English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Siapa penyebab Jerebu?

SURAT KEPADA PENGARANG - 24 Jun 2013
Siapa penyebab Jerebu?

Setelah lebih 20 tahun, Malaysia masih merana kerana jerebu yang berasal dari Indonesia akibat pembukaan tanah. Kita telah menggunakan segala saluran diplomatik untuk menyelesaikan hal ini melalui pendekatan ASEAN. Adakah kita telah berjaya? Jika di seberang sempadan kita, sebuah syarikat melepaskan gas toksik dan beberapa ratus rakyat Malaysia yang mati, adakah akan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Malaysia berdiam diri? Begitu juga, kejadian ini (jerebu) adalah pencemaran oleh industri (pertanian). Menteri Alam Sekitar Indonesia telah menamakan beberapa suspek dan sedang menyiasat beberapa yang lain. Tidak kira mereka adalah syarikat berasal dari Malaysia atau tidak, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) mesti dikuatkuasakan sepenuhnya. Jangan mengecut apabila Indonesia menuding jari kepada syarikat milik Malaysia. Yang menderita adalah manusia.

Kita di Malaysia perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan untuk mereka yang mempunyai komplikasi kesihatan paru-paru, jantung dan kulit. Bagaimana pula dengan kerugian pendapatan lain. Siapa yang untung dan siapa pula yang menderita? Bayangkan jika seluruh tahun depan mempunyai masalah jerebu, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kerajaan Malaysia, perniagaan dan rakyat mesti menuntut semua perbelanjaan tambahan yang ditanggung dalam penjagaan kesihatan, kerugian perniagaan akibat jerebu dan situasi darurat, kos bahan kimia pembenihan awan, dan lain-lain lagi. Ini adalah selaras dengan EQA. Tuntutan kos ini adalah tambahan daripada denda yang pesalah perlu bayar kerana melanggar undang-undang. Saya juga menggalakkan Kerajaan Singapura untuk mengambil tindakan yang sama untuk membawa pesalah ke mahkamah.

Jika syarikat-syarikat ini dan pemilik mereka tidak mahu menghormati undang-undang dan mahkamah kita, terdapat pelbagai bentuk tekanan yang boleh dikenakan, terutama tekanan ekonomi. Jika produk minyak sawit mereka diharamkan, tidak ada manfaat ekonomi untuk mereka di sini. Ini boleh dilanjutkan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengharamkan produk mereka di pasaran antarabangsa.

Kita perlu teguh dan berjuang untuk kedaulatan negara kita sendiri. 2 ekor harimau dalam jata negara mewakili keberanian dan kekuatan. Kita perlu menegakkannya! Kita tidak harus menjadi hamba ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies