English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Krisis Air
Saiz Teks A A A

Jika kita ingin memerangi krisis air, apakah yang patut kita lakukan?

Langkah 1: Lindungi semua kawasan tadahan air dan kawasan yang berpotensi. Jika kita merancang melepaskan bahan toksik kepada sungai, kita tidak boleh mengubahnya walaupun semasa kecemasan. Ini bermaksud, perancangan jangka masa panjang adalah penting. Perancangan ekonomi dan guna-tanah menjadi lebih penting, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui kerajaan tempatan.

 

Langkah 2: Latihan catuan air perlu dilakukan secara berperingkat kepada semua lapisan pengguna. Ini akan membantu menyepadukan penyaluran maklumat, halangan komunikasi dan kesediaan pengguna. Semasa krisis, tindakan catuan secara tiba-tiba akan menyebabkan huru-hara dan ketidaksenangan.

 

Langkah 3: Saluran air terawat di antara jaringan paip yang berlainan. Jaringan paip yang tidak disepadukan bukanlah penyelesaian yang baik. Ini juga berkait rapat dengan perancangan loji perawatan air. Loji-loji ini tidak sepatutnya perfungsi pada kapasisti maksima, kerana kapasiti tambahan ini sepatutnya dijadikan sebagai simpanan untuk menampung perubahan mendadak semasa krisis.

 

Langkah 4: Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water-NRW) secara puratanya adalah 37% bagi tahun 2008 dan 36.6% pada 2009. Walaupun, penggunaan air domestik masih tinggi, permintaan meningkat daripad sektor industri terpaksa ditampung. Pengurangan NRW patut dijadikan Penunjuk Prestasi Utama bagi syarikat air dan dan penguatkuasa.

 

Langkah 5: Pengurangan pembaziran air terawat juga merupakan komponen utama. Peralatan penjimatan air seperti pili tekanan rendah dan tangki simbah dua aliran (dual flush) adalah di antara penyelesaian yang boleh diguna pakai. Tambahan pula, penggunaan semula air kelabu (grey water – air sisa selepas mencuci sayuran atau pakaian) boleh mengurangkan penggunaan air terawat untuk menyimbah tandas atau proses pembersihan asas yang lain.

 

Langkah 6: Pihak industri perlu memainkan peranan yang penting dalam menggunakan teknologi hijau untuk menggunakan semula dan kitar semula air. Ini akan membantu industri mengurangkan bil air serta meningkatkan pencapaian mereka supaya lebih mesra alam. Pihak inidustri dapat melakukan demikian melalui geran-geran teknologi hijau yang disediakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

 

Langkah 7: Penggunaan air empangan hidroelektrik sebagai satu sumber air bagi untuk tujuan pengairan dan perawatan air minuman. Sebenarnya, air pada dasar empangan tidak sesuai untuk perawatan. Apabila empangan mula dibanjiri air, kualiti air pada dasar empangan akan menjadi teruk disebabkan kandungan nutrien yang tinggi. Proses pengudaraan (aeration) merupakan satukaedah yang baik untuk meningkatkan kualiti air. Proses ini membantu mengawal kos perawatan.

   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies