HARI AIR SEDUNIA disambut setiap 22 Mac. Tahun ini tema memfokus air di bandar. Bandar-bandar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan pelbagai aktiviti berlangsung setiap masa. Peningkatan populasi penduduk akan meningkatkan peningkatan permintaan dan penghasilan air sisa. Dalam kitar ini, populasi bandar perlu bergantung kepada kaedah inovatif untuk memerangi pencemaran dan memastikan sanitasi yang baik.
Bagi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), kami akan meneruskan perjuangan kami dalam memastikan jaminan air bukan sahaja di bandar-bandar tetapi untuk Malaysia secara keseluruhan. Sila baca artikel yang telah diterbitkan oleh Bernama sempena Hari Air Sedunia yang mempunyai input daripada kami.
Masa depan di tangan anda….
Sila rujuk artikel Bernama di sini: http://www.piara.com.my/media/printed/20110321-Bernamabm.pdf