Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.
SIARAN MEDIATARIKH: 5 JANUARI 2012 (KHAMIS)KEHILANGAN PENDAPATAN DISEBABKAN AIR TIDAK TERHASIL (NON-REVENUE WATER) DIANGGAR SEBANYAK RM 1.74 BILLION BAGI TAHUN 2010Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan pemodelan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) berdasarkan statistik tahun 2010 yang dilaporkan di Malaysia Water Industry Guide 2011. Peratusan NRW menunjukkan pengurangan daripada 36.63% bagi tahun 2009 kepada 36.37% bagi tahun 2010. Walau bagaimanapun, jumlah isipadu air terawat yang tidak terhasil meningkat daripada 1.80 billion meter padu (m3) pada tahun 2009 kepada 1.87 billion meter padu (m3) pada tahun 2010 atau bersamaan dengan peningkatan sebanyak 3.5%.AWER telah menggunakan tarif domestik dan komersil terendah, peratus penggunaan air bagi sektor domestik dan komersil serta jumlah isipadu NRW sebagai parameter-parameter asas untuk pemodelan ini. Keputusan pemodelan adalah seperti berikut:
Jumlah Anggaran Kehilangan Pendapatan disebabkan oleh NRW
Tahun 2008
Tahun 2009
Tahun 2010
RM 1,617,358,972.42
RM 1,626,240,834.28
RM 1,744,674,131.76
Jumlah pendapatan sektor air pada tahun 2010 adalah RM 4,086,618,000. Jumlah anggaran kehilangan pendapatan disebabkan oleh NRW adalah hampir 42.7% daripada jumlah pendapatan di sektor ini. Jumlah keseluruhan anggaran kehilangan pendapatan disebabkan oleh NRW bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 amat mengejutkan, iaitu setinggi RM 4.99 Billion.Dari segi isipadu NRW bagi tahun 2010, Selangor mencatatkan nilai tertinggi diikuti oleh Pahang dan Sabah. Walau bagaimanapun, apabila NRW dianggar dalam bentuk kehilangan pendapatan, nilai tertinggi adalah di Selangor (RM 599 Juta) diikuti oleh Johor (RM 200.9 Juta) dan Sabah (RM 175.4 Juta). [Sila rujuk Jadual 1 dan Jadual 2 untuk keterangan lanjut].AWER masih berpendirian tegas bahawa cadangan sasaran nilai NRW kebangsaan patut ditetapkan pada 20% menjelang tahun 2020 dan mesti dijadikan indikator kebangsaan bagi industri air negara seperti yang diumumkan oleh AWER tahun lepas. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menyangkal sasaran 20% ini sebagai tidak boleh dicapai dan tiada pulangan ekonomi. Malangnya, tiada sebarang pengiraan atau pemodelan telah dijalankan oleh SPAN untuk membuktikan ini. Apatah lagi, baru-baru ini SPAN telah melaporkan bahawa sasaran 25% NRW dapat dicapai lebih awal daripada tahun 2020. Adakah pengawalselia ini menetapkan sasaran yang mudah dicapai secara ad-hoc? Untuk mencapai nilai 20% sasaran NRW, semua operator air mesti dikawalselia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Water Services Industry Act 2006 - WSIA). Melalui ini, Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index - KPI) dan Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan (National NRW Reduction Action Plan) mesti disediakan. KPI juga mesti ditetapkan kepada pegawai-pegawai SPAN dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk memastikan Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan dapat disediakan menjelang pertengahan 2012 untuk seluruh Malaysia. Tiada gunanya wujud agensi-agensi pusat yang melepaskan tugas ini kepada operator-operator air dan hanya menunggu untuk mendapatkan keputusan tanpa pelan terperinci.Pelan tindakan ini mesti merangkumi yang berikut:(i) Sasaran-sasaran yang khusus untuk setiap negeri bagi jangkamasa tertentu;(ii) Pengenal pastian kawasan-kawasan kritikal, sub-kritikal dan tidak kritikal;(iii) Peraturan teknikal (technical guideline);(iv) Audit yang ketat untuk Perbelanjaan Modal (Capital Expenditure-Capex) dan Perbelanjaan Operasi (Operational Expenditure-Opex) untuk pelan-pelan pengurangan NRW;(v) Pelan ini juga mesti diumumkan dan disiarkan untuk makluman umum.AWER ingin menyeru negeri-negeri yang masih belum perpindah ke rejim WSIA untuk mempercepatkan proses pemindahan ini. Kelewatan dalam penstrukturan semula hanya akan melambatkan penambahbaikan infrastruktur perkhidmatan air dan menghalang perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Kami juga menyeru kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan kerangka yang sama untuk menambahbaik industri air dan dikawalselia di bawah WSIA.Malaysia mesti belajar menguruskan NRW secara holistik. KeTTHA dan SPAN mesti mempunyai satu Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan sebelum 30th June 2012. Tiada ruang lagi untuk sebarang alasan kerana setiap titik air adalah bernilai!Piarapakaran S.PresidenPersatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
Jadual 1: Anggaran Kos Air Tidak Terhasil (NRW) oleh AWER bagi Tahun 2008, 2009 dan 2010
Negeri
2008
2009
2010
Anggaran kos NRW (RM)
Kedudukan
Johor
208,723,970.62
2
210,330,186.68
200,942,867.00
Kedah
116,178,177.60
5
118,016,700.80
140,882,636.70
4
Kelantan
39,960,710.40
10
39,665,152.15
11
47,570,766.60
Labuan
5,143,500.00
14
4,110,300.00
4,041,900.00
Melaka
36,319,283.04
42,857,985.60
38,098,973.84
Negeri Sembilan
102,226,991.00
6
108,389,664.24
114,047,736.00
Pulau Pinang
23,794,255.20
12
26,568,356.40
32,928,804.84
Pahang
120,093,842.72
136,582,674.96
132,854,905.28
Perak
90,330,825.60
7
90,442,400.23
93,328,496.80
Perlis
9,914,314.86
13
11,274,730.64
16,027,089.12
Sabah
150,600,600.00
3
142,392,600.00
175,434,300.00
Sarawak
75,515,558.04
8
79,515,015.30
86,267,564.60
Selangor
582,256,047.36
1
557,987,210.88
598,964,961.50
Terengganu
56,300,895.98
9
58,107,856.40
63,283,129.48
JUMLAH
1,617,358,972.42
1,626,240,834.28
1,744,674,131.76
(Nota: Kedudukan disenarai daripada yang tertinggi kepada yang terendah)
Table 2: Isipadu Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water) [dalam meter padu / m3) bagi tahun 2008, 2009 dan 2010
*Isipadu NRW
(meter padu / m3)
163,831,000
170,914,000
160,883,000
190,581,000
192,586,000
188,019,000
61,568,000
60,479,000
72,066,000
5,715,000
4,567,000
4,491,000
47,163,000
48,060,000
42,037,000
122,900,000
118,248,000
114,690,000
55,387,000
63,585,000
63,633,000
177,046,000
200,127,000
194,962,000
115,785,000
116,389,000
116,138,000
16,509,000
17,779,000
27,592,000
167,334,000
158,214,000
194,927,000
102,843,000
109,305,000
120,806,000
483,184,000
465,548,000
481,135,000
76,034,000
78,397,000
85,972,000
1,785,880,000
1,804,198,000
1,867,351,000
(*Sumber: Malaysia Water Industry Guide 2010 & 2011)