English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Air Adalah Kehidupan
Saiz Teks A A A

Air merupakan pelarut semesta. Ciri ini adalah penting untuk hidupan. 65% - 70% daripada badan manusia adalah air dan 75% otak kita adalah air, maka kita minum air dengan lebih kerap. Kepentingan kepada air yang selamat untuk kegunaan manusia telah diberikan keutamaan sejak tamadun manusia bermula.

Di Malaysia purata hujan tahunan adalah 990 billion meter padu dengan mengambil kira luas permukaan 330000 kilometer persegi dan taburan hujan purata tahunan 3000 mm. 566 billion meter padu hujan tahunan menjadi air larian permukaan (air hujan yang mengalir pada permukaan), 630 billion meter padu tersejat menjadi wap air dan 64 billion meter padu terserap dalam tanah menjadi air bawah tanah.  Anggaran penggunaan air terawat tahunan adalah di antara 15 hingga 18 billion meter padu. Dalam perbandingan ringkas, kita banyak mambazirkan air hujan dan tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk menggunakannya.

 

Agenda terkini dalam industry bekalan air adalah kualiti air yang dibekalkan. Di Malaysia, Bahagian Makanan dan Keselamatan (bi bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) telah menggunakan Standard Kualiti  Air Minuman sebagai peraturan yang perlu dipatuhi oleh syarikat bekalan air. Walau bagaimanapun, kualiti air yang dibekalkan masih diragui dan menyebabkan pengguna menggunakan penapis air. Ini telah melahirkan industri baru iaitu industri penapis air. Sebenarnya, kebanyakan kaedah pemasaran yang mengelirukan telah menyebabkan pembaziran ribuan Ringgit tetapi kita tidak memerlukan sistem penapis air yang begitu mahal.

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah ditubuhkan pada 2006 untuk menguatkuasa industri air dan kumbahan di Malaysia. Langkah ini penting bagi memastikan pengurusan bekalan air dan sisa kumbahan diselaraskan. Pengguna patut sedar bahawa pencemaran kumbahan kepada sumber air adalah sesuatu yang patut dielakkan.  Kebanyakan pengguna gagal memahami bahawa sisa kumbahan akan akhirnya disalurkan ke sungai-sungai kita.  Tahap pencemaran adalah bergantung kepada sistem perawatan kumbahan yang digunakan. Kegagalan dalam mengawal pencemaran akan membawa malapetaka kepada manusia dan juga kehilangan sumber air.

   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies