English | Bahasa Malaysia
Search
 
 
 
 
 
Food for Thought
Text Size A A A

Dear friends, welcome to my piara.com.my. You are invited to give comments on the blog enteries below.

TN50: ADAKAH MALAYSIA AKAN MEMPUNYAI KEKAYAAN SUMBER ATAU KETANDUSAN SUMBER MENJELANG 2050?

01 November 2017
Surat Kepada Pengarang

TN50: ADAKAH MALAYSIA AKAN MEMPUNYAI KEKAYAAN SUMBER ATAU KETANDUSAN SUMBER MENJELANG 2050?

Tahun 2020 di pilih untuk membawa Malaysia masuk ke kelab eksklusif negara-negara maju. Walaupun banyak statistik ekonomi boleh digunakan sebagai kayu ukur untuk meneliti pencapaian kita, ke manakah kita sedang tuju?

Marilah kita imbas semula unsur-unsur penting yang secara senyap-senyap menyokong pertumbuhan negara kita. Air, tenaga dan alam sekitar telah bersama-sama memainkan peranan penting dalam membangun Malaysia sebagai sebuah negara dan ekonomi yang teguh. Wawasan 2020 adalah matlamat umum yang tidak mempunyai sasaran terperinci dan strategi-strategi untuk mencapai sasaran tersebut. Oleh itu, tumpuan telah diberikan kepada aspek pertumbuhan sosial dan ekonomi.

Unsur-unsur asas Pembangunan Lestari termasuk Masyarakat (sosial), Keuntungan (ekonomi) dan Planet (Alam Sekitar). Bagi mencapai pertumbuhan seimbang sebagai sebuah negara, kita perlu mengambil kira alam sekitar sebagai pemain utama dan rakan kongsi yang kukuh. Oleh itu, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin mengutarakan beberapa perkara penting yang harus dipertimbangkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menambah baik Transformasi Nasional 2050 (TN50). AWER berpendapat bahawa satu  jawatankuasa yang neutral dan bebas politik harus dibentuk untuk memastikan pelaksanaan TN50 dipantau dari sekarang hingga tahun 2050. Kita juga perlu meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk memuaskan 'kelaparan' sektor industri di Malaysia. Beberapa penyelesaian yang digariskan oleh AWER adalah sesuai untuk meningkatkan budaya R & D yang terbina dalam semua peringkat.

Sektor air memerlukan penyelesaian yang berikut:
I.    Kuasa Pengurusan Air Berpusat - Air mentah, perawatan dan bekalan air serta pelepasan air sisa perlu ditempatkan di bawah Kerajaan Persekutuan and melapor terus kepada Parlimen Malaysia. Dalam kajian peringkat kebangsaan yang telah dijalankan oleh AWER (mengikut kaedah persampelan Jabatan Statistik), 72.86% rakyat Malaysia menyokong cadangan AWER untuk membatalkan kuasa kerajaan-kerajaan negeri ke atas sumber air dan meletakkan terus di bawah Parlimen jika kerajaan-kerajaan negeri gagal untuk melindungi kawasan tadahan air.
II.    Pelabelan Kecekapan Air dan Piawaian Minimum Kecekapan Air – Untuk melaksanakan mekanisme “kecekapan air statik”” dalam menambah baik pengurusan permintaan air
III.    Pembangunan Sumber Air Hulu, Pertengahan dan Hilir – Untuk membolehkan lebih banyak pembangunan sumber air di zon-zon pertengahan dan hilir yang akan membolehkan kita menangani kekurangan bekalan air mentah.
IV.    Pembalikan Pencemaran – Piawaian pelepasan air sisa yang berkesan berdasarkan beban pencemaran (pollution loading) akan dapat membantu pengurangan pencemaran kerana keupayaan tampung (carrying capacity) sungai-sungai adalah terhad dan dibebani melebihi had semulajadi disebabkan kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi yang tinggi.

Sektor tenaga memerlukan penyelesaian yang berikut:
I.    Loji-loji Pemprosesan Biojisim Berpusat – Lokasi rawak sumber-sumber biojisim (biomass) menyukarkan pembinaan loji-loji berkapasiti besar sumber boleh diperbaharui. Pengubahan, pengekstrakan dan penyelarasan output akhir daripada biojisim akan memberikan pulangan dari segi ekonomi dan membantu menjadi jaguh dunia dalam penyelesaian biojisim terkini. Malaysia mempunyai potensi tertinggi dalam aspek ini.
II.    Kecekapan Tenaga (EE) dan Piawaian Minimum Pencapaian Tenaga (MEPS) - MEPS telah dilaksanakan di Malaysia selepas AWER berjaya meyakinkan kerajaan akan manfaat jangka panjang daripada MEPS. Peluasan pelaksanaan EE dan MEPS adalah penting untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam penggunaan elektrik, pengangkutan dan proses-proses industri.
III.    Pengurusan Permintaan Berprofil – GRID PINTAR (Smart Grid) perlu digunakan dengan menyeluruh untuk mendapatkan profil terperinci permintaan elektrik. Melalui data terperinci sebegini, strategi pengurusan permintaan yang khusus bagi profil pengguna elektrik yang berbeza dapat dilaksanakan (Pengurusan Permintaan PINTAR).
IV.    Dana Penstabilan Harga Tenaga (Energy Price Stabilisation Fund) – Harga sumber-sumber tenaga adalah tidak stabil dan boleh tergugat disebabkan pencatutan di mana Malaysia juga bergantung kepada sumber tenaga import. Tambahan pula, ketidakstabilan matawang juga boleh menjadi antara faktor utama yang mengganggu bekalan sumber tenaga dengan harga berpatutan. Maka, ia adalah penting untuk Malaysia bagi mewujudkan Dana Penstabilan Harga Tenaga untuk membantu pengguna menyerap kejutan harga sumber tenaga. Dana ini bukanlah satu bentuk subsidi.
V.    Sasaran 20% Guna Tenaga Akhir untuk Sektor Pengangkutan – Pengangkutan awam bersama-sama dengan pelaksanaan EE dan MEPS dalam sektor pengangkutan dapat mengurangkan guna tenaga akhir tenaga sebanyak 45% di sektor ini pada masa sekarang kepada 20% pada 2050.

Mitigasi dan Penyesuaian (Adaptation) Perubahan Iklim adalah satu lagi tunjang TN50 ang mesti diguna pakai kerana perubahan dalam musim panas dan taburan hujan memberikan impak kepada keselesaan hidup serta jaminan air:
I.    Mitigasi Banjir – kadar peningkatan taburan hujan mesti diguna pakai dalam perancangan tebatan banjir dan pelaksanaan mitigasi mestilah dapat menampung peningkatan kekerapan berlakunya banjir.
II.    Pengurusan Kemarau dan Musim Kering – Musim kering akan menjadi satu cabaran kepada Malaysia menjangkau 2020. Rekabentuk empangan mesti teguh dan fleksibel untuk memastikan kita membina empangan secara berperingkat untuk mengoptimumkan perbelanjaan modal.
III.    Kebun dalam Bangunan- Kebun dalam bangunan dan berdekatan dengan zon permintaan dapat mengurangkan risiko jaminan makanan. Dengan menguna pakai sumber tenaga boleh diperbaharui dan kitar semula air kita dapat mencapai perkebunan ang lestari dan cekap kos.
IV.    Mengubah Suai Perancangan Guna-Tanah – Kehilangan kawasan litupan hutan yang berleluasa akan memberikan risiko jaminan air yang tinggi kepada Malaysia. Peningkatan populasi dan aktiviti ekonomi memandatkan lebih banyak kawasan tadahan dilindungi. Ini juga dapat membantu dalam pengurusan cuaca tempatan dan mengurangkan risiko banjir.
V.    Membangunkan Simpanan Stok Sumber Kebangsaan – Masanya sudah tiba untuk Malaysia memulakan Simpanan Stok Sumber Kebangsaan. Simpanan stok arang batu telahpun dijalankan dengan jayanya disetiap loji janakuasa arang batu yang membantu untuk mengurangkan pelbagai risiko. Sumber-sumber seperti minak mentah, gas asli dan logam-logam menyumbang secara nyata kepada pembangunan negara. Mekanisme yang terperinci perlu dibangunkan untuk membantu kita menguruskan keperluan sumber dan mengisi semula sumber-sumber ini disebabkan pengaliran keluar melalui ekonomi berpandukan eksport.

Begitu juga, aset strategik negara mestilah dimiliki Malaysia. Pemilikan asing aset tersebut tidak boleh lebih daripada 49% dan aset yang berkaitan dengan perkhidmatan air tidak boleh dimiliki oleh entiti asing sama sekali. Pengembangan sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan sektor perkilangan yang kukuh adalah cara pintar untuk Malaysia melangkah ke hadapan. Pendekatan ini adalah sama dengan negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Mengembangkan sektor perkhidmatan 'berdiri sendiri' bukanlah penyelesaian jangka panjang dan kaedah sedemikian mudah digantikan oleh negara lain yang sedang pesat membangun.

Masa depan dunia akan dikawal oleh 'saudara' yang mempunyai kuasa ketenteraan atau kekayaan bahan mentah atau kedua-duanya. Jenis penjajahan baru akan terbentuk. Negara-negara tanpa kekuatan tentera dan kekayaan bahan mentah akan 'diperhambakan' menggunakan bahan mentah. Air, tenaga dan alam sekitar merupakan tonggak utama yang perlu kita lindungi untuk kelangsungan hidup generasi akan datang. Dalam perancangan TN50, bab individu mesti didedikasikan kepada tiang-tiang utama ini.

Comments (0 Posted)

No Record Found!

Records Per Page
Displaying Page of

Leave your comment or suggestion

Email (will not be shared, required)
Comment / Suggestion
  Please enter word in the below image:

Not readable? Change text.


 
   
 
Announcement


 
 
 
 
   
   
 
Copyright © 2010 - 2011 piara.com.my. All Rights Reserved.