English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Penjualan Kereta Meningkat: Adakah ianya Cekap Tenaga?

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan bahawa penjualan kenderaan penumpang adalah yang tertinggi bagi 5 tahun bagi 2009 dan akan terus meningkat. Ini merupakan satu trend yang perlu diperhati dengan serius.

Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2009 melaporkan bahawa terdapat 8,940,230 motorsikal; 8,506,080 kenderaan penumpang; 936,222 kenderaan barangan; 79,149 teksi dan 66,581 bus berdaftar di Malaysia. Dalam laporan yang sama, kita dapat lihat peningkatan 539,555 buah kereta di antara 2008 dan 2009.

Dengan peningkatan kenderaan di atas jalan, ia tidak memeranjatkan jika penggunaan sumber tenaga di sektor ini adalah sangat tinggi. Sebelum Malaysia dapat mewujudkan sistem pengangkutan awam bersepadu yang lengkap, kenderaan penumpang masih akan memainkan peranan penting dalam pengangkutan. Ini juga bermakna permintaan sumber tenaga di sektor ini akan kian meningkat setiap tahun.

Isu pokoknya adalah, adakah kenderaan-kenderaan ini cekap tenaga?

Sebagai contoh, Kesatuan Eropah telah menjalankan pelabelan Cekap Tenaga untuk kenderaan. Kaedah pelabelan di Eropah menggunakan A hingga G sebagai penunjuk, di mana A adalah paling cekap tenaga dan G adalah tidak cekap tenaga. Label sebegini dapat membantu pembeli membuat pilihan yang bijak. Malaysia juga memerlukan kaedah pelabelan yang sama,. Ini bukan saja akan membantu  kita menjadi lebih mesra alam, ia juga akan menjimatkan kos pembelian bahan api dalam jangka masa panjang.

Untuk memastikan pelabelan sebegini boleh dilaksanakan, Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM mesti memulakan kaedah ujian seragam untuk tujuan pensijilan dahulu. Kemudian, makmal-makmal perlu disediakan untuk menguji kenderaan-kenderaan ini. Suruhanjaya Tenaga telahpun mempunyai sistem Star Rating (Pengkadaran Bintang). Sistem ini mempunyai terendah 1 bintang dan tertinggi 5 bintang pengkadaran yang digunakan untuk barangan elektrik yang terpilih. Sistem ini boleh di tambah baik untuk digunakan bagi pengkadaran kenderaan bagi memastikan pembeli dapat mengenal pasti kenderaan yang cekap tenaga.

Tambahan pula, tuntutan kereta hibrid sebagai kereta yang cekap tenaga perlu di awasi., di Malaysia, kecekapan penghasilan tenaga adalah dalam lingkungan 35%. Setiap kilowattjam (1kWj) melepaskan 0.6 kg gas Karbon Dioksida (CO2) pada kecekapan bekalan sekarang.

Tenaga elektrik ini akan digunakan untuk mengecas bateri untuk kereta hibrid. Jika kecekapan sistem mengecas bateri hanya 60% cekap, bateri kereta hibrid secara keseluruhan akan mencapai 21% kecekapan dalam penggunaan tenaga elektrik. Maka, ia akan membazir sumber tenaga dan melepaskan lebih banyak CO2.

Melalui pembakaran terus, kecekapan enjin boleh mencapai lebih daripada 40%. Maka, kereta hibrid perlu di kaji dengan teliti mengenai tuntutan mesra alam. Untuk mengelakkan masalah sebegini, adalah wajar untuk mempunyai label kecekapan tenaga yang boleh melindungi kehendak pembeli.

Hanya melalui pensijilan yang telus dan bebas, rakyat Malaysia boleh menikmati kenderaan cekap tenaga. Ini akan membantu mereka menjimatkan penggunaan bahan api dan juga mengurangan pelepasan karbon. Ia juga membantu mengurangkan permintaan bahan api yang tinggi bagi sektor pengangkutan.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies