English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Struktur Semula Industri Perkhidmatan Pembentungan Dahulu, Ianya Sangat Busuk

SURAT KEPADA PENGARANG - 08 Julai 2013

Struktur Semula Industri Perkhidmatan Pembentungan Dahulu, Ianya Sangat Busuk

Industri Perkhidmatan Air dibahagikan kepada Perawatan Air, Bekalan Air dan Perkhidmatan Pembentungan. Tiga komponen ini adalah perlu mengikuti proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu-isu yang berkaitan dengan struktur industri, ketelusan, kekurangan pembangunan infrastruktur, kegagalan dalam penswastaan (perjanjian konsesi) dan struktur kos (tarif) adalah sebab-sebab utama Kerajaan Persekutuan meyakinkan Majlis Raja-raja untuk meneruskan dengan pelaksanaan model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Akhirnya WSIA telah diluluskan oleh Parlimen

Indah Water Konsortium (IWK), sebuah syarikat swasta yang telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Kerajaan Persekutuan pada 9 Disember 1993 untuk menguruskan perkhidmatan pembetungan 'bersambung'. Walau bagaimanapun, syarikat swasta ini tidak mampu menguruskan hutang dan memerlukan 'bailout' pada tahun 1999. Kerajaan Persekutuan telah 'bailout' IWK dan mengambil alih keseluruhan IWK.

Penstrukturan semula Indah Water Konsortium (IWK) sepatutnya siap seawal tahun 2008. Apakah yang melambatkan Kementerian Kewangan (MOF) daripada berbuat demikian? Tambahan pula, IWK juga memohon kenaikan tarif dan akan menerima peruntukan bagi projek-projek pemulihan infrastruktur pembetungan secara berterusan. AWER ingin menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak membenarkan apa-apa kenaikan tarif IWK sebelum menstruktur semula IWK mengikut model WSIA. Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memimpin melalui teladan dengan memastikan MOF memansuhkan perjanjian konsesi ini. Dalam jangka masa panjang, IWK akan dipecahkan kepada entiti-entiti peringkat negeri untuk digabungkan dengan syarikat-syarikat bekalan air di peringkat negeri bagi meningkatkan kemampanan ekonomi industri perkhidmatan air. Ini adalah model WSIA yang lengkap.

Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menutup Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). JPP mengulangi operasi SPAN, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dalam beberapa kes dengan IWK dari segi pengawalseliaan, pengurusan projek dan pelaksanaan projek. Mereka sebenarnya menduplikasi dan merunsingkan tugas-tugas dan fungsi-fungsi yang sepatutnya dijalankan oleh SPAN, PAAB dan IWK. Pertindihan sebegini ini bukan sahaja akan memperlahankan keberkesanan pengawalselia (SPAN) untuk melaksanakan tugasnya tetapi juga membuka ruang untuk penyalahgunaan kuasa dan salah urus daripada pegawai-pegawai JPP. Sebagai contoh, JPP telah memberikan sokongan (recommendation) untuk projek yang melibatkan IWK dan sebuah syarikat swasta untuk dilaksanakan di mana ia tidak mempunyai sebarang KUASA KAWALSELIA. Kuasa pengawalseliaan untuk perkhidmatan pembetungan adalah di bawah SPAN mengikut WSIA. Oleh itu, JPP perlu ditutup dan pegawai-pegawainya boleh diserap ke dalam SPAN, PAAB dan IWK sebagai pilihan atau memilih kekosongan jawatan kerajaan yang lain.

Mengapa penambah baikan perkhidmatan pembetungan sangat penting? Anda perlu ingat bahawa pencemaran kumbahan kepada air adalah satu isu yang serius. Lembangan Sungai Langat mempunyai lebih daripada 30,000 tangki septik individu dan ia merupakan penyumbang terbesar kepada tahap ammonia di dalam air sungai ini. Tidak termasuk lain-lain loji rawatan kumbahan di sepanjang lembangan sungai ini yang masih melepaskan pencemar. Sungai ini merupakan salah satu punca utama pengambilan air mentah. Ya, kita menggunakan air sungai dengan pencemaran sisa pembetungan sebagai air minuman selepas rawatan.

Walau bagaimanapun, WSIA juga mewajibkan industri untuk menjadi telus, termasuk proses penetapan tarif. AWER telah berjaya mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan proses penetapan tarif secara telus. Proses ini akan memastikan setiap butiran Perbelanjaan Modal (Capex), Perbelanjaan Operasi (Opex), pendapatan yang dikawal selia dan bukan dikawal selia untuk dimasukkan ke dalam proses penetapan tarif dengan penglibatan semua pihak yang berkepentingan termasuk orang ramai .

Jika kita meneliti tarif pembentungan, adakah adil bagi mereka yang kurang menggunakan air terawat dan kurang melepaskan air sisa ke sistem pembetungan bersambung untuk membayar jumlah yang sama dengan orang-orang yang melepaskan air sisa yang banyak. Oleh itu, sistem bil berdasarkan isipadu (volumetric billing system) adalah penting. AWER telah bertemu dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa sistem bil berdasarkan isipadu akan diperkuatkuasakan bagi semua pengguna dalam masa terdekat.

Untuk menjadikan industri pembetungan lebih baik dan mapan, kawasan berpenduduk padat dengan tangki septik individu dan sistem simbah terus (pour flush) perlu ditukar kepada sistem bersambung. Dengan peningkatan kepada perkhidmatan yang diberikan, kos operasi keseluruhan dapat dikurangkan. Ini adalah satu konsep operasi besar-besaran. Tetapi bagi kawasan-kawasan berpenduduk tidak padat, mesti mempunyai tangki septik individu yang dikosongkan (enapan disedut keluar) setiap 2 hingga 3 tahun sekali. Ini adalah kerana menukarkan tangki-tangki septik di kawasan tidak berpenduduk padat melibatkan kos yang tinggi.

Sekarang, pembiayaan untuk melakukan penambahbaikan ini boleh diperolehi melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah badan yang ditubuhkan untuk melancarkan proses penstrukturan semula bagi membantu pembiayaan pembangunan infrastruktur. Bagaimana anda menyalurkan kos ini kepada tarif? Ia perlu dilakukan melalui proses penetapan tarif yang telus dan semua kos IWK perlu diaudit dan ditanda aras.

Menutup kebocoran di dalam sistem (IWK) sebelum mengenakan tarif kepada pengguna. Ini adalah WSIA yang dipermudahkan untuk anda.

Pada masa ini, air sisa kumbahan yang dirawat ini boleh digunakan semula untuk penyejukan mesin dan pemprosesan bukan makanan di kilang, menyiram taman di bawah seliaan kerajaan tempatan, dan lain-lain lagi. Paip khusus boleh disambungkan ke kawasan permintaan yang tinggi dengan permintaan khas. Di samping itu, lori-lori tangki air yang menyiram taman-taman di bawah kerajaan tempatan boleh mengisi air sisa yang dirawat di loji pembetungan yang ditetapkan dengan mudah. Ini akan meningkatkan hasil kepada industri pembetungan melalui perkhidmatan yang dikawal selia.

Banyak lagi juga boleh dilakukan untuk menuai gas metana (gas rumah hijau) secara lestari daripada sistem pembetungan untuk mengurangkan kebergantungan loji rawatan kumbahan kepada tenaga elektrik. Ini juga bermakna bahawa, sistem pembetungan boleh menjadi satu lagi sumber tenaga boleh diperbaharui yang lestari  dengan bekalan sumber bahan api yang berterusan dari kita (kita melepaskan jumlah sumber/najis  yang banyak setiap hari).

Hampir terlupa satu maklumat penting, apa-apa pendapatan yang dibuat dalam melupuskan perkakas lama (melalui kitar semula), menghasilkan baja daripada enapcemar, penggunaan semula air sisa kumbahan dan lain-lain bentuk perniagaan (papan iklan) melalui perkhidmatan pembetungan, IWK perlu menyalurkan pendapatan ini kembali kepada tarif . Ia bukan pendapatan bagi syarikat ini. Ini juga merupakan satu lagi pendekatan penting dalam WSIA. Jadi, IWK perlu lebih telus dalam kos dan operasi untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai dan perniagaan. Ini juga merupakan satu lagi perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat antara AWER dan KeTTHA.

Jadi, MOF apa yang anda tunggu? Mansuhkan perjanjian konsesi IWK untuk membolehkan IWK distruktur semula. Berhenti menjadi penghalang kepada penambah baikan industri perkhidmatan air negara. Semua kebaikan ini hanya akan direalisasikan jika MOF bersetuju untuk menstruktur semula IWK. Tidak ada keperluan untuk membentuk Syarikat Pembetungan Negara (NASCo) yang menelan perbelanjaan sangat tinggi (melampaui kemampuan Malaysia), dahulukan penstrukturan semula! Ia senada dengan Rakyat Didahulukan.

Ke arah melengkapkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara menjelang akhir tahun 2013.


Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies