English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGULANGI RUNDINGAN TERUS YANG BERLAKU SEMASA ERA DR MAHATHIR BAGI LOJI JANAKUASA YANG MELAHIRKAN PENJANA-PENJANA BEBAS GENERASI PERTAMA YANG "KEJAM"

SIARAN MEDIA - 04 OGOS 2016 (KHAMIS)

KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGULANGI RUNDINGAN TERUS YANG BERLAKU SEMASA ERA DR MAHATHIR BAGI LOJI JANAKUASA YANG MELAHIRKAN PENJANA-PENJANA BEBAS GENERASI PERTAMA YANG "KEJAM"

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan proses pembidaan kompetitif untuk pembinaan loji janakuasa. AWER berdiri teguh dengan pendirian kami bahawa tarif elektrik yang berpatutan dan saksama hanya boleh dicapai melalui pembidaan kompetitif yang adil dan telus. Kos teknologi-teknologi penjanaan tenaga elektrik adalah sesuatu yang diketahui secara meluas di kalangan pemain-pemain industri. Bagi seseorang pembida untuk memenangi projek, pembida tersebut mesti sanggup mengurangkan margin keuntungannya dan juga menanggung sebahagian risiko-risiko kewangan berkaitan dengan projek supaya ia dapat mengurangkan kos pembiayaan projek. Harga bidaan yang lebih rendah akibat daripada kos pembiayaan projek dan margin keuntungan yang lebih rendah akan diterjemahkan kepada penjimatan kos jangka panjang bagi pengguna domestik dan perniagaan melalui tarif elektrik.

Membina loji-loji janakuasa baru melalui pembidaan kompetitif adalah janji yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia ke-10 (muka surat 114) dan Rancangan Malaysia ke-11 (muka surat 7-40). Adakah Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memungkiri janji kerajaan? Semalam, ia telah dilaporkan dengan meluas bahawa Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan pembinaan loji janakuasa 1000MW Turbin Gas Kitaran Bersepadu (CCGT) melalui rundingan terus kepada Tadmax. Apa lagi sebab-sebab "kreatif" yang akan digunakan oleh Suruhajaya Tenaga bagi menjustifikasi kegagalan untuk melaksanakan pembidaan kompetitif? Adakah Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA menjamin bahawa Tadmax akan menawarkan tarif purata (levelised tarif) yang saksama dan berpatutan?

Ia adalah terbukti bahawa rundingan terus tidak dapat mengurangkan tarif purata (levelised tarif). Mari kita merujuk kembali satu projek yang dipercepatkan (fast track). Kedua-dua Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA telah menggunakan pelbagai alasan yang meragukan untuk menjustifikasikan penganugerahan Track 4A (loji 1000-1400 MW CCGT) melalui rundingan terus. Projek ini telah disyaratkan tarif purata (levelised tarif) yang ditanda aras pada 34.7 sen/kWj. Tetapi, mengapakah Suruhanjaya Tenaga kini meluluskan tarif purata (levelised tarif) bagi Track 4A pada 38.02 sen/kWj? Tarif purata tambahan, 3.32 sen/kWj akan menyalurkan kos tambahan kepada tarif elektrik di antara RM 5.82 Billion dan RM 8.14 Billion.


Lebih penting lagi, apabila Suruhajaya Tenaga dan KeTTHA menganugerahkan projek-projek loji janakuasa melalui rundingan terus, adakah mereka bertindak berpandukan Akta Suruhajaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik? KeTTHA dan agensinya tidak boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjangkau tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab seperti yang termaktub dalam kedua-dua Akta ini. Tambahan pula, banyak lagi kesalahan yang dibuat oleh KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga sedang menjejaskan sektor tenaga elektrik dengan teruk. Tarif elektrik mempunyai impak berganda (multiplier impact) kepada harga barangan dan perkhidmatan. Sebarang kenaikan kos tenaga elektrik yang tidak adil akan menjejaskan usaha kerajaan untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

AWER ingin menegaskan semula bahawa pembinaan loji janakuasa dan kosnya memberikan impak yang tinggi kepada tarif elektrik, daya saing, kemampuan membeli produk dan perkhidmatan, keyakinan para pelabur dan bina negara. Kami menyeru sekali lagi kepada Ketua Audit Nagara untuk mengaudit isu-isu berikut:
(i) audit semua proses kelulusan dan surat anugerah bagi loji janakuasa di KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)  mulai 2012;
(ii) audit semua keputusan, minit mesyuarat, dokumen dan persembahan(presentation) JPPPET mulai 2012;
(iii) pengendalian proses bidaan kompetitif bagi loji janakuasa baru dan dokumentasi termasuk bagaimana nodal point dan keperluan tanah (green field dan brown field) ditetapkan;
(iv) proses pelanjutan bagi loji janakuasa lama dan proses pembidaannya; dan
(v) kegagalan SEDA dan FiT untuk memenuhi sasaran campuran RE serta misteri proses penubuhan SEDA dan mekanisme FiT.

Kerajaan tidak boleh mengulangi rundingan terus yang berlaku semasa era Dr Mahathir bagi loji janakuasa yang melahirkan penjana-penjana bebas generasi pertama yang "kejam" (notorious). Adakah Suruhajaya Tenaga mengkompromi janji kerajaan untuk menjalankan pembidaan kompetitif dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11 dengan melaksanakan lebih banyak rundingan terus sekarang?

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies