English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Kepentingan untuk Sabah dan Sarawak dikawalselia di bawah WSIA

Pada masa ini, Negeri Sabah dan Sarawak tidak dikawalselia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Ini telah menyebabkan kedua-dua negeri ini menghadapi cabaran dan kesukaran untuk menambahbaik industri perkhidmatan air. Tambahan pula, keperluan untuk membina infrastruktur perkhidmatan air tambahan sebanyak 40% untuk menampung keperluan kawasan pedalaman akan memerlukan modal pelaburan yang tinggi. Maka, pelaksanaan ‘Asset-Light Model’ di Sabah dan Sarawak dapat membantu kedua-dua negeri ini untuk meningkatkan liputan perkhidmatan air serta kualiti bekalan air.

Berpandukan penunjuk prestasi perkhidmatan seperti yang dilaporkan olah Malaysia Water Industry Guide 2010, liputan perkhidmatan air di pedalaman bagi Sabah dan Sarawak bagi tahun 2009 adalah 52.3% dan 61.5% masing-masing.

Antara justifikasi mengapa Sabah dan Sarawak perlu dikawal selia:

 I.        Kos Perbelanjaan Modal yang tinggi diperlukan untuk mencapai liputan bekalan air yang luas. Dalam situasi ini, pelaksanaan ‘Asset-Light Model’ dapat membantu kedua-dua kerajaan negeri untuk mengurangkan impak kos pembangunan infrastruktur air kepada tarif.

 II.        Beban hutang pada operator air/kerajaan negeri akan mengalihkan tumpuan mereka untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan bekalan air. Maka, agensi seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dapat memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan bekalan air di Sabah dan Sarawak adalah sentiasa terjamin.

 III.        Dengan penambahan liputan bekalan air yang hampir 40% di pedalaman Sabah dan Sarawak, kos operasi dan penyelenggaraan seperti penggantian paip akan meningkat dengan mendadak. Maka, ia adalah wajar untuk memindahkan bebanan liabiliti kepada PAAB mengikut kaedah ‘Asset-Light Model’.

IV.        Rakyat Sabah dan Sarawak berhak untuk mendapat bekalan air yang berterusan, selamat dan terjamin dengan mutu perkhidmatan yang sama taraf dengan negeri-negeri lain. Maka, agensi kawalselia peringkat kebangsaan seperti SPAN dapat membantu untuk menjamin kualiti dan perkhidmatan bekalan air di negeri-negeri ini.

AWER mencadangkan bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Unit Perancangan Ekonomi, kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility) untuk cadangan mengawalselia industri perkhidmatan air di kedua-dua negeri ini melalui WSIA dan implikasi kaedah ‘Asset-Light Model’ kepada Sabah dan Sarawak.

Satu pelan dan strategi yang jelas perlu digariskan untuk memastikan kedua-dua negeri ini dapat mengikuti sama proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara. Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga mesti melakukan persediaan dengan operator air untuk memastikan proses pemindahan yang berkesan dan lancar.

Air adalah keperluan asas, bebanan kepada kerajaan perlu ditangani dengan cermat supaya semua pelusuk rakyat dapat menikmati bekalan air yang bersih dan berterusan.

Piarapakaran S., Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies