English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Pemegang Konsesi Industri Perkhidmatan Air Selangor Mesti Menerima Tawaran Kerajaan Negeri Selangor

23 November 2013 (Sabtu) - SURAT KEPADA PENGARANG

Pemegang Konsesi Industri Perkhidmatan Air Selangor Mesti Menerima Tawaran Kerajaan Negeri Selangor

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) sentiasa mengikuti perkembangan proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (PSIPAN). Malah, kami telah berikan banyak tekanan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk melengkapkan proses PSIPAN menjelang akhir tahun ini kerana PSIPAN telah lewat 3 tahun. Kami mahu menekankan bahawa Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) mempunyai 193 Seksyen dan tiada satupun mempunyai omong kosong 'Pembeli Sanggup Penjual Sanggup (Willing Buyer Willing Seller)'.

WSIA dan PSIPAN memerlukan Kerajaan Negeri mencadangkan penyepaduan dan kaedah yang mereka ingin guna pakai untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air di negeri masing-masing. Cadangan ini mestilah mengikut WSIA dan model ringan-aset di mana KeTTHA diperlukan sebagai pemudahcara cadangan itu. Tawaran terbaru kerajaan negeri Selangor adalah sehaluan dengan WSIA berbanding tawaran pada tahun 2008.

Kami telahpun mengemukakan fakta-fakta ini kepada Ketua Setiausaha KeTTHA pada awal tahun ini di hadapan pegawai-pegawai beliau dan tiada seorangpun yang menafikan atau membalas hujah kami. Kami juga telah memberikan penyelesaian alternatif untuk menyelesaikan kelewatan dan mereka menerima cadangan-cadangan kami.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, AWER berpendapat pulangan 12% atas ekuiti adalah tawaran yang sangat baik berbanding dengan semua tawaran sebelumnya. Ini adalah kerana risiko pelaburan dalam industri perkhidmatan air adalah sangat rendah. Maka, tawaran daripada Kerajaan Negeri Selangor boleh dibandingkan sama dengan pulangan deposit tetap (fixed deposit) oleh bank. Kini, pulangan deposit tetap adalah sekitar 4% dan Kerajaan Negeri Selangor menawarkan 3 kali apa pemegang konsesi sepatutnya dapat. Tiada apa-apa tambahan perlu di layan kerana kos ini akan disalurkan kepada pengguna melalui tarif.

Jika pemegang konsesi tidak bersetuju dengan tawaran ini menjelang 4 disember 2013, AWER mempunyai cadangan bagi Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan untuk menamatkan perjanjian konsesi air Selangor.

Pertama sekali, Kerajaan Persekutuan mesti mengambil alih kepentingan ekuiti yang sama dengan nilai 'bailout' bon air Selangor (RM 5.8 Bilion). Kemudian, kepentingan ini boleh diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melengkapkan proses penstrukturan semula. Ini adalah cara mudah bagi Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan kebuntuan dengan Kerajaan Negeri Selangor dan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air Selangor jika kedua-dua pihak masih serius dalam melindungi kepentingan rakyat.

Dengan apa cara sekalipun, WSIA telah direka bentuk untuk menamatkan perjanjian konsesi dan penyepadukan industri. WSIA dan model ringan-aset adalah untuk membetulkan kegagalan dalam penswastaan industri perkhidmatan air. Jika KeTTHA masih berkaraoke lagu 'Willing Buyer Willing Seller' bersama-sama dengan pemegang konsesi, AWER akan melaksanakan pelan kecemasan kami untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor di mana pemegang konsesi akan kehilangan lebih daripada apa yang ditawarkan kepada mereka kini!


Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies