English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Jika Rundingan Semula PPA Tidak Dimuktamadkan Sebelum Akhir 2011, IPP akan Menang

SIARAN MEDIA
TARIKH: 3 OKTOBER 2011 (ISNIN)
 
JIKA RUNDINGAN SEMULA PERJANJIAN PEMBELIAN TENAGA (PPA) TIDAK DIMUKTAMADKAN SEBELUM AKHIR 2011, PENJANA BEBAS (IPP) AKAN MENANG
 
PPA generasi pertama akan berakhir di antara tahun 2015 hingga 2016. Ini memberikan ruangan masa 4 hingga 5 tahun untuk membina loji janakuasa baru jika perlu. Walau bagaimanapun, SENI MELAMBATKAN rundingan semula kepada selepas tahun 2011 hanya akan merugikan kerajaan, rakyat dan perniagaan.
 
Perdana Menteri telah berjanji untuk runding semula PPA untuk manfaat rakyat dan negara. Walau bagaimanapun, kelewatan dalam rundingan semula hanya memberikan berita buruk dan mencabar Kerajaan Persekutuan dalam komitmennya untuk melindungi kepentingan rakyat.
 
Jika kita selidik isu Projek 2400 MW Hidroelektrik Bakun, apabila Kerajaan Negeri Sarawak tidak membenarkan tenaga elektrik untuk dibekalkan kepada Semenanjung Malaysia, kita terpaksa membuka “Bidaan Terbuka Dikompromi (Compromised Open Bidding)” untuk 2 loji arang batu berkapasiti 1000 MegaWatt (MW) setiap satu. Pusingan pertama bidaan diberikan kepada TNB kerana bidaan terbaik. Loji kedua pula diberikan kepada Malakoff tanpa proses bidaan yang baru atas sebab tergesa-gesa untuk membina loji baru. Perbezaan kos bidaan adalah setinggi setengah billion Ringgit (RM 500,000,000.00). Ini adalah disebabkan kita telah diletakkan pada situasi ‘kekurangan masa pembinaan’.
 
Ini adalah apa yang diharapkan oleh IPP generasi pertama dalam proses rundingan semula ini. Maka, Kerajaan Persekutuan tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku atau terpaksa memikul tanggungjawab kegagalan dalam rundingan semula.
 
Titik kemenangan adalah apabila PPA tamat, IPP tidak akan memperoleh satu sen pun selepas tempoh perjanjian. Akan tetapi, perkara ini hanya sahih dan berguna sehingga akhir 2011. Maka, sebarang rundingan semula mesti diselesaikan menjelang 30 November 2011.
 
AWER ingin mencadangkan kerajaan melaksakan pemotongan bayaran kapasiti IPP mulai tahun 2012. Bayaran kapasiti yang baru patut merangkumi kos operasi yang diaudit, laporan kejuruteraan dan keuntungan yang dikawalselia sahaja. Proses ini perlu dilaksanakan dengan telus.  Jika Penjana Bebas bersetuju dengan cadangan ini, maka pelanjutan operasi boleh diberikan secara rejim pelesenan sahaja (TIADA LAGI PPA).
 
Jika Penjana Bebas enggan bersetuju dengan model ini, TAMATKAN PPA apabila tiba masanya. Tetapi, Kerajaan Persekutuan MESTI melaksanakan yang berikut:
(i)                 membuka bidaan kompetitif (competitive bidding) mulai 01 December 2011 kerana kita mempunyai masa yang mencukupi untuk membina loji penjanaan tenaga yang baru;
(ii)               Penjana Bebas yang menolak cadangan potongan bayaran kapasiti tidak boleh dibenarkan (disenarai hitamkan) untuk membuat bidaan untuk mana-mana projek penjanaan yang baru selepas ini;
(iii)             Senarai hitam ini juga patut dipanjangkan kepada pemegang-pemegang saham dan ahli-ahli lembaga pengarah daripada Penjana Bebas, anak syarikat serta syarikat induk Penjana Bebas Tersebut. Tiada pemengang saham dan ahli lembaga pengarah ini dibenarkan untuk terlibat dalam bidaan  projek penjanaan baru melalui sebarang syarikat baru atau entiti tertentu.
 
Kerajaan Persekutuan mesti BERKERAS untuk melindungi kepentingan rakyat dan pembangunan negara.
 
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah melaksanakan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan dan penyelidikan mengenai industri elektrik negara. AWER telah menerbitkan sebuah laporan bertajuk ‘Survival: The Future of Our National Electricity Industry’ dan memuatkan hasil kajian, cadangan dan jalan penyelesaian kami mengenai industri ini. Laporan ini telah dihantar kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau  dan Air (KeTTHA), Suruhanjaya Tenaga, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan semua ahli-ahli Parlimen pada Jun tahun ini. Salinan laporan ini juga boleh dimuat turun daripada laman web kami untuk rujukan semua (www.awer.org.my).
 
S. PIARAPAKARAN
President
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies