English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Sektor Air Perlu Digabungkan

Jaminan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dalam menangani isu-isu berkaitan dengan air adalah satu detik penting dalam sejarah Malaysia. Air adalah Keselamatan Negara dan kegagalan kita akan menjurus kepada masalah jaminan air mentah dan jaminan bekalan.

Salah satu perkara utama yang telah diperhatikan oleh AWER adalah pengurusan air dalam keseluruhan kitar penggunaan air ini adalah masih berasingan. Terlalu banyak agensi yang terlibat dan tidak diintegrasi. Sememangnya perubahan iklim akan memberikan impak kepada sumber air, tetapi pengurusan air yang berasingan dari segi struktur boleh memberikan kesan yang jauh lebih teruk berbanding perubahan iklim. Ini juga telah disentuh oleh YAB  Perdana Menteri dalam ucapan beliau baru-baru ini sempena sambutan Hari Air Sedunia peringkat kebangsaan.

Sektor air sebenarnya berfungsi dalam satu sistem tertutup. Air mentah yang kita gunakan adalah daripada alam sekitar. Air ini dirawat dan dibekalkan kepada pelbagai lapisan pengguna yang akhirnya menghasilkan air sisa. Air sisa ini kemudiannya perlu dirawat sebelum dilepaskan semula ke alam sekitar. Untuk model ini berfungsi, alam sekitar mesti mempunyai kebolehan untuk menampung parameter keperluan dan pencemaran yang kita lakukan. Ini adalah kerana alam sekitar mempunyai kapasiti pemampan yang terhad.

Sistem tertutup sebegini adalah lebih bermanfaat kepada kerajaan dan pengguna kerana kita senantiasa terlibat bersama. Jika kita gagal dalam pengurusan secara cekap, ia akan menjurus kepada krisis air, pencemaran dan kadar tarif yang tinggi.

Salah satu langkah pertama adalah menggabungkan semua agensi berkaitan dengan air di bawah satu kementerian. AWER ingin mencadangkan supaya semua agensi persekutuan berkaitan dengan air digabungkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di peringkat kerajaan persekutuan. Melalui kaedah ini kerajaan persekutuan dapat mengkoordinasi dengan lebih efektif dengan kerajaan negeri.

Air adalah anugerah alam, hanya melalui cara kita menguruskannya dapat membezakan Malaysia daripada yang lain.

Piarapakaran S.

Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies