English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

KAJIAN JAMINAN TENAGA KEBANGSAAN: KETELUSAN STRUKTUR TARIF DAN KOS BAHAN API

SIARAN MEDIA - 10 DISEMBER 2015 (KHAMIS)

KAJIAN JAMINAN TENAGA KEBANGSAAN: KETELUSAN STRUKTUR TARIF DAN KOS BAHAN API

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan ketelusan dalam struktur tarif elektrik dan harga kos bahan api. Kos gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM 15.20 setiap mmBTU bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Kini, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga gas asli berpaip untuk penjanaan elektrik sebanyak RM 3.00 setiap mmBTU hingga mencapai harga RM 18.20 setiap mmBTU berkuatkuasa 1 Januari 2016. Ini akan menyebabkan kos bahan api tambahan kepada tarif elektrik sebanyak RM 560 juta untuk tempoh 6 bulan (Januari 2016 - jun 2016). Malangnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga tidak menunjukkan apa-apa pecahan komponen kos untuk kedua-dua gas asli berpaip dan gas asli cecair (LNG) sehingga kini.

APAKAH PENDAPAT RAKYAT MALAYSIA MENGENAI TARIF ELEKTRIK DAN HARGA BAHAN API?

AWER telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga. Rangka pensampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Pensampelan dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Apabila responden ditanya sama ada mereka ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan oleh kerajaan, 69.94% rakyat Malaysia ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan. Baki 30.06% rakyat Malaysia tidak ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan. Kuala Lumpur merekodkan peratusan tertinggi (87.83%) rakyat Malaysia ingin mengetahui butiran terperinci. Ini diikuti oleh Selangor (85.20%) dan Pulau Pinang (82.89%). Jadual 1 menunjukkan respon peringkat negeri.

Apabila responden ditanya sama ada mereka berpendapat bahawa kerajaan telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api, hanya 26.13% rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api. Majoriti 73.87% rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan TIDAK telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api. Kuala Lumpur merekodkan peratusan tertinggi (89.47%) rakyat Malaysia yang berpendapat bahawa kerajaan tidak telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api. Ini diikuti oleh Selangor (88.82%) dan Pulau Pinang (85.53%). Jadual 2 menunjukkan respon peringkat negeri.

Jadual 1: Peratusan Rakyat Malaysia yang Ingin Mengetahui Bagaimana Tarif Elektrik dan Harga Bahan Api Ditentukan
 

 

Negeri Ingin mengetahui Tidak ingin mengetahui
Johor 73.03% 26.97%
Kuala Lumpur 87.83% 12.17%
Kedah 59.87% 40.13%
Kelantan 72.70% 27.30%
Labuan 65.79% 34.21%
Malacca 76.64% 23.36%
Negeri Sembilan 75.33% 24.67%
Pulau Pinang 82.89% 17.11%
Pahang 56.91% 43.09%
Perak 67.11% 32.89%
Perlis 60.86% 39.14%
Putrajaya 75.99% 24.01%
Sabah 59.54% 40.46%
Sarawak 57.57% 42.43%
Selangor 85.20% 14.80%
Terengganu 61.84% 38.16%
National 69.94% 30.06%

 

 

Jadual 2: Peratusan Rakyat Malaysia yang Berpendapat bahawa Kerajaan adalah Telus Dalam Penentuan Tarif Elektrik dan Harga Bahan Api
 

 

Negeri Telus Tidak Telus
Johor 22.04% 77.96%
Kuala Lumpur 10.53% 89.47%
Kedah 36.18% 63.82%
Kelantan 24.67% 75.33%
Labuan 25.99% 74.01%
Melaka 20.72% 79.28%
Negeri Sembilan 14.80% 85.20%
Pulau Pinang 14.47% 85.53%
Pahang 42.43% 57.57%
Perak 29.28% 70.72%
Perlis 35.20% 64.80%
Putrajaya 20.72% 79.28%
Sabah 35.53% 64.47%
Sarawak 39.80% 60.20%
Selangor 11.18% 88.82%
Terengganu 34.54% 65.46%
National 26.13% 73.87%

 

 

Sikap pekak badak KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga berkaitan dengan pecahan kos terperinci gas asli berpaip dan LNG sememangnya diketahui ramai di kalangan pemain-pemain industri. Berdasarkan data kajian NESS, ia adalah jelas bahawa rakyat Malaysia ingin mendapatkan maklumat lanjut dan ketelusan dalam bagaimana tarif tenaga elektrik dan kos bahan api ditetapkan. Kami menggesa Ahli-ahli Parlimen untuk menjalankan tugas mereka untuk memastikan KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telus dalam penentuan tarif tenaga elektrik dan harga bahan api demi kepentingan negara dan rakyat.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies