English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Bolehkah Tarif Air Mentah Menyelesaikan Isu Pembalakan?

17 Disember 2012 - Surat Kepada Pengarang

BOLEHKAH TARIF AIR MENTAH MENYELESAIKAN ISU PEMBALAKAN?

Malaysia diberkati dengan hujan yang mencukupi dan 'hujan' adalah kata kunci untuk bekalan air mentah yang mencukupi untuk kita. Walau bagaimanapun, hutan dan tanah tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan air mentah berterusan untuk semua aktiviti kita kerana ia adalah sebahagian daripada kitaran air. Jika hutan dan tanah tinggi diubah, ia akan menjejaskan jaminan air dengan serius. Ia adalah fakta saintifik!

Jumlah penggunaan air pada dasarnya dibahagikan kepada domestik, industri, (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan 17%, 21% dan 62% masing-masing. Walau bagaimanapun, hampir 2/3 daripada air terawat digunakan oleh sektor domestik. Ini adalah kerana banyak industri dan aktiviti pertanian mengambil air terus dari alam sekitar untuk kegunaan mereka. Adakah mereka menggunakan air secara cekap? Tiada agensi yang menguatkuasakan kecekapan penggunaan air dalam sektor industri dan pertanian pada masa ini.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, banyak laporan berita mengenai pembalakan hutan telah muncul. Ini telah ditambah dengan cadangan tarif air mentah untuk mencegah pembalakan dan mewujudkan pulangan ekonomi dari hutan. Adakah ini benar-benar membantu? atau Malaysia akan menuju ke arah krisis air meluas dan mungkin krisis ekonomi jika hutan tidak dilindungi?

Masalah utama kawasan tadahan air di Malaysia adalah ia tidak diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Pembalakan memberikan pendapatan jangka pendek yang lumayan dan banyak kerajaan negeri terpengaruh dengan ini. AWER menggesa semua kerajaan negeri untuk memastikan semua kawasan tadahan air diwartakan sebagai hutan simpanan tetap menjelang tahun 2015. Kawasan ini juga perlu mengambil kira unjuran permintaan generasi masa depan. Jika kerajaan negeri gagal untuk mewartakan kawasan tadahan air sebagai hutan simpanan tetap, satu referendum nasional mesti dijalankan untuk mencegah kehilangan kawasan tadahan air serta meletakkan kuasa untuk memelihara sumber air secara langsung di bawah parlimen. AWER tidak mengesyorkan kuasa ini untuk diletak di bawah mana-mana kementerian persekutuan.

Kedua, bagi kawasan tadahan air yang sedia ada yang sudah digunakan untuk tujuan pembangunan (kediaman atau industri) boleh dinaik taraf secara beransur-ansur. Jika standard pelepasan air sisa adalah lebih rendah, ia boleh dinaik taraf secara beransur-ansur kepada standard yang lebih tinggi. Ini boleh meningkatkan kualiti air mentah secara berkala. Sebagai contoh, Loji Rawatan Air Salak Tinggi di Selangor menerima air mentah yang tercemar melalui pelepasan air sisa industri dan domestik. Kedua-dua penyelesaian secara kejuruteraan dan undang-undang boleh diguna pakai untuk meningkatkan kualiti air sisa yang dilepaskan ke sungai. Sungai Rhine di Eropah adalah contoh yang baik kejayaan ini. Beberapa negara-negara Eropah bekerja bersama-sama untuk membersihkan sungai ini dan ia adalah salah satu contoh terbaik projek pemuliharaan sungai di dunia.

Akhir sekali, kita boleh melihat kepada tarif air mentah. Di beberapa negeri penggunaan air mentah dikenakan bayaran setiap meter padu tetapi ada juga yang mengenakan bayaran royalti. Melangkah ke hadapan, kita perlu melaksanakan tarif air mentah yang seragam dan telus berasaskan kualiti air mentah. Disebabkan sumber air diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri, mereka harus menyediakan air mentah pada kualiti yang tertentu. Kemerosotan kualiti air mentah harus dicerminkan sebagai bayaran yang lebih rendah bagi air mentah. Unsur penalti juga perlu dikenakan kepada kerajaan negeri yang gagal untuk memenuhi keperluan minimum kualiti air mentah. Ini akan dapat meletakkan nilai ekonomi untuk air dan membantu kerajaan negeri untuk benar-benar melakukan analisis pulangan ekonomi yang tepat.

Di samping itu, aliran air merentasi sempadan air juga perlu tertakluk kepada tarif air mentah. Sebagai contoh, hutan simpan Ulu Muda yang merupakan kawasan tadahan air untuk Sungai Muda. Sesiapa yang menggunakan air dari sungai ini perlu membantu kerajaan negeri Kedah untuk melindungi kawasan tadahan air. Begitu juga, terdapat banyak sungai yang merentasi sempadan-sempadan negeri di Malaysia. Jika melindungi kawasan tadahan air boleh memastikan jaminan air, kita perlu melaksanakannya dengan sepenuh hati.

Apapun mekanisme yang kita laksanakan, tanpa hutan, Malaysia akan mengalami tindakbalas ekonomi dan sosial yang dahsyat. Walau bagaimanapun, tarif air mentah sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana ia bukanlah satu mekanisme yang menguntungkan, ia adalah mekanisme sosio-ekonomi untuk melindungi rakyat dan perniagaan.

Kita sedang kehilangan pautan yang penting dengan kitaran air semulajadi melalui pembalakan. Malaysia akan menjadi jenaka dunia kerana kita diberkati dengan hujan yang begitu banyak namun gagal untuk melindungi jaminan air kita sendiri. Fikirkanlah!

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies