English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

SIARAN MEDIA: Kerajaan Persekutuan dan SPRM patut Menyiasat Semua Industri Perkhidmatan Air

SIARAN MEDIA
TARIKH: 26 APRIL 2012 (KHAMIS)

KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN SPRM PATUT MENYIASAT SEMUA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat semua industri perkhidmatan air yang merangkumi syarikat-syarikat air, Indah Water Konsortium (IWK) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Siasatan juga perlu dijalankan dengan kerjasama dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN adalah pengawalselia untuk syarikat-syarikat air termasuk IWK dan PAAB dari segi teknikal, kualiti perkhidmatan dan keuntungan.

Kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan:
I. Mengawalselia perawatan dan bekalan air serta sistem pembentungan
II. Mengawalselia sumber kewangan untuk infrastruktur rawatan dan bekalan air (PAAB)
III. Mengawalselia CAPEX (Perbelanjaan Modal) dan OPEX (Perbelanjaan Operasi)
IV. Mengawalselia keuntungan industri perkhidmatan air negara

SPAN juga ditugaskan untuk menyediakan satu penanda aras kos untuk semua industri perkhidmatan air. Ini juga kerana kewujudan unsur-unsur kos 'palsu' (bloated cost) serta amalan kartel (penetapan harga). Siasatan boleh termasuk elemen-elemen berikut:

(i) Perbandingan kos operasi untuk menetapkan Nilai Penanda Aras
Nilai penanda aras adalah suatu nilai yang penting untuk digunakan sebagai nilai rujukan untuk memeriksa CAPEX dan OPEX. Nilai-nilai ini diperolehi dari operasi harian industri perkhidmatan air. Kemudian, nilai-nilai ini perlu dikelaskan berdasarkan jenis perkhidmatan yang berlainan.

(ii) Bezakan kos perkhidmatan air dan kos bukan perkhidmatan air
Audit kos pengendali yang berkaitan dengan perkhidmatan air dan bukan perkhidmatan air. Membezakan kos perkhidmatan bukan air dari penetapan tarif adalah penting untuk mengelakkan kos yang tidak diingini disalurkan terus kepada tarif.

(iii) Ketelusan operasi melalui proses pembidaan terbuka
Pantau sistem tender dan kewangan yang diamalkan selama 10 tahun yang lalu oleh industri perkhidmatan air. Tender yang dirundingkan perlu diambil tindak yang tegas jika didapati melebihi harga pasaran.

Negeri Sabah dan Sarawak pada masa ini tidak tertakluk di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Negeri-negeri ini enggan untuk mengikuti proses penstrukturan semula. Berbilion-bilion Ringgit daripada peruntukan persekutuan juga telah disalurkan kepada kedua-dua negeri untuk beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, output yang terhasil tidak dilaporkan dengan jelas atau diaudit. Memasang sistem penuaian air hujan bukanlah sistem bekalan air bersih. Oleh itu, siasatan juga perlu meliputi Sabah dan Sarawak secara keseluruhan.

Dalam usaha untuk membangunkan infrastruktur perkhidmatan air dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai, semua negeri di Malaysia MESTI melaksanakan model WSIA. Setakat ini hanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang telah menerima pakai model WSIA untuk melangkah ke hadapan. AWER telah juga memberi tarikh akhir kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sehingga 30 Jun 2012 untuk melengkapkan proses Penstrukturan Semula Perkhidmatan Air Negara (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) melalui surat bertarikh 09 Mac 2012. Penstrukturan semula ini sepatutnya telah siap pada tahun 2010.

Penglibatan orang ramai dalam proses penetapan tarif adalah elemen penting dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara. Melalui kaedah ini, semua lapisan masyarakat boleh memberikan pendapat mereka dan mengetahui kos perkhidmatan air. Proses ini sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat. Walau bagaimanapun, proses tersebut telah dinafikan oleh seorang pegawai kanan di KeTTHA beberapa tahun yang lalu. Ini juga telah mengelabui Kabinet. Dalam surat yang sama, AWER juga telah menyeru Menteri KeTTHA untuk melaksanakan proses penetapan tarif secara telus yang boleh menghapuskan kos 'palsu' dan menjadikan operator air lebih bertanggungjawab.

Air adalah keperluan asas dan hak asasi manusia. Air adalah Kehidupan.


Piarapakaran  S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies