English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Prosedur Standard Operasi (SOP) Diperlukan untuk Menangani Pertikaian isu Menganggu Meter (Meter Tam

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengikuti laporan-laporan media mengenai isu mengganggu meter (atau mencuri elektrik). Berdasarkan perbincangan kami dengan pihak-pihak berkepentingan, terdapat peniaga yang menjual barangan dan memberi perkhidmatan untuk mengganggu meter. Antara perbuatan mengganggu meter adalah membengkokkan cakera (disk bending), penggunaan pelekat magnetik ‘gangguan’ meter, mengganggu dial meter dan banyak lagi.

 

Sebenarnya, kerajaan telah menyediakan peruntukkan perundangan kepada Tenaga Nasional Berhad, syarikat yang dilesenkan, untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mengganggu meter elektrik. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) memberikan penjelasan yang teliti mengenai cara-cara gangguan meter dilakukan serta mengumpul bahan bukti. Walau bagaimanapun, jika meter elektrik rosak (tanpa diganggu), TNB hanya dibenarkan untuk menuntut bayaran ganti rugi untuk 3 bulan sahaja. Walau bagaimanapun, kes-kes yang dilaporkan di media menunjukkan kaedah-kaedah dan penyelesaian-penyelesaian berbeza dilaksanakan dalam menangani isu gangguan meter ini.

 

Beberapa bulan yang lalu, pihak AWER telahpun memberikan beberapa cadangan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan TNB dalam membangunkan Prosedur Standard Operasi (SOP) untuk menyelaraskan dan melicinkan pembasmian perbuatan gangguan meter. Beberapa cadangan yang telah dikemukan adalah:

 

  1. Untuk penyiasatan lapangan, pegawai TNB mesti disertai oleh sekurang-kurangnya SATU pegawai penguatkuasaan daripada ST. Sebagai contoh, gambar-gambar meter serta situasi meter diganggu mesti direkodkan dengan kehadiran pegawai penguatkuasaan ST. Ini adalah bagi memastikan penyiasatan ini tidak diragui oleh mana-mana pihak.
  2.  Disebabkan kehadiran pegawai penguatkuasaan ST di lokasi penyiasatan, pegawai tersebut mesti memastikan meter yang diambil sebagai bahan bukti dihantar untuk tujuan ujian dan pengesahan sama ada perbuatan menganggu meter telah berlaku atau tidak. Pengesahan itu mesti dilakukan oleh MAKMAL YANG BEBAS.
  3. Jika hasil siasatan membuktikan perbuatan menganggu meter telah berlaku, pemilik akaun boleh dikenakan tindakan untuk membayar ganti rugi. Pengiraan untuk bayaran ganti rugi mesti dilakukan dengan kaedah yang diluluskan oleh ST.

 

SOP ini mesti dimuatnaikkan dalam laman-laman web berkenaan serta diumumkan kepada semua pihak. Ini akan mengurangkan pelbagai salah faham yang timbul. Kita juga perlu memahami bahawa mencuri elektrik adalah satu kesalahan. Jika isu kecurian elektrik tidak diselesaikan, kita semua perlu menanggung kos ini dalam tarif elektrik disebabkan oleh individu-individu yang tidak bertanggunjawab ini. Pada masa yang sama, SOP sebegini dapat mengelakkan individu-individu yang tidak bersalah daripada tuduhan mencuri elektrik.

 

AWER juga telah dimaklumkan oleh pihak ST dan KeTTHA bahawa prosedur yang diguna pakai oleh TNB sedang dikaji semula. Di samping itu, AWER ingin mencadangkan supaya bilangan pegawai penguatkuasaan di bawah ST ditambah supaya dapat melaksanakan kuasa penguatkuasaan yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik. Pegawai-pegawai ini juga akan diperlukan untuk membasmi barangan elektrik tiruan dan palsu  serta tugas-tugas penguatkuasaan lain.

 

 

PIARAPAKARAN  S.

Presiden

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies