English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

MENGURANGKAN KOS OPERASI KERAJAAN, BOLEH BERMULA DARIPADA KeTTHA

SIARAN MEDIA - 13 Januari 2014 (ISNIN)

MENGURANGKAN KOS OPERASI KERAJAAN, BOLEH BERMULA DARIPADA KeTTHA

Langkah 1: Pelaksanaan Kaedah-kaedah Kecekapan Tenaga Berdasarkan Prinsip Kejuruteraan yang Betul untuk Mengurangkan Bil Elektrik Kerajaan

Perdana Menteri telah menggariskan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan kos operasi kerajaan. Salah satu daripadanya adalah untuk mengurangkan kos elektrik sebanyak 5% untuk semua agensi kerajaan.

Kerajaan tidak perlu membazirkan wang pembayar cukai untuk mendapat perkhidmatan Kontrak Pencapaian Tenaga (Energy Performance Contract-EPC). Juruaudit tenaga sebenarnya diiktiraf oleh agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Dengan mendapatkan perkhidmatan dari luar (outsourcing) bagi kerja ini, KeTTHA mengakui bahawa kerajaan tidak tahu menjalankan audit tenaga mereka sendiri. Kewujudan Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan banyak jurutera yang bekerja di sini bukanlah sekadar hiasan semata-mata. Kerajaan perlu mengoptimumkan modal insan ini untuk menjalankan audit tenaga tanpa kos tambahan kepada kerajaan. Audit tenaga perlu mengenal pasti Inisiatif Tiada Pelaburan, Inisiatif Pelaburan Rendah dan Inisiatif Pelaburan Tinggi. Inisiatif-inisiatif ini akan berbeza dengan anggaran peratusan penjimatan melalui pendekatan Kecekapan Tenaga.

Inisiatif Tanpa Pelaburan secara langsung berkaitan dengan corak tingkah laku, pola penggunaan dan pelarasan mudah pada operasi harian. Inisiatif Pelaburan Rendah adalah yang melibatkan pengubahan peralatan, pendawaian semula untuk memperkenalkan zon (lampu), pengubahan panel kaca, penambahan panel teduhan, dan lain-lain. Penjimatan dari kedua-dua inisiatif (tiada pelaburan dan pelaburan yang rendah) ini boleh digunakan oleh kerajaan di kemudian hari. Sebagai contoh, selepas pelaksanaan sepenuhnya Inisiatif Tidak Pelaburan dan Pelaburan yang rendah, kerajaan akan dapat mengurangkan hampir 20% (secara umum) daripada jumlah penggunaan elektrik dan kadang-kadang lebih. Penjimatan ini akhirnya boleh digunakan untuk melabur dalam Inisiatif Pelaburan Tinggi bagi kaedah-kaedah kecekapan tenaga. Ini adalah pendekatan yang betul dalam bagaimana pelaksanaan kecekapan tenaga bagi agensi-agensi kerajaan.

Satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 4 Januari 2014, di mana Inisiatif Tiada Pelaburan dan Pelaburan Rendah tidak boleh menjimatkan lebih daripada 20% adalah sangat samar-samar. Beliau juga dipetik oleh akhbar tempatan itu yang berkata Pejabat Kurang Menggunakan Tenaga KeTTHA (Bangunan LEO) menggunakan 54% kurang tenaga elektrik berbanding dengan bangunan komersial yang konvensional. Jika 30 % daripada angka ini adalah daripada Inisiatif Pelaburan Tinggi, baki 24% adalah bagi Inisiatif Tiada Pelaburan dan Pelaburan Rendah. Dalam kenyataan yang sama, Ketua Setiausaha KeTTHA menyebut bahawa kaedah EPC akan menjalankan Inisiatif Pelaburan Tinggi sahaja dan Inisiatif Pelaburan Tinggi hanya menjimatkan di antara 3.9 % dan 17% berdasarkan keputusan audit tenaga KeTTHA. Mengapa KeTTHA memberi kenyataan yang sangat bercanggah? Mengapa KeTTHA melindungi kaedah EPC? Mengapa KeTTHA sedang memanipulasikan statistik untuk memastikan EPC dijalankan? AWER akan biarkan orang ramai menilai sendiri perkara ini.

EPC akan mengambil kira-kira 75% daripada penjimatan daripada penurunan dalam bil elektrik untuk satu tempoh masa tertentu. Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan bekas Menteri KeTTHA pada 6 Januari 2013 di sebuah akhbar tempatan. Lebih-lebih lagi, setelah kerajaan memberikan kontrak EPC, syarikat-syarikat ini akan menggunakan kontrak ini untuk mendapatkan pembiayaan bagi projek. Sekali lagi, kos kewangan termasuk kadar faedah dan margin keuntungan akan akhirnya dibayar melalui wang pembayar cukai. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan kos yang akan disalurkan kepada kerajaan yang akan diambil dari penjimatan atau dibayar terus daripada wang pebayar cukai menggunakan Kaedah EPC oleh KeTTHA dan Kaedah Kecekapan Tenaga oleh AWER:

Kos disebabkan Kaedah EPC oleh KeTTHA
Kos disebabkan Kaedah Kecekapan Tenaga oleh AWER
(i) Audit Tenaga
(ii) Kos Kewangan EPC (termasuk kadar faedah)
(iii) Marjin keuntungan (tidak di kawal selia)
(iv) Kos teknologi
(i) Kos teknologi (melalui tender terbuka)

Sekarang, mengapa KeTTHA mendesak untuk melaksanakan EPC apabila ia akan menelan belanja yang lebih tinggi kepada kerajaan? Adakah KeTTHA juga mengakui bahawa kerajaan tidak kompeten untuk menjalankan audit tenaga sendiri di mana juruaudit tenaga disahkan oleh agensi di bawah KeTTHA sendiri?

Julat penjimatan kos untuk bangunan kerajaan adalah seiring dengan usia bangunan, peralatan dan kemudahan. Kedua, kerajaan mesti mengklasifikasikan semua bangunan kerajaan kepada keadaan kritikal, sub kritikal dan tidak kritikal bagi mencapai penjimatan dalam kos elektrik. Ini perlu dilakukan dengan dua parameter. Parameter pertama adalah peratusan penjimatan dan yang kedua ialah anggaran jumlah penjimatan. Berdasarkan kedua-dua parameter ini, kerajaan boleh melabur secara terpilih untuk menangani bangunan kritikal diikuti oleh sub kritikal dan tidak kritikal.

Di samping itu , Peraturan Kecekapan Tenaga Bangunan yang baru perlu dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Peraturan ini mesti meliputi bidang-bidang berikut :
(i) Peraturan-peraturan yang berbeza untuk bangunan baru dan mengubahsuai bangunan yang sedia ada;
(ii) Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Pendingin Hawa (HVAC);
(iii) Bahan-bahan binaan dan reka bentuk;
(iv) Bahan Penebat dan aplikasi dan
(v) Tempoh peralihan

Peraturan ini mesti mempunyai tempoh kajian semula setiap 5 tahun untuk memastikan ia selari dengan teknologi terkini . Dengan cara ini, kedua-dua bangunan kerajaan dan bangunan komersial boleh direka bentuk untuk menjadi cekap tenaga di peringkat pembinaan. Suruhanjaya Tenaga juga perlu menjadikan pematuhan kepada peraturan ini sebagai keperluan mandatori di mana sesebuah bangunan itu mestilah mematuhi peraturan baru ini untuk dibenarkan untuk beroperasi. Ini juga akan mengelakkan kerajaan daripada membazirkan wang pembayar cukai untuk mengubahsuai bangunan-bangunan baru (seperti di Putrajaya) untuk menjadi cekap tenaga.

Langkah 2: Tutup Agensi-agensi yang Bertindih Tugas si KeTTHA

Walaupun YAB Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah penjimatan, KeTTHA terus membazirkan dana awam menerusi agensi-agensi yang bertindih tugas dan tidak perlu wujud. Dalam Bajet 2014, sebuah agensi bertindih tugas yang baru telah diwujudkan. Yayasan Hijau Malaysia yang diwujudkan untuk menggalakkan penggunaan Teknologi Hijau di Malaysia dan RM 15 juta diperuntukkan sebagai geran pelancaran. Fungsi ini telahpun dijalankan oleh Green Technology Corporation dan juga Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Kami menggesa Perdana Menteri untuk menghentikan pembentukan agensi bertindih tugas ini dan jimatkan RM 15 juta daripada dibazirkan serta kos mewujudkan pemegang jawatan baru, Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah.

Di samping itu, tiga lagi agensi bertindih tugas masih wujud di KeTTHA. Agensi-agensi ini adalah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP). Tugas oleh agensi-agensi ini boleh dijalankan oleh agensi dan organisasi yang sedia ada seperti yang disenaraikan di bawah:

Agensi yang Bertindih Tugas

Agensi-agensi dan Organisasi-organisasi yang boleh

menjalankan tugas-tugas ini

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
Suruhanjaya Tenaga
Jabatan Bekalan Air (JBA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

dan syarikat-syarikat perkhidmatan air

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)

 

Modal insan dari agensi-agensi bertindih tugas ini boleh diserap ke dalam agensi-agensi lain yang akan mengurangkan pertindihan modal insan. Secara keseluruhan, penjimatan daripada penutupan agensi bertindih adalah besar. Kami berharap ini boleh dilakukan dalam masa sebulan bagi menunjukkan komitmen kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah penjimatan .

Kesimpulan

Penjimatan dari menutup agensi bertindih tugas dianggarkan lebih daripada RM 35 juta. Kerajaan juga perlu menghentikan pembiayaan RM 5 Juta untuk International Green Tech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2014 (IGEM 2014). Ini adalah satu program tahunan oleh KeTTHA dan mereka harus telah menjana pendapatan dari acara ini untuk digunakan bagi tahun yang berikutnya. Keseluruhannya, penjimatan yang melebihi RM40 juta daripada KeTTHA sahaja boleh disalurkan untuk pelaburan kecekapan tenaga bagi banyak agensi-agensi kerajaan yang lain melalui kaedah yang dicadangkan oleh AWER dan EPC tidak diperlukan sama sekali.

Kami mahu melihat semua langkah-langkah ini dilaksanakan dan penjimatan dicapai. Inilah langkah-langkah penjimatan yang sebenarnya.

 

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies