English | Bahasa Malaysia
Search
 
 
 
 
 
Food for Thought
Text Size A A A

Dear friends, welcome to my piara.com.my. You are invited to give comments on the blog enteries below.

World Environment Day 2011

Forest: Nature at Your Service 

The theme for this year said it all. Did we ever appreciate it?

The raw water dependency on forest for our climate is unavoidable. While we have identified the main raw water security problem, we need to act swiftly. We have to carry out the following:

(i)           Protect our current water catchment areas

(ii)          Plan and gazette water catchment for future need

(iii)         Manage pollution to water sources stringently

(iv)         Innovate alternate source of water as part of Demand Side Management

Future of our nation strongly lies within the ability to cater our water needs. Let us work cohesively in securing water security in Malaysia.

Regards,

Piara

Comments (1 Posted)

  1. Hamdan Suhaimi


    2011-06-05
    Arrow Encik Piarapakaran, Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2011. Taniah kerana telah mengutarakan isu ketirisan subsidi di rancangan Bicara Rakyat minggu lepas. Pandangan anda memang selalu memanfaatkan kepada orang ramai. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana saya percaya tuan telah menyampaikan pandangan saya kepada kementerian berkenaan isu air selangor. Menteri telah menjawab soalan saya seminggu selepas saya tulis kepada tuan. Akan tetapi, saya agak kecewa dengan jawapan menteri. Beliau tidak memberi jawapan yang tepat tentang perjanjian syarikat air. Beliau menegaskan bahawa perjanjian itu adalah bergantung kepada ‘willing buyer willing seller‘. Adakah ini bermaksud syarikat air masih akan beroperasi mengikut perjanjian selepas industri air Selangor distruktur semula? (telah tahu kata-kata khas tentang isu air selepas baca laporan persatuan tuan ;) ) Kalau perkara ini berlaku, adakah kita akan dibeban dengan tarif yang tinggi? Saya juga ada baca berita tentang kerajaan pusat beli bon air Selangor. Adakah ini langkah penyelesaian isu air selangor yang betul? Saya ingat kerajaan Selangor telah meminta untuk bincang dengan kementerian untuk selasai isu ini. Langkah kerajaan pusat ini akan bawa apa-apa kesan buruk kepada rakyat atau tidak? Mengapa kerajaan pusat perlu beli bon air Selangor sedangkan Rozali telah mengaut keuntungan yang melampau tinggi selama ini? Kalau kerajaan pusat beli bon air, maksudnya hutang negara akan bertambah, kan? Jadi siapa nak bayar hutang ini? Rakyat talah menghadapi tekanan tinggi dengan kos saraan yang tinggi. Kita tak mampu nak bayar hutang rozali kerana dia tak mampu bayar tetapi mampu mengeluarkan gaji tahunan sebanyak 5 juta untuk dirinya. Saya percaya menteri pun tak dapat gaji tinggi ini. Sekali lagi, saya ingin meminta tolong tuan untuk sampaikan soalan saya kepada kementerian. Terima kasih

    Piara, 2011-06-05
    En Hamdan, Terima kasih atas ucapan anda. Mengenai isu perjanjian konsesi, saya berasa pihak Kerajaan Persekutuan perlu memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, pengambilalihan bon-bon yang tidak terbayar boleh digunakan untuk mengambilalih pegangan saham dalam syarikat-syarikat yang gagal untuk membayar. Bantuan dari kerajaan persekutuan melalui PAAB hanya perlu disalurkan kepada syarikat yang dilesen sahaja dan bukannya pemegang konsesi. Pihak kami juga tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan mengenai isu ini. Ini adalah tanggungjawab mereka untuk memberikan penerangan kepada rakyat. Isu bon ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan kaedah yang lebih baik. Isu gaji Rozali, bukannya perkara baru. Perkara ini telahpun kami utarakan kepada SPAN. Gaji beliau dibayar melalui syarikat yang tidak memegang perjanjian konsesi. Maka, mereka tidak boleh bertindak untuk mengaudit. Pada masa yang sama, saya berharap Kerajaan Negeri Selangor melakukan rundingan mereka dengan secepat mungkin. Dalam rundingan ini, semua pemegang konsesi dan pihak ketiga juga boleh di jemput sebagai pemantau. Sekian, terima kasih.

Records Per Page
Displaying Page of

Leave your comment or suggestion

Email (will not be shared, required)
Comment / Suggestion
  Please enter word in the below image:

Not readable? Change text.


 
   
 
Announcement


 
 
 
 
   
   
 
Copyright © 2010 - 2011 piara.com.my. All Rights Reserved.