pembalakan?

17 Disember 2012 - Surat Kepada Pengarang BOLEHKAH TARIF AIR MENTAH MENYELESAIKAN ISU PEMBALAKAN? Malaysia diberkati dengan hujan yang mencukupi dan 'hujan' adalah kata kunci untuk bekalan air mentah yang mencukupi untuk kita. Walau bagaimanapun, hutan dan tanah tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan air mentah berterusan untuk semua aktiviti kita kerana ia adalah sebahagian daripada kitaran air. Jika hutan dan tanah tinggi diubah, ia akan menjejaskan jaminan air........

Laksanakan Penstrukturan Semula Industri Air Selangor dan Langat 2 Dengan Selari

SIARAN MEDIA - DATE: 13th DISEMBER 2012 (KHAMIS) LAKSANAKAN PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR DAN LANGAT 2 DENGAN SELARI Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara tidak dapat dielakkan. Ia juga sama penting bagi orang ramai dan perniagaan sedar akan kekuatan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) sepenuhnya. Sebarang percubaan untuk melambatkan atau mengubah pelaksanaan model WSIA akan memesong........

Malaysia Tidak Patut 'Kowtow' kepada Pembohongan 'Hijau'

SIARAN MEDIA - TARIKH: 3 DISEMBER 2012 (ISNIN) MALAYSIA TIDAK PATUT 'KOWTOW' KEPADA PEMBOHONGAN 'HIJAU' Perubahan iklim telah menetapkan satu pentas baru bagi dunia untuk memaparkan baka teknologi yang baru di mana ia didakwa adalah mesra alam atau lebih biasa dikenali sebagai 'hijau'. Adakah produk-produk ini sebenarnya menepati dakwaan mereke atau pengguna di Malaysia sedang diperdaya? Adakah kita terpaksa 'Kowtow' kepada pembohongan hijau? Persatuan........

Piawaian Minimum Prestasi Tenaga (MEPS) Boleh Membantu Rakyat Malaysia Untuk Menjadi Cekap Tenaga

SURAT KEPADA PENGARANG - 26 November 2012 PIAWAIAN MINIMUM PRESTASI TENAGA (MEPS) BOLEH MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENJADI CEKAP TENAGA Kecekapan tenaga adalah apabila kita menggunakan tenaga yang kurang untuk menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau output sebenar yang diingini. Berdasarkan laporan Suruhanjaya Tenaga 2009, sebanyak 92753 GWj (GigaWattjam) elektrik telah dijual di Malaysia. Sektor domestik menggunakan hampir 20% daripada keseluruhan penggunaan........

Gaya Hidup Rendah Karbon Boleh Selamatkan Alam Sekitar

Gaya Hidup Rendah Karbon Boleh Selamatkan Alam Sekitar Oleh Melati Mohd Ariff   KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Gaya hidup rendah karbon? Mungkin ada yang menggeleng-gelengkan kepala mendengar ungkapan ini dan menyoal apa kena-mengena karbon dengan gaya hidup? Dalam masa yang sama mungkin ada yang mengamalkannya tetapi tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan. Contoh, selepas menggunakan peralatan elektrik, anda menutup suis dan mencabut palam kuasa daripada soket alir keluar. Anda juga........

Model WSIA model boleh meningkatkan status Malaysia di peringkat antarabangsa

SURAT KEPADA PENGARANG - 14 November 2012 Model WSIA model boleh meningkatkan status Malaysia di peringkat antarabangsa Model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) adalah model tempatan yang dibangunkan untuk menguruskan industri perkhidmatan air yang terdiri daripada perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Walaupun Model OFWAT UK adalah model rujukan, model WSIA telah disempurnakan untuk memenuhi keperluan negara membangun seperti Malaysia. Persatuan Penyelidikan Air dan........

Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Terlewat 670 Hari Di Mana Ia Adalah Lebih Teruk Berbanding Dengan Kelewatan Dalam Langat 2!

SIARAN MEDIA - 1 NOVEMBER 2012 (KHAMIS) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR TERLEWAT 670 HARI DI MANA IA ADALAH LEBIH TERUK BERBANDING DENGAN KELEWATAN DALAM LANGAT 2! Penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air di Malaysia tidak dapat dielakkan. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melambatkan penstrukturan semula selama 670 hari dari tahun 2011 kerana ia sepatutnya siap pada akhir tahun 2010. Berbanding dengan kelewatan 589 hari dalam pembinaan loji........

Undang-undang Alam Sekitar Yang Lebih Ketat Adalah Halatuju Yang Baik

SURAT KEPADA PENGARANG - 23 Oktober 2012 (Selasa) UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR YANG LEBIH KETAT ADALAH HALATUJU YANG BAIK Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh YB Datuk Seri Douglas Uggah Embah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA). Penguatkuasaan kepada aktiviti yang tidak memerlukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adalah satu langkah yang baik untuk melindungi sumber semula........

Program Menghentikan Penggunaan Mentol Berfilamen (GLS) Secara Berperingkat: Adakah Pengguna Diperbodohkan?

SIARAN MEDIA TARIKH: 16 OKTOBER 2012 (SELASA) PROGRAM MENGHENTIKAN PENGGUNAAN MENTOL BERFILAMEN (GLS) SECARA BERPERINGKAT: ADAKAH PENGGUNA DIPERBODOHKAN? Satu laporan bertajuk 'Tukar Dengan Betul' telah diterbitkan oleh AWER untuk mengutarakan isu-isu berkaitan dengan program menghentikan penggunaan mentol berfilamen (GLS) di Malaysia. Laporan ini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di www.awer.org.my dan www.click.org.my. Versi tambahan laporan ini........

Komen-komen Mengenai Belanjawan 2013 bagi Isu-isu Air dan Tenaga

SIARAN MEDIA DATE: 2 OKTOBER 2012 (SELASA) KOMEN-KOMEN MENGENAI BELANJAWAN 2013 BAGI ISU-ISU AIR DAN TENAGA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji Belanjawan 2013 (Bajet 2013) serta belanjawan terperinci bagi beberapa kementerian berkaitan yang telah diterbitkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan berikut untuk mengurangkan ketirisan perbelanjaan kewangan kerajaan dan mungkin boleh menjimatkan........

Pegawai-pegawai KeTTHA 'Membutakan' Menteri dan Kabinet Mengenai Penstrukturan Semula Industri Air

SIARAN MEDIA TARIKH: 10 SEPTEMBER 2012 (ISNIN) PEGAWAI-PEGAWAI KeTTHA 'MEMBUTAKAN' MENTERI DAN KABINET MENGENAI PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menerbitkan sebuah laporan bertajuk 'Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara - Hakikatnya' awal tahun 2011 dan telah menjalankan kajian dan penyelidikan lanjutan untuk memecahkan kebuntuan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor........

Kajian Asas Kecekapan Pemanasan oleh AWER: Adakah pengguna membuat pilihan yang tepat?

AWER telah menghasilkan ringkasan laporan yang kini boleh didapati di kedua-dua laman web kami www.click.org.my dan www.awer.org.my. Anda boleh mendapati gambar-gambar produk-produk yang di kaji juga. Saya telah ringkaskan siaran media seperti berikut: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan satu kajian asas untuk menetapkan kecekapan pemanasan untuk beberapa jenis produk pemanasan terpilih. Kajian ini tertumpu kepada proses mendidih air dengan menggunakan pelbagai........

Malaysia

Mengucapkan semua rakyat Malaysia Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan dan ulangtahun penubuhan Malaysia. Perpaduan!.....

Aidilfitri

Mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf Zahir dan Batin......

SIARAN MEDIA: Perdana Menteri Mesti Menubuhkan Panel Siasatan Bebas dan Memansuhkan Akta SEDA

SIARAN MEDIA DATE: 27 JULAI 2012 (JUMAAT) PERDANA MENTERI MESTI MENUBUHKAN PANEL SIASATAN BEBAS DAN MEMANSUHKAN AKTA SEDA Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri untuk memberikan justifikasi tentang keperluan untuk 'menutup' SEDA dua minggu yang lepas. Minggu lepas, SEDA telah menggunakan duit cukai rakyat untuk menjustifikasi 'omong kosong' mereka melalui iklan. Lebih banyak mereka menjelaskan, lagi........

KRISIS AIR SELANGOR - KETTHA, KERAJAAN NEGERI DAN SYARIKAT KONSESI YANG BERSALAH!

SIARAN MEDIA TARIKH: 18 JULAI 2012 (RABU) KRISIS AIR SELANGOR - KETTHA, KERAJAAN NEGERI DAN SYARIKAT KONSESI YANG BERSALAH! Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru syarikat-syarikat konsesi air, kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhenti mengelirukan rakyat dan menuding jari satu sama lain secara kebudak-budakan. Penstrukturan semula industri perkhidmatan negara tidak boleh dielakkan dan syarikat-syarikat  konsesi sedar........

SURAT TERBUKA - Penyiasatan Bebas (Independent Investigation) ke atas Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)

SURAT TERBUKA (diterjemahkan dari Bahasa Inggeris) Rujukan kami: awer.2012.009bm 15 JULAI 2012 Kepada, YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya YAB Dato' Sri, PENYIASATAN BEBAS (INDEPENDENT INVESTIGATION) KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (SEDA) Perkara di atas dirujuk. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)........

Pelabelan Produk-produk Elektrik dan Elektronik Memerlukan Rombakan: Hentikan Kekeliruan!

SIARAN MEDIA TARIKH: 1 JULAI 2012 (AHAD) PELABELAN PRODUK-PRODUK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MEMERLUKAN ROMBAKAN: HENTIKAN KEKELIRUAN! Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan konsultasi dengan pihak berkepentingan seperti agensi-agensi kerajaan, industri dan orang ramai untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan pelabelan serta mendapatkan maklum balas mengenai penyelesaian-penyelesaian yang dicadangkan oleh AWER........

Hari Wesak

Mengucapkan Selamat menyambut Hari Wesak kepada rakan-rakan yang beragama Buddha......

Selamat Hari Pekerja

Mengucapkan semua tenaga kerja Selamat Menyambut Hari Pekerja. Rehatlah secukupnya......

SIARAN MEDIA: Kerajaan Persekutuan dan SPRM patut Menyiasat Semua Industri Perkhidmatan Air

SIARAN MEDIA TARIKH: 26 APRIL 2012 (KHAMIS) KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN SPRM PATUT MENYIASAT SEMUA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat semua industri perkhidmatan air yang merangkumi syarikat-syarikat air, Indah Water Konsortium (IWK) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Siasatan juga perlu dijalankan dengan kerjasama dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara........

SIARAN MEDIA: PROGRAM SAVE TIDAK 'MENJIMATKAN'!

SIARAN MEDIA TARIKH: 23 APRIL 2012 (ISNIN) PROGRAM SAVE TIDAK 'MENJIMATKAN'! Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan iaitu agensi-agensi kerajaan, industri dan orang ramai untuk menilai Program Rebat SAVE (SAVE) yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kajian ini adalah sebahagian daripada Projek Pembuatan dan Penggunaan Lestari (Sustainable Production and Consumption) yang ditaja........

SIARAN MEDIA: Malaysia dan ASEAN Mesti Mempercepatkan Pelaksanaan Kecekapan Tenaga Bagi Mengelak Daripada Menjadi “Tong Sampah” Produk-produk Tidak Cekap Tenaga

SIARAN MEDIA TARIKH: 8 APRIL 2012 (AHAD) MALAYSIA DAN ASEAN MESTI MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN KECEKAPAN TENAGA BAGI MENGELAK DARIPADA MENJADI “TONG SAMPAH” PRODUK-PRODUK TIDAK CEKAP TENAGA Pelaksanaan kecekapan tenaga (Energy Efficiency - EE) di seluruh dunia dihadkan oleh pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, permintaan sumber tenaga yang semakin meningkat telah menjadi sebab utama yang mendorong pelaksanaan kecekapan tenaga. Tambahan pula, menjadi cekap tenaga bukan sahaja dapat........

Siaran Media: ADUN Selangor Mencipta Satu Teori Kejuruteraan Baru Bagi Unjuran Permintaan Air

SIARAN MEDIA TARIKH: 26 MAC 2012 (ISNIN) ADUN SELANGOR MENCIPTA SATU TEORI KEJURUTERAAN BARU BAGI UNJURAN PERMINTAAN AIR Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, YB Lee Kim Sin telah menyangkal analisis statistik mengenai krisis air Selangor yang dijangka akan berlaku pada tahun 2014 (diterbitkan di suratkhabar Nanyang Siang Pau pada 22 March 2012). Beliau juga telah memperkenalkan teori baru di sebalik pengiraan permintaan air dengan MENGECUALIKAN PENGGUNAAN nilai Air Tidak Terhasil........

Sambutan Hari Air Sedunia: Dunia Dahaga kerana Kita Lapar

SIARAN MEDIA TARIKH: 21 MAC 2012 (RABU) DUNIA DAHAGA KERANA KITA LAPAR Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Ia adalah untuk memperingati kepentingan air dalam kehidupan kita dan adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (Decade for Water, 2005 - 2015) oleh Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tahun ini, sambutan adalah bertemakan 'Air dan Jaminan Makanan' di mana ia menekankan kepentingan air untuk membekalkan makanan kepada populasi dunia yang sentiasa bertambah. Bagaimana........

Gong Xi Fatt Chai

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012. Naga membawa tuah, kebaikan, kemenangan, kesihatan dan kekayaan. Sentiasa harmoni setiap hari......

Menjejak Angkara Banjir Kilat oleh Melati Mohd Ariff - Bernama

MENJEJAK ANGKARA BANJIR KILAT Oleh Melati Mohd Ariff KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) --- Suhu panas yang mencecah sehingga 37 darjah celcius sekarang mungkin tidak terasa bahangnya bagi sesetengah warga kota. Bagi mereka terik matahari itu lebih baik daripada hujan yang mencurah-curah kerana tidak mahu lagi dipagut cemas dan bimbang kemungkinan berlaku lagi banjir kilat! Jalan sesak dan banjir kilat! Dua senario ini sudah cukup menghantui pemikiran setiap warga kota setiap kali langit yang........

Krisis Air Selangor Mungkin akan Melanda Sebelum Tahun 2014

SIARAN MEDIA TARIKH: 13 JANUARI 2012 (Jumaat) KRISIS AIR SELANGOR MUNGKIN AKAN MELANDA SEBELUM TAHUN 2014 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan pemodelan linear dengan 1 % margin simpanan (reserve margin) air di Selangor (termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya). Margin simpanan bermaksud kapasiti tambahan perawatan air yang sedia ada berbanding dengan permintaan semasa. Margin ini akan memastikan loji perawatan air dapat memenuhi peningkatan permintaan air yang........

Kenyataan Media SPAN Mengenai NRW Adalah Mengelirukan dan Bertentangan dengan Penstrukturan Semula Industri Air Negara yang Digariskan oleh Kerajaan Persekutuan

SIARAN MEDIA TARIKH: 8 JANUARI 2012 (AHAD) KENYATAAN MEDIA SPAN MENGENAI AIR TIDAK TERHASIL (NRW) ADALAH MENGELIRUKAN DAN BERTENTANGAN DENGAN PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR NEGARA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menolak beberapa penjelasan yang diberikan dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang boleh dirujuk oleh orang ramai pada laman web mereka. SPAN telah ditubuhkan untuk mencegah........

Kehilangan Pendapatan Disebabkan Air Tidak Terhasil Dianggar Sebanyak RM 1.74 Billion Bagi Tahun 2010

SIARAN MEDIA TARIKH: 5 JANUARI 2012 (KHAMIS) KEHILANGAN PENDAPATAN DISEBABKAN AIR TIDAK TERHASIL (NON-REVENUE WATER) DIANGGAR SEBANYAK RM 1.74 BILLION BAGI TAHUN 2010 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan pemodelan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) berdasarkan statistik tahun 2010 yang dilaporkan di Malaysia Water Industry Guide 2011. Peratusan NRW menunjukkan pengurangan daripada 36.63% bagi tahun 2009 kepada 36.37% bagi tahun 2010. Walau bagaimanapun,........

Selamat Tahun Baru 2012

2011 telah banyak memberikan pengalaman kepada kita. Walau bagaimanapun, ia telah menjadikan kita lebih baik dan kuat setiap hari. Melangkah ke hadapan, 2012 mempunyai banyak cabaran dan anda mempunyai anugerah pengalaman daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya mengucapkan anda semua Selamat Tahun Baru yang Rendah Karbon, Cekap Air, Mesra Alam dan Sejahtera. Terima kasih......

Bidaaan Terbuka Untuk Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) Baru Adalah Langkah Yang Baik, Tetapi Mesti

SIARAN MEDIA TARIKH: 28 DISEMBER 2011 (RABU) BIDAAN TERBUKA UNTUK PERJANJIAN PEMBELIAN TENAGA (PPA) BARU ADALAH LANGKAH YANG BAIK, TETAPI MESTI BUANG ‘LINTAH DARAT’ Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mengambil langkah berani untuk membuka bidaan terbuka bagi menggantikan PPA generasi pertama. Pembukaan bidaan kepada entiti yang mempunyai equiti daripada luar negara sehingga 49% akan membantu Malaysia membawa........

Entiti Perniagaan Mesti Audit Penggunaan Tenaga Elektrik Untuk Menjadi Cekap Tenaga

SIARAN MEDIA TARIKH: 21 DISEMBER 2011 (RABU)   ENTITI PERNIAGAAN MESTI AUDIT PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK UNTUK MENJADI CEKAP TENAGA   Sebahagian besar penggunaan elektrik di mana-mana negara adalah dari komuniti perniagaan. Bagi merealisasikan ikrar yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita untuk mengurangkan intensiti karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2020, komuniti perniagaan perlu bergerak ke hadapan. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan beberapa siri........

Pelancaran Laman Web CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon dan Web Tool

TARIKH: 7 DISEMBER 2011 (RABU)   Pelancaran Laman Web CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon dan Web Tool Kediaman Pesuruhjaya Tinggi British, Kuala Lumpur 10 a.m, 7 Disember 2011 Dilancarkan oleh: En Ray Kyles, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur.   BAHAGIAN 1: Mengapa CLICK? Di Malaysia, berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata sebanyak 6.1% di antara tahun........

30 Hari Lagi untuk Muktamadkan Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

SIARAN MEDIA TARIKH: 31 OKTOBER 2011 (ISNIN)   30 HARI LAGI UNTUK MUKTAMADKAN RUNDINGAN SEMULA PERJANJIAN PEMBELIAN TENAGA (PPA)   Rundingan semula PPA masih berlarutan tanpa kesudahan disebabkan jalan buntu di antara permintaan kerajaan, Penjana Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad. Adakah penyelesaian berpaksikan rakyat (people centric) dapat dimeterai seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri? Adakah IPP akan terus mencabar janji Perdana Menteri?   Dalam sektor tenaga elektrik,........

Selamat Hari Deepavali

Rakan-rakan, Saya mengucapkan pesta cahaya yang direstui. Berhematlah dengan 'minyak sapi'. Selamat Hari Deepavali......

BELANJAWAN 2012 – Program Bekalan Air dan Elektrik Pedalaman Perlu Pelaksanaan yang Teliti

SIARAN MEDIA TARIKH: 9 OKTOBER 2011 (AHAD)   BELANJAWAN 2012 – Program Bekalan Air dan Elektrik Pedalaman Perlu Pelaksanaan yang Teliti   Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji belanjawan bagi 2010, 2011 dan 2012. Terdapat peningkatan yang memberangsangkan untuk memperbaiki situasi bekalan air dan elektrik kawasan pedalaman. Ini adalah satu langkah yang baik dan patut diteruskan pada masa akan datang.   Berdasarkan kajian kami, kita mendapat maklumat........

Jika Rundingan Semula PPA Tidak Dimuktamadkan Sebelum Akhir 2011, IPP akan Menang

SIARAN MEDIA TARIKH: 3 OKTOBER 2011 (ISNIN)   JIKA RUNDINGAN SEMULA PERJANJIAN PEMBELIAN TENAGA (PPA) TIDAK DIMUKTAMADKAN SEBELUM AKHIR 2011, PENJANA BEBAS (IPP) AKAN MENANG   PPA generasi pertama akan berakhir di antara tahun 2015 hingga 2016. Ini memberikan ruangan masa 4 hingga 5 tahun untuk membina loji janakuasa baru jika perlu. Walau bagaimanapun, SENI MELAMBATKAN rundingan semula kepada selepas tahun 2011 hanya akan merugikan kerajaan, rakyat dan perniagaan.   Perdana Menteri........

Cadangan Penswastaan IWK Melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

SIARAN MEDIATARIKH: 10 SEPTEMBER 2011 (SABTU) CADANGAN PENSWASTAAN IWK (Indah Water Consortium) MELANGGAR AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan penswastaan IWK oleh 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) kerana ia memudaratkan keadilan sosial dan ekonomi serta tidak sehaluan dengan undang-undang di Malaysia. Perkhidmatan air dibahagikan kepada perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembentungan. Akta Industri........

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54

Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54......

Selamat Hari Raya

Kepada rakan-rakan beragama Islam, Selamat menyambut kelahiran Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri......

AWER Menyeru TNB untuk Mendedahkan SOP Ganggu Meter (mencuri elektrik) dan Kaedah Pengiraan ganti Ru

SIARAN MEDIA TARIKH: 25 OGOS 2011 (KHAMIS) AWER MENYERU TNB UNTUK MENDEDAHKAN SOP GANGGU METER (MENCURI ELEKTRIK) DAN KAEDAH PENGIRAAN GANTI RUGI   Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa mereka mempunyai ‘Prosedur Standard Operasi’ (Standard Operating Procedure - SOP) dan ‘formula’ untuk mengira ganti rugi kes kecurian elektrik dengan mengganggu meter. TNB juga menyatakan bahawa mereka telah ‘mengikut proses dan prosedur’........

WSIA 2006 Menjamin Bekalan Air yang Bersih dan Berterusan untuk rakyat Kelantan

  SIARAN MEDIA TARIKH: 23 OGOS 2011 (SELASA) WSIA 2006 MENJAMIN BEKALAN AIR YANG BERSIH DAN BERTERUSAN UNTUK RAKYAT KELANTAN   Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menerima aduan-aduan mengenai perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan di Kelantan dan kami telah melaksanakan penyiasatan lapangan untuk mengetahui keadaan sebenar perkhidmatan bekalan air di negeri tersebut. Maklumbalas yang telah diterima adalah dari kawasan Kuala Krai, Temangan, Kota........

Prosedur Standard Operasi (SOP) Diperlukan untuk Menangani Pertikaian isu Menganggu Meter (Meter Tam

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengikuti laporan-laporan media mengenai isu mengganggu meter (atau mencuri elektrik). Berdasarkan perbincangan kami dengan pihak-pihak berkepentingan, terdapat peniaga yang menjual barangan dan memberi perkhidmatan untuk mengganggu meter. Antara perbuatan mengganggu meter adalah membengkokkan cakera (disk bending), penggunaan pelekat magnetik ‘gangguan’ meter, mengganggu dial meter dan banyak lagi.   Sebenarnya, kerajaan........

Perlu Lebih Cekap Tenaga Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Sewaktu kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik pada 1 Jun lalu, mereka yang menggunakan elektrik pada kadar kurang daripada 300 kWj sebulan atau RM77 ke bawah pastinya menarik nafas lega. Ini kerana kenaikan itu hanya memberi kesan kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 301 hingga 1000 kWj sebulan. Bagaimanapun, keadaan ini mungkin tidak akan berterusan selama-lamanya seperti yang dijelaskan Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga........

Kecekapan air mesti dilaksanakan untuk semua sektor

Penggunaan air dibahagikan kepada sektor domestik, industri (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan 17%, 21% dan 62% air masing-masing. Di samping itu, terdapat sesetengah industri dan hampir semua aktiviti pertanian menggunakan sumber air terus dari alam sekitar dan bukannya air terawat. Mengikut Malaysia Water Industry Guide 2010, sektor domestik menggunakan 2.02 billion meter padu air terawat (1 meter padu bersamaan dengan 1000 liter) pada tahun 2009. Maka, AWER menganggarkan penggunaan........

Gangguan bekalan air – Rancang sebelum umum

Saya telah membaca laporan mengenai gangguan air di Selangor. Notis gangguan bekalan air mesti ada Prosedur Operasi yang Standard (Standard Operating Procedure-SOP) mengikut saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Syarikat-syarikat air boleh melaksanakan pelan yang lebih baik daripada penanda aras ini (jika ada).  Penyelengaraan terjadual adalah satu kebiasaan bagi industri. Berdasarkan rekabentuk sistem, jika margin simpanan (reserve margin) adalah rendah, sesetengah kawasan akan........

Hari Alam Sekitar Sedunia 2011

Hutan: Berkhidmat Untukmu Tema tahun ini telah menerangkan semuanya. Adakah kita menghargainya? Kebergantungan air mentah kepada hutan bagi iklim Khatulistiwa tidak boleh dinafikan. Walaupun kita telah mengenal pasti masalah utama jaminan air mentah, kita perlu bertindak dengan segera. Kita perlu melaksanakan yang berikut: (i)           Melindungi kawasan tadahan air sedia ada (ii)         ........

KEWUJUDAN: Masa Depan Industri Elektrik Negara (Laporan Kajian)

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah melaksanakan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan dan penyelidikan mengenai industri elektrik negara dalam masa 6 bulan yang lepas. AWER telah menerbitkan sebuah laporan bertajuk ‘Survival: The Future of Our National Electricity Industry’ dan memuatkan hasil kajian, cadangan dan jalan penyelesaian kami mengenai industri ini. Laporan ini akan dihantar kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau  dan Air (KeTTHA), Suruhanjaya........

SIARAN MEDIA: BAILOUT Bon Air Selangor Tidak Sehaluan Dengan Model WSIA

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan yang tidak bertanggungjawab oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk Bailout bon-bon air yang bernilai RM 6.5 Billion. Tindakan ini tidak sehaluan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dan implementasinya kerana cadangan ini tidak menetapkan nasib pemegang konsesi. AWER ingin merujuk kepada bailout oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat pada 2009 ke atas........

Kaedah berkesan untuk pengurusan permintaan tenaga: Kecekapan Tenaga

Menurut laporan BP 2030 Energy Outlook, penggunaan tenaga asas dunia dijangka meningkat dengan kadar purata 1.7% setahun dari tahun 2010 hingga tahun 2030. Di Malaysia, menurut statistik yang dilaporkan di Imbangan Tenaga Kebangsaan (National Energy Balance) 2008, Malaysia merekodkan peningkatan penggunaan tenaga asas pada kadar 6.1% setahun di antara tahun 2000 hingga 2008. Nilai ini juga menghampiri peningkatan GDP purata tahunan bagi jangkamasa yang sama iaitu 6.0%. Peningkatan permintaan tenaga........

SIARAN MEDIA: WSIA Melindungi Hak dan Kepentingan Rakyat

Pihak AWER telah menghasilkan laporan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Malaysia. Dalam laporan ini menggariskan intipati Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA), AWER juga mengemukakan 3 kajian kes. Salah satu kajian kes adalah mengenai konflik penstrukturan semula industri air di Selangor. Terdapat beberapa artikel pendapat dalam akhbar tempatan yang menyentuh isu perjanjian konsesi yang merupakan salah satu topik yang dilaporkan. Saya ingin menjemput semua lapisan........

Penstrukturan Semula Industri Air Negara: Hakikatnya

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah melengkapkan kajian mengenai penstrukturan semula industri air negara. Laporan yang bertajuk Penstrukturan Semula Industri Air Negara – Hakikatnya boleh didapati di laman www.awer.org.my. Anda mesti membaca laporan ini kerana ia melibatkan kewujudan kita sebagai sebuah negara. Anda juga boleh menyebarkan maklumat ini dengan rakan-rakan anda. Air adalah KEHIDUPAN...........

Terima kasih KPDNKK kerana memulakan perang ke atas 'Energy Saving Black Box'

Rakan-rakan, Saya telah lama menentang penggunaan peralatan “Energy Saving Black Box”. “Black Box” ini bukan alat elektrik yang digunakan di rumah. Ia hanya di pasang begitu sahaja pada pendawaian utama dan dikatakan boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Dalam langkah terakhir saya untuk memperbetulkan keadaan, saya telah menerima jawapan yang memberangsangkan daripada kerajaan melalui KPDNKK. Mereka telahpun mula memantau kumpulan ini yang bergerak menipu orang........

Kepentingan untuk Sabah dan Sarawak dikawalselia di bawah WSIA

Pada masa ini, Negeri Sabah dan Sarawak tidak dikawalselia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Ini telah menyebabkan kedua-dua negeri ini menghadapi cabaran dan kesukaran untuk menambahbaik industri perkhidmatan air. Tambahan pula, keperluan untuk membina infrastruktur perkhidmatan air tambahan sebanyak 40% untuk menampung keperluan kawasan pedalaman akan memerlukan modal pelaburan yang tinggi. Maka, pelaksanaan ‘Asset-Light Model’ di Sabah dan Sarawak dapat membantu........

Ada pendapatan tinggi daripada sisa kumbahan!

Terdapat dua jenis perkhidmatan berbayar untuk tujuan sanitasi dan kumbahan, iaitu perkhidmatan bersambung dan tidak bersambung. Perkhidmatan bersambung adalah apabila sisa kumbahan (air sisa dari bilik air dan tandas) serta air sisa dapur dialirkan terus ke loji-loji perawatan Indah Water Konsortium (IWK) atau kerajaan tempatan untuk dirawat. Perkhidmatan tidak tersambung adalah bagi kawasan perumahan yang lama dan kawasan pedalaman di mana terdapat tangki septik individu yang merawat sisa kumbahan........

Air untuk Bandar-bandar: Bertindak Terhadap Cabaran dari Bandar

HARI AIR SEDUNIA disambut setiap 22 Mac. Tahun ini tema memfokus air di bandar. Bandar-bandar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan pelbagai aktiviti berlangsung setiap masa. Peningkatan populasi penduduk akan meningkatkan peningkatan permintaan dan penghasilan air sisa. Dalam kitar ini, populasi bandar perlu bergantung kepada kaedah inovatif untuk memerangi pencemaran dan memastikan sanitasi yang baik. Bagi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), kami akan meneruskan perjuangan........

Pemodelan Kewangan NRW AWER Adalah Betul!

Kenyataan akhbar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyangkal pemodelan kewangan AWER. Pemodelan kewangan yang dijalankan oleh Bank Dunia adalah berpandukan purata tarif dan nilai NRW yang direkodkan di negara-negara tertentu. Manakala, AWER telah menggunakan statistik rasmi iaitu, NRW dan tarif terendah di setiap negeri berbanding dengan tarif purata (seperti yang digunakan oleh Bank Dunia) untuk pemodelan kewangan. Tarif purata mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada tarif terendah........

Sektor Air Perlu Digabungkan

Jaminan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dalam menangani isu-isu berkaitan dengan air adalah satu detik penting dalam sejarah Malaysia. Air adalah Keselamatan Negara dan kegagalan kita akan menjurus kepada masalah jaminan air mentah dan jaminan bekalan. Salah satu perkara utama yang telah diperhatikan oleh AWER adalah pengurusan air dalam keseluruhan kitar penggunaan air ini adalah masih berasingan. Terlalu banyak agensi yang terlibat dan tidak diintegrasi. Sememangnya perubahan iklim akan........

Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi

Sistem penyejukan Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi‘s telah gagal dan menyebabkan reaktor nuklear menjadi terlalu panas. Pakar-pakar membimbangkan peleburan rod nuklear. Ini mungkin akan menyebabkan kejadian yang tidak diingini. Jika reaktor in meletup, risiko radiasi adalah sangat tinggi. Kita harapkan, perkara ini boleh di kawal......

Laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) untuk Projek KL MRT Adalah Tidak Lengkap

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) sememangnya menyokong adanya sistem pengangkutan awam yang efektif. Akan tetapi, laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) untuk projek KL MRT yang dicadangkan yang telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah tidak lengkap dan tidak dapat membuktikan bahawa projek ini dapat memperbaiki kualiti alam sekitar di Lembah Klang. AWER telah mengkaji laporan DEIA tersebut dan menghantar komen kepada Ketua Pengarah JAS pada 25 Februari........

Air Tidak Terhasil (NRW) di Malaysia: Siapa Untung dan Siapa Rugi

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan kajian perangkaan untuk mengira kerugian kewangan yang disebabkan oleh air tidak terhasil (NRW). Kajian ini mengambil kira nilai-nilai seperti jumlah kehilangan air terawat, peratusan pengguna mengikut kategori dan purata tarif terendah mengikut kategori bagi setiap negeri. Mengikut Laporan Malaysia Water Industry Guide 2010, nilai purata NRW adalah 36.63% bagi tahun 2009 berbanding dengan 36.93% bagi tahun 2008. Jumlah kehilangan........

Projek MRT Akan Menyebabkan Pengguna Jalan Raya Mengalami Kerugian Melebihi RM 403.5 Juta

Di Malaysia, penggunaan bahan api fosil masih tinggi bagi sektor pengangkutan. Berdasarkan laporan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, kita dapat lihat peningkatan penggunaan sumber bahan api fosil secara berterusan daripada 12,071 ktoe (kilotonne oil equivalent – kilo tan bersamaan minyak) pada tahun 2000, 15,384 ktoe pada tahun 2005 dan 16,395 ktoe pada tahun  2008. Peningkatan sebegini boleh dielakkan jika terdapat perkembangan memberangsangkan bagi sektor pengangkutan awam. Jika sistem........

Penjualan Kereta Meningkat: Adakah ianya Cekap Tenaga?

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan bahawa penjualan kenderaan penumpang adalah yang tertinggi bagi 5 tahun bagi 2009 dan akan terus meningkat. Ini merupakan satu trend yang perlu diperhati dengan serius. Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2009 melaporkan bahawa terdapat 8,940,230 motorsikal; 8,506,080 kenderaan penumpang; 936,222 kenderaan barangan; 79,149 teksi dan 66,581 bus berdaftar di Malaysia. Dalam laporan yang sama, kita dapat lihat peningkatan 539,555 buah kereta di........

Malaysia Disaran Liberalisasikan Pasaran Gas Asli Menjelang 2013 - BERNAMA

Malaysia Disaran Liberalisasikan Pasaran Gas Asli Menjelang 2013   KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu menyasarkan untuk meliberalisasikan pasaran gas asli menjelang 2013 untuk menyediakan masa bagi peserta industri merancang ke hadapan untuk membawa masuk bekalan masing-masing semasa negara ini masih lagi pengeluar bersih komoditi itu.   Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata, berdasarkan corak penggunaan semasa, Malaysia dijangka........

Malaysia Perlukan Pengurusan Tegas Sumber Air - BERNAMA

Malaysia Perlukan Pengurusan Tegas Sumber Air Oleh Melati Mohd Ariff   Air ialah nadi kehidupan. Sekitar dua pertiga permukaan bumi dilitupi air dan tubuh manusia dikatakan mengandungi 75 peratus air. Air juga mempunyai kos dan nilai dan apabila berlaku pencemaran, pedulikah kita?   Bernama menemu bual S. Piarapakaran, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mengenai air dan kos pencemaran. Ini bahagian akhir daripada dua rencana bersiri.   KUALA........

Siapa tanggung kos air tercemar? - BERNAMA

Siapa Tanggung Kos Air Tercemar? Oleh Melati Mohd Ariff   Air ialah nadi kehidupan. Sekitar dua per tiga permukaan bumi dilitupi air dan tubuh manusia dikatakan mengandungi 75 peratus air.Air juga mempunyai kos dan nilai dan apabila berlaku pencemaran,pedulikah kita?   Bernama menemu bual S. Piarapakaran, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia(AWER) mengenai air dan kos pencemaran. Ini yang pertama daripada dua bahagian.   KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama)........

Cegah banjir secara efektif

  Isu mengenai banjir dan mitigasi senantiasa ditekankan. Akan tetapi, perubahan iklim tidak boleh dijadikan sebagai alasan selama-lamanya.   Kos pencegahan banjir sebenarnya adalah atas tanggungan rakyat melalui kutipan cukai. Kelewatan dan kemusnahan akibat bajir juga merupakan satu bebanan tambahan. Sebagai pembayar cukai, kita juga ingin memastikan implimentasi projek-projek ini dengan sempurna. Mengapa maklumat mengenai projek-projek ini tidak disiarkan untuk makluman umum?  ........

Musim jerebu lagi

Kita pernah mengalami jerebu sebagai insiden dahulu. Ianya datang sekali-sekala. Kini, ia menjadi sebahagian daripada cuaca kita. Mengapa?   Siapa yang sedang membakar sekarang? Adakah kita tidak lagi berbincang dengan Indonesia? Adakah kebakaran ini di negara kita sendiri? Mengapa semua pihak membisu sekarang?   Saya berharap agensi yang berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencari punca utama. Sediakan payung sebelum hujan......

Melombong Wang

Kerajaan Perak telah mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan semula industri perlimbongan. Di samping itu, Selangor bercadang untuk membuka hutan simpanan. Kita dapat lihat bahawa, melombong untuk wang daripada sumber asli meningkat secara tiba-tiba. Apakah janji untuk melindungi alam sekitar telah dilupai? Bilakah orang-orang seperti ini akan bartaubat? Banyak logam di tanam di apak pelupusan sampah setiap hari. Kita masih kekurangan dalam kaedah-kaedah penggunaan semula sumber-sumber........

Pengurusan Sisa yang Efektif Diperlukan - Hari Tanpa Plastik

Berulang kali saya telah mengutarakan kepentingan pengurusan sisa. Soalan asas dalam penggunaan plastik, mengapa kita perlukannya untuk menguruskan sampah?   Sebenarnya, sisa organik kita akan mula meleleh jika tiada plastik. Ini merupakan alasan utama yang digunakan oleh Malaysian Plastic Manufacturers Association (MPMA) untuk mempertahankan penggunaan plastik. Tambahan pula, mereka menggunakan nilai Kajian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment-LCA) dari negara lain untuk justifikasi kewujudan........

COP 16 Satu Kegagalan yang Nyata

Malapetaka berkaitan dengan alam sekitar telah bertambah setiap tahun. Ini juga merupakan petanda bahawa perubahan iklim akan membawa kesan langsung kepada kita. Semoga 2011 dijadikan tahun untuk memulakan perubahan. COP 16 di Cancun masih gagal menemui jalan penyelesaian yang baik untuk menyambung Kyoto Protokol yang akan tamat pada 2012. Saya berharap, semua NGO yang ingin menyuarakan pendapat mereka pagi COP 17, lakukannya daripada negara asal. Jangan menyumbang kepada CO2 dengan terbang jauh........

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies