English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

RESPON AWER KEPADA SIARAN MEDIA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MENGENAI TPPA

SIARAN MEDIA - 21 JANUAR1 2016 (KHAMIS)

RESPON AWER KEPADA SIARAN MEDIA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MENGENAI TPPA

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin respon kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 4 Januari 2016 yang berkaitan dengan isu-isu TPPA yang dibangkitkan oleh AWER dalam artikel, "Environment issues and TPPA" di akhbar The Sun pada 28 disember 2015. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MITI bagi respon mereka yang cepat dan penerangan yang diberikan berbanding dengan sikap pekak badak oleh beberapa agensi yang berurusan dengan kami, terutamanya Suruhanjaya Tenaga. Ia adalah menarik untuk membaca maklum balas daripada MITI mengenai beberapa isu yang dibangkitkan oleh AWER. Kami ingin mengetengahkan beberapa kesilapan agensi-agensi kita yang mungkin tidak membantu dalam mencapai "perlindungan tertinggi alam sekitar". Kesilapan-kesilapan sebegini boleh menyebabkan peningkatan piawaian alam sekitar Malaysia oleh agensi-agensi kita menjadi satu process yang mencabar. Cabaran dari pihak atau pihak-pihak terlibat dalam TPPA melalui Investor State Dispute Settlement (ISDS) terhadap langkah Malaysia untuk menaik taraf piawaian alam sekitar akan memberi masa yang mencukupi bagi pihak atau pihak-pihak terlibat dalam TPPA yang mencabar Malaysia untuk melengkapkan sebahagian lambakan produk yang tidak mesra alam dan kurang mesra alam.

Kesilapan 1: Bangga dengan Piawaian Alam Sekitar yang Rendah

Apabila Negara A meningkatkan piawaian alam sekitar bagi jenis produk tertentu, produk-produk yang tidak memenuhi piawaian baru tidak boleh dijual di Negara A selepas standard yang baru berkuatkuasa. Malangnya, ini tidak akan menghentikan peniaga-peniaga di Negara A untuk 'membuang' produk tersebut ke negara-negara lain yang tidak mempunyai standard alam sekitar yang setaraf dengan atau lebih tinggi daripada Negara A. Sebagai contoh, apabila Kesatuan Eropah mengumumkan penghentian penggunaan mentol filamen secara berperingkat, peningkatan mendadak dalam aliran masuk mentol filamen ke pasaran Malaysia telah berlaku pada tahun 2008 berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan. Ini telah membuktikan bahawa lambakan produk yang tidak mesra alam dan kurang  mesra alam ke negara-negara lain sememangnya berlaku. Di samping itu, produk dengan penarafan terendah (1 tick) mengikut pelabelan kecekapan tenaga Singapura boleh mencapai penarafan kecekapan tenaga Malaysia setinggi 4 bintang di Malaysia (5 bintang adalah tertinggi). Kita dapat melihat produk-produk yang mempunyai kedua-dua label ini dijual di pasaran Malaysia. Bolehkah TPPA membantu Malaysia menghentikan kemasukan produk-produk yang tidak mesra alam dan kurang mesra alam ke Malaysia? TPPA membolehkan perdagangan lebih mudah dan jika agensi tempatan kita adalah lebih perlahan berbanding dengan kungkang (sloth) dalam meningkatkan taraf piawaian alam sekitar, kita memang akan menjadi tempat lambakan produk-produk yang tidak mesra alam dan kurang mesra alam.

Apabila AWER mencabar (confronted) Suruhanjaya Tenaga mengenai isu ini dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), pegawai Suruhanjaya Tenaga menjawab bahawa piawaian kita adalah ditanda aras di peringkat antarabangsa di mana Piawaian Pencapaian Minimum Tenaga (MEPS) Malaysia ditetapkan pada tahap yang sama dengan Vietnam dan lebih rendah sedikit daripada Thailand. Di samping itu, seorang lagi pegawai berkata, tidak salah untuk membawa masuk produk-produk tersebut (produk tidak mesra alam dan kurang mesra alam) selagi produk-produk tersebut melepasi piawaian kita. Adakah ini "perlindungan alam sekitar tertinggi" yang dinyatakan oleh MITI?

Kesilapan 2: Menyokong "Green Washing"

"Green Washing" (dakwaan palsu mengenai pencapaian mesra alam) juga boleh berlaku dengan menggunakan data untuk membuktikan produk tertentu adalah mesra alam dengan pelbagai nota kaki (footnote). Pada hakikatnya, ia mungkin tidak boleh menjadi produk yang lebih mesra alam seperti yang diguna pakai oleh objektif Pembangunan Lestari (Sustainable Development). Kenderaan elektrik boleh membuktikan ia lebih mesra alam di negara-negara yang mempunyai penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang lebih tinggi dalam campuran penjanaan tenaga elektrik. Di Malaysia, ini bukanlah situasi yang sama akibat daripada penggunaan arang batu yang lebih tinggi dalam penjanaan tenaga elektrik. Tambahan pula, terdapat banyak perbezaan yang ketara apabila pelepasan in-situ dibandingkan dengan jumlah kesan alam sekitar berdasarkan Kajian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment-LCA). Kenderaan elektrik tidak akan menyumbang kepada perlindungan alam sekitar jika semua parameter alam sekitar diambil kira. Malangnya, agensi (Green Technology Corporation) yang menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik menentang kebenaran dan mendapat lebih belanjawan untuk melaksanakan program bagi kenderaan elektrik. Apabila perdagangan meningkat melalui TPPA dan kita mempunyai agensi yang mempromosi teknologi salah sebagai produk mesra alam, siapa yang akan menghentikan "green washing"?

Tiada Piawaian, Bagaimana Nak Bandingkan?

Di Malaysia, terdapat sektor-sektor di mana tiada piawaian alam sekitar ditetapkan untuknya dan TPPA akan membolehkan banyak produk memasuki sempadan kita dengan senang. Walaupun kami gembira bahawa kerajaan telah melaksanakan piawaian bahan api EURO 4M dan ke atas untuk kenderaan seperti yang dicadangkan oleh AWER, Malaysia tiada piawaian kecekapan untuk kenderaan. Apabila tiada apa-apa piawaian boleh diguna pakai di Malaysia untuk perbandingan, adakah kita sekali lagi akan menjadi tempat lambakan?

Pemindahan Teknologi melalui TPPA, Adakah Ini Satu Realiti?

Jika ada pemilik teknologi sebegitu mulia yang bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan Harta Intelek kepada pemain kecil seperti Malaysia, kita memberi mereka tabik. Adakah syarikat-syarikat Malaysia akan menjadi pemilik teknologi mesra alam satu hari nanti? Berdasarkan kajian kami bagi produk elektrik dan elektronik pada tahun 2011, Syarikat Multinasional membawa Industri Kecil Sederhana (IKS) teknologi teras mereka bersama-sama dengan mereka. IKS tempatan terbabit dalam bahagian teknologi bukan teras. Ini tidak akan mengukuhkan industri kita untuk membangun dan memiliki teknologi yang baru. Kerjasama dan pembinaan keupayaan telah berlaku bertahun-tahun lamanya. Adakah terdapat hasil sebenar yang membolehkan kita untuk cemerlang dalam Bab 20 TPPA? Menyediakan platform tidak bermakna tentunya akan membuahkan hasil yang kukuh.

Kami bimbang akan pandangan tinggi MITI terhadap keupayaan agensi-agensi yang akan menjaga alam sekitar Malaysia. Menggalakkan perlindungan tertinggi alam sekitar melalui TPPA adalah berbeza daripada mempunyai perlindungan alam sekitar yang sebenar dan tinggi. Isu-isu yang dibangkitkan oleh kami hanya merupakan peratusan kecil daripada isu-isu yang sedang berlaku. Kami berharap MITI dapat memastikan Malaysia bersedia untuk menghadapi risiko yang ditimbulkan melalui Bab 20 TPPA. Jika agensi-agensi kita tidak bersedia untuk memastikan peningkatan piawaian alam sekitar boleh dilaksanakan, alam sekitar tidak mungkin menjadi pemenang di bawah TPPA.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies