English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Kerjasama Air: Adakah ia wujud di Malaysia?

KOMEN SEMPENA HARI AIR SEDUNIA - 20 MAC 2012 (RABU)

KERJASAMA AIR: ADAKAH IA WUJUD DI MALAYSIA?

 

Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Ia adalah untuk menandakan kepentingan air dalam hidup kita dan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Dekad Air oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2005 - 2015). Pada tahun ini tema sambutan adalah 'Kerjasama Air' dan mewakili kepentingan kerjasama dalam menggunakan sumber air untuk tamadun manusia. Tahun ini juga telah dinamakan sebagai Tahun Kerjasama Air Antarabangsa oleh UN Water.

Walaupun masyarakat antarabangsa memberi tumpuan kerjasama antara negara-negara dan sempadan, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin memberikan beberapa Anjakan Paradigma berkenaan dengan Kerjasama Air dalam perspektif Malaysia.

Adakah Manusia dan Alam Sekitar bekerjasama untuk Penggunaan Air?

Walaupun penggunaan air per kapita semakin meningkat setiap tahun, pengurusan sumber air mencecah rekod terburuk. Kita cenderung untuk menjadi pengecut dalam pengurusan sumber air. Kami menggunakan sumber air dan apabila ia sudah tercemar, kita meninggalkannya dan cari sumber yang baru. Ini adalah modus operandi biasa pihak berkuasa di Malaysia. Tingkah laku sebegini membunuh kehidupan di sungai, tasik, air bawah tanah dan sumber air yang lain. Pemusnahan sumber-sumber air adalah berleluasa di negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Sarawak tetapi ia tidak mengecualikan negeri-negeri lain. Manusia dan alam sekiat mesti hidup dalam keseimbangan untuk memastikan terdapat kesinambungan dan kelestarian. Apabila kita mengambil banyak daripada alam sekitar, kita secara tidak langsung merancang bencana kepada diri kita sendiri. Kemarau, kepupusan hutan, banjir, tanah runtuh dan banyak lagi bencana ini adalah sebahagian daripada ciptaan kita sendiri dan jangan sesekali salahkan PEMANASAN GLOBAL. Kita mesti menyemat pengajaran yang penting dalam minda bahawa dalam alam semula jadi segala-galanya adalah terhad dan kita perlu belajar di mana had kita!

Adakah Kerajaan-kerajaan Negeri bekerjasama dalam pengurusan air mentah?

Air tidak mempunyai identiti satau memilih mana-mana kumpulan tertentu. Ia mengalir dengan bebas. Berapa kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia sebenarnya bekerjasama untuk memastikan sumber air dilindungi? Jika kawalan pencemaran dalam satu sempadan diabaikan, negeri jiran perlu mengeluarkan lebih kos untuk tujuan merawat air. Adakah manusia di sebelah lain sempadan kurang penting? Mengapa tidak kita tidak berkongsi tanggungjawab untuk hidup sebelah menyebelah secara lestari?

Adakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri Bekerjasama untuk memastikan Jaminan Air di Malaysia?

Kita perlu bersyukur kerana air bukan ahli mana-mana parti politik. Ia adalah neutral dalam politik serta dalam ciri-ciri kimia. Walau bagaimanapun, apabila anda mencairkan bahan kimia lain dalam air, anda mula untuk menukar ciri-ciri air. Ini adalah situasi yang sama apabila penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor dan beberapa negeri lain masih dipolitikkan. Di samping itu, masalah bekalan air yang berterusan dan bersih di Sabah dan Sarawak adalah satu isu yang serius. Penstrukturan semula perkhidmatan air di Sabah dan Sarawak dilihat sebagai Kerajaan Persekutuan menghapuskan kuasa kerajaan negeri. Mujurlah, semua negeri-negeri semenanjung yang telah distruktur semula masih mempunyai kuasa mereka dan dalam jangka masa yang panjang akan memberi manfaat kepada orang ramai dan perniagaan. Mengapa faedah seperti ini sedang dinafikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, mereka adalah rakyat Malaysia seperti saya juga? Meminum air daripada sistem penuaian air hujan mempunyai kesan negatif jika aspek kebersihan tidak di jaga.

Bolehkan kita masih bekerjasama atau ia sudah terlalu lewat?

Air adalah isu keselamatan negara. Kerjasama bermula daripada kerajaan tempatan, sektor perniagaan, orang awam, kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Terdapat perbezaan dalam pelaksanaan seperti pencegahan pencemaran, perlindungan kawasan tadahan air, memastikan bekalan air terawat yang berterusan, air untuk pengairan serta industri, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kita masih boleh bekerjasama. Ketepikan perbezaan politik dan agenda peribadi. Kerjasama yang padu hanya akan memberikan output yang lebih baik di mana ia akan membawa Malaysia ke arena antarabangsa. Jika 9 negara-negara yang berlainan dengan fahaman politik yang berbeza boleh bekerjasama untuk menghidupkan semula Sungai Rhine di Eropah, saya yakin bahawa 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia boleh memberikan contoh yang lebih baik. Keutamaan adalah untuk mewartakan semua kawasan tadahan air adalah tanah rizab kekal menjelang tahun 2015. Ini adalah tarikh akhir yang ditetapkan oleh AWER kepada semua kerajaan negeri. Mungkin sesuatu yang boleh difikirkan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masa depan. Kegagalan untuk berbuat demikian, AWER akan mengusulkan untuk satu referendum awam bagi menghapuskan kuasa kepada sumber air daripada kerajaan negeri dan menempatkannya di bawah kuasa Parlimen.

Apa akibat daripada kegagalan untuk bekerjasama?

Ia hanya memberikan penderitaan, krisis makanan, pergolakan sosial dan kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada status negara maju bagi Malaysia. Jaminan air adalah prasyarat bagi pembangunan dan kita masih jauh daripada mencapainya. Rakyat Malaysia akan mula memilih pemimpin masa depan negara ini, pastikan mereka mempunyai 'isi' yang diperlukan untuk melindungi keperluan air negara.

Apabila anda dahaga, alam sekitar akan dahaga juga. Fikirkan tentang ini setiap kali anda membuka pili anda.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies