English | Bahasa Malaysia
Search
 
 
 
 
 
Food for Thought
Text Size A A A

Dear friends, welcome to my piara.com.my. You are invited to give comments on the blog enteries below.

PENJIMATAN RM 64.1 JUTA DARIPADA PROGRAM REBET SAVE OLEH KeTTHA ADALAH MENGELIRUKAN

SIARAN MEDIA
Tarikh: 14 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)

PENJIMATAN RM 64.1 JUTA DARIPADA PROGRAM REBET SAVE OLEH KeTTHA ADALAH MENGELIRUKAN

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili, telah mengumumkan penjimatan RM 64.1 juta melalui Program Rebet SAVE pada 6 November 2013 di Parlimen. Angka ini adalah PALSU kerana sebab yang sah yang telah diakui oleh pegawai-pegawai KeTTHA semasa proses perundingan dengan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) pada tahun 2011.

Semasa proses perundingan, pegawai-pegawai KeTTHA telah mengakui bahawa mereka TIDAK PERNAH melakukan kajian pasaran bebas mengenai harga sebenar produk-produk penghawa dingin dan peti sejuk yang cekap tenaga sebelum pelaksanaan program Rebet SAVE. Mereka mengumpul harga produk daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Oleh itu, adalah MUSTAHIL bagi KeTTHA untuk mendakwa Program Rebet SAVE mencapai penjimatan tersebut. Bagaimana seseorang akan tahu sama ada harga yang ditawarkan adalah harga yang terbaik? Apakah yang akan berlaku jika peniaga-peniaga menaikkan harga dan memberikan rebet berdasarkan rebet projek SAVE ini? AWER telah memerhatikan kenaikan harga produk cekap tenaga di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Produk-produk cekap tenaga yang sama (jenama dan model yang sama) boleh dibeli beberapa ratus Ringgit lebih rendah di kedai-kedai yang tidak mengambil bahagian berbanding dengan harga di kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam program rebet SAVE. Maka, adakah kita benar-benar menjimat atau telah diperdaya? Masalah yang sama telah berlaku apabila KeTTHA mengumumkan program penghentian penggunaan mentol pijar secara berperingkat pada tahun 2010. Pegawai-pegawai ini tidak melakukan apa-apa kajian pasaran bebas tentang kuantiti mentol pijar yang dijual setiap tahun dan mendakwa program ini boleh menjimatkan 1074 GigaWattjam (GWj) tenaga elektrik dan RM 336 juta dalam perbelanjaan penggunaan tenaga elektrik serta mengurangkan pelepasan CO2 (karbon dioksida) sebanyak 732,000 tan. Mereka sebenarnya boleh memeriksa kuantiti mentol pijar yang digunakan setiap tahun dengan Jabatan Statistik (DOS). Sekiranya mereka ada merujuk kepada DOS tentang isu ini, mereka akan sedar lebih awal bahawa mereka HANYA 16% betul dengan angka-angka mereka!

Di samping itu, berdasarkan kajian kami, produk-produk elektrik dan elektronik telah dijual dengan harga tetap di Malaysia. Ini bermakna , kita membayar harga produk yang tetap dan kedai-kedai ini tidak dibenarkan untuk menjual produk-produk tertentu di bawah harga yang ditetapkan oleh pembekal. JIKA KEDAI-KEDAI INI DITANGKAP MENURUNKAN HARGA (MEMBERIKAN DISKAUN), MEREKA AKAN DIHUKUM OLEH PEMBEKAL-PEMBEKAL MEREKA.

Tambahan pula, apabila projek ini dilancarkan, ia mensasarkan pembeli dengan penggunaan elektrik dalam lingkungan 200 hingga 400 kWj. Pengguna yang termasuk di dalam lingkungan penggunaan elektrik ini mungkin adalah sebuah keluarga yang sudah mempunyai 1 penghawa dingin, peti sejuk dan alat-alat elektrik asas lain di rumah. Jika penghawa dingin yang baru dibeli, penggunaan elektrik keseluruhan keluarga ini akan meningkat. Bagi keluarga yang tidak mempunyai penghawa dingin, penggunaan elektrik mereka adalah sentiasa lebih rendah. Sekarang, penggunaan elektrik mereka pasti akan meningkat jika mereka membeli penghawa dingin baru. Di samping itu, projek SAVE bukan merupakan satu program penggantian untuk produk lama yang tidak cekap tenaga yang sedang digunakan. Ia adalah projek yang berorientasikan jualan. Oleh itu, projek ini telah meningkatkan penggunaan elektrik keseluruhan untuk sektor domestik di Malaysia secara tidak langsung dan bercanggahan dengan objektif projek untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Kini, BAGAIMANA PENGGUNA-PENGGUNA MENJIMATKAN 246.4 GWj TENAGA ELEKTRIK DAN MENGURANGKAN PELEPASAN CO2 SEBANYAK 167,600 TAN SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH KeTTHA? 

Soalan AWER kepada Menteri KeTTHA: Siapa yang mengaburi YB untuk mengaburi Parlimen? Sila jangan berdiam diri sepertimana kementerian telah berdiam diri dalam kenyataan PALSU yang diumumkan oleh KeTTHA pada tahun 2012 bahawa kerajaan dapat menjimat RM 800 juta dengan menukar semua lampu bangunan kerajaan kepada lampu LED. Tindakan berdiam diri ini bagaikan menutup bangkai gajah dengan nyiru. ADAKAH KeTTHA SELALU MENGELUARKAN NOMBOR-NOMBOR PALSU UNTUK MENDAPATKAN LEBIH BANYAK BELANJAWAN UNTUK DILAKSANAKAN SETIAP TAHUN?


Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Comments (0 Posted)

No Record Found!

Records Per Page
Displaying Page of

Leave your comment or suggestion

Email (will not be shared, required)
Comment / Suggestion
  Please enter word in the below image:

Not readable? Change text.


 
   
 
Announcement


 
 
 
 
   
   
 
Copyright © 2010 - 2011 piara.com.my. All Rights Reserved.