English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Kehilangan Pendapatan Disebabkan Air Tidak Terhasil Dianggar Sebanyak RM 1.74 Billion Bagi Tahun 2010

SIARAN MEDIA

TARIKH: 5 JANUARI 2012 (KHAMIS)

KEHILANGAN PENDAPATAN DISEBABKAN AIR TIDAK TERHASIL (NON-REVENUE WATER) DIANGGAR SEBANYAK RM 1.74 BILLION BAGI TAHUN 2010

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan pemodelan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) berdasarkan statistik tahun 2010 yang dilaporkan di Malaysia Water Industry Guide 2011. Peratusan NRW menunjukkan pengurangan daripada 36.63% bagi tahun 2009 kepada 36.37% bagi tahun 2010. Walau bagaimanapun, jumlah isipadu air terawat yang tidak terhasil meningkat daripada 1.80 billion meter padu (m3) pada tahun 2009 kepada 1.87 billion meter padu (m3) pada tahun 2010 atau bersamaan dengan peningkatan sebanyak 3.5%.

AWER telah menggunakan tarif domestik dan komersil terendah, peratus penggunaan air bagi sektor domestik dan komersil serta jumlah isipadu NRW sebagai parameter-parameter asas untuk pemodelan ini.

Keputusan pemodelan adalah seperti berikut:
 

Jumlah Anggaran Kehilangan Pendapatan  disebabkan oleh NRW

Tahun 2008

Tahun 2009

Tahun 2010

RM  1,617,358,972.42

RM  1,626,240,834.28

RM  1,744,674,131.76

 

 

 

 

Jumlah pendapatan sektor air pada tahun 2010 adalah RM 4,086,618,000. Jumlah anggaran kehilangan pendapatan disebabkan oleh NRW adalah hampir 42.7% daripada jumlah pendapatan di sektor ini. Jumlah keseluruhan anggaran kehilangan pendapatan disebabkan oleh NRW bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 amat mengejutkan, iaitu setinggi RM 4.99 Billion.

Dari segi isipadu NRW bagi tahun 2010, Selangor mencatatkan nilai tertinggi diikuti oleh Pahang dan Sabah. Walau bagaimanapun, apabila NRW dianggar dalam bentuk kehilangan pendapatan, nilai tertinggi adalah di Selangor (RM 599 Juta) diikuti oleh Johor (RM 200.9 Juta) dan Sabah (RM 175.4 Juta). [Sila rujuk Jadual 1 dan Jadual 2 untuk keterangan lanjut].

AWER masih berpendirian tegas bahawa cadangan sasaran nilai NRW kebangsaan patut ditetapkan pada 20% menjelang tahun 2020 dan mesti dijadikan indikator kebangsaan bagi industri air negara seperti yang diumumkan oleh AWER tahun lepas. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menyangkal sasaran 20% ini sebagai tidak boleh dicapai dan tiada pulangan ekonomi. Malangnya, tiada sebarang pengiraan atau pemodelan telah dijalankan oleh SPAN untuk membuktikan ini. Apatah lagi, baru-baru ini SPAN telah melaporkan bahawa sasaran 25% NRW dapat dicapai lebih awal daripada tahun 2020. Adakah pengawalselia ini menetapkan sasaran yang mudah dicapai secara ad-hoc?

Untuk mencapai nilai 20% sasaran NRW, semua operator air mesti dikawalselia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Water Services Industry Act 2006 - WSIA). Melalui ini, Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index - KPI) dan Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan (National NRW Reduction Action Plan) mesti disediakan. KPI juga mesti ditetapkan kepada pegawai-pegawai SPAN dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk memastikan Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan dapat disediakan menjelang pertengahan 2012 untuk seluruh Malaysia. Tiada gunanya wujud agensi-agensi pusat yang melepaskan tugas ini kepada operator-operator air dan hanya menunggu untuk mendapatkan keputusan tanpa pelan terperinci.

Pelan tindakan ini mesti merangkumi yang berikut:
(i)    Sasaran-sasaran yang khusus untuk setiap negeri bagi jangkamasa tertentu;
(ii)    Pengenal pastian kawasan-kawasan kritikal, sub-kritikal dan tidak kritikal;
(iii)    Peraturan teknikal (technical guideline);
(iv)    Audit yang ketat untuk Perbelanjaan Modal (Capital Expenditure-Capex) dan Perbelanjaan Operasi (Operational Expenditure-Opex) untuk pelan-pelan pengurangan NRW;
(v)    Pelan ini juga mesti diumumkan dan disiarkan untuk makluman umum.

AWER ingin menyeru negeri-negeri yang masih belum perpindah ke rejim WSIA untuk mempercepatkan proses pemindahan ini. Kelewatan dalam penstrukturan semula hanya akan melambatkan penambahbaikan infrastruktur perkhidmatan air dan menghalang perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Kami juga menyeru kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan kerangka yang sama untuk menambahbaik industri air dan dikawalselia di bawah WSIA.

Malaysia mesti belajar menguruskan NRW secara holistik. KeTTHA dan SPAN mesti mempunyai satu Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan sebelum 30th June 2012. Tiada ruang lagi untuk sebarang alasan kerana setiap titik air adalah bernilai!


Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Jadual 1: Anggaran Kos Air Tidak Terhasil (NRW) oleh AWER bagi Tahun 2008, 2009 dan 2010

Negeri

2008

2009

2010

Anggaran kos NRW (RM)

Kedudukan

Anggaran kos NRW (RM)

Kedudukan

Anggaran kos NRW (RM)

Kedudukan

Johor

208,723,970.62

2

210,330,186.68

2

200,942,867.00

2

Kedah

116,178,177.60

5

118,016,700.80

5

140,882,636.70

4

Kelantan

39,960,710.40

10

39,665,152.15

11

47,570,766.60

10

Labuan

5,143,500.00

14

4,110,300.00

14

4,041,900.00

14

Melaka

36,319,283.04

11

42,857,985.60

10

38,098,973.84

11

Negeri Sembilan

102,226,991.00

6

108,389,664.24

6

114,047,736.00

6

Pulau Pinang

23,794,255.20

12

26,568,356.40

12

32,928,804.84

12

Pahang

120,093,842.72

4

136,582,674.96

4

132,854,905.28

5

Perak

90,330,825.60

7

90,442,400.23

7

93,328,496.80

7

Perlis

9,914,314.86

13

11,274,730.64

13

16,027,089.12

13

Sabah

150,600,600.00

3

142,392,600.00

3

175,434,300.00

3

Sarawak

75,515,558.04

8

79,515,015.30

8

86,267,564.60

8

Selangor

582,256,047.36

1

557,987,210.88

1

598,964,961.50

1

Terengganu

56,300,895.98

9

58,107,856.40

9

63,283,129.48

9

JUMLAH

1,617,358,972.42

 

1,626,240,834.28

 

1,744,674,131.76

 

(Nota:  Kedudukan disenarai daripada yang tertinggi kepada yang terendah)

 

 

 

Table 2: Isipadu Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water) [dalam meter padu / m3) bagi tahun 2008, 2009 dan 2010

Negeri

2008

2009

2010

*Isipadu NRW

(meter padu / m3)

Kedudukan

*Isipadu NRW

(meter padu / m3)

Kedudukan

*Isipadu NRW

(meter padu / m3)

Kedudukan

Johor

163,831,000

5

170,914,000

4

160,883,000

5

Kedah

190,581,000

2

192,586,000

3

188,019,000

4

Kelantan

61,568,000

10

60,479,000

10

72,066,000

10

Labuan

5,715,000

14

4,567,000

14

4,491,000

14

Melaka

47,163,000

12

48,060,000

12

42,037,000

12

Negeri Sembilan

122,900,000

6

118,248,000

6

114,690,000

8

Pulau Pinang

55,387,000

11

63,585,000

11

63,633,000

11

Pahang

177,046,000

3

200,127,000

2

194,962,000

2

Perak

115,785,000

7

116,389,000

7

116,138,000

7

Perlis

16,509,000

13

17,779,000

13

27,592,000

13

Sabah

167,334,000

4

158,214,000

5

194,927,000

3

Sarawak

102,843,000

8

109,305,000

8

120,806,000

6

Selangor

483,184,000

1

465,548,000

1

481,135,000

1

Terengganu

76,034,000

9

78,397,000

9

85,972,000

9

JUMLAH

1,785,880,000

 

1,804,198,000

 

1,867,351,000

 

(*Sumber: Malaysia Water Industry Guide 2010 & 2011)

(Nota: Kedudukan disenarai daripada yang tertinggi kepada yang terendah)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies