English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Jaminan Tenaga
Saiz Teks A A A

Setiap kali kerajaan ingin menjustifikasi pengurangan subsidi kepada sektor berkaitan tenaga, kita selalu melihat pelbagai pendapat yang agak berbeza. Fakta menunjukkan, sumber-sumber tenaga sedang habis dengan cepat kerana peningkatan penggunaan sebanyak 2.3 % setiap tahun seluruh dunia. Ini memberikan tekanan yang tinggi kepada permintaan sumber-sumber yang terhad seperti bahan api fossil serta bahan api nuklear. Menurut Energy Information Administration, pada 2007 dunia kita menggunakan hampir 86.4% bahan api fossil berbagai sumber tenaga asas diikuti 8.5% tenaga nuklear, 6.3% tenaga hidroelektrik dan 0.9% tenaga yang boleh diperbaharui yang lain. Kebergantungan yang tinggi kepada sumber yang terhad adalah sama seperti mengisi masa depan seluruh dunia dalam gelas kaca yang sedang jatuh.

 

Walau bagaimanapun, isu pokok di sini adalah kemajuan negara akan terbantut jika kita tidak dapat memperoleh sumber tenaga yang mencukupi. Bagaimana Malaysia akan memastikan Jaminan Tenaga (Energy Security) jika kita akan menjadi pengimpot tenaga bersih jauh sebelum 2020?

 

Pertamanya, penggunaan sumber-sumber tenaga daripada proses penukaran pertama hingga penggunaan terakhir mestilah mempunyai kecekapan yang tinggi. Ini adalah penting kerana, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (International Energy Agency), 48% sumber tenaga terbazir dalam perjalanannya kepada pengguna. Ini merupakan pembaziran yang besar. Masalah ini boleh diselesaikan menggunakan teknologi, kita mampu untuk mengorak langkah ke hadapan.

 

Keduanya, dalam jangkamasa perubahan kepada menggunakan harga pasaran, Malaysia perlu  bersedia untuk menangani ketidakstabilan harga pasaran. Satu Dana Penstabilan Harga Tenaga perlu ditubuhkan. Dana ini dapat membantu kita untuk mengurangkan impak perubahan mendadak harga pasaran. Dana ini bukan satu bentuk subsidi tetapi penstabil harga kepada pengguna komersil, industri dan domestik untuk  mengharungi harga mengikut pasaran dalam jangka masa pendek.

 

Ketiga, penggabungan pentadbiran, dasar dan penguatkuasaan mengenai tenaga di bawah  satu agensi. Dasar dan pentadbiran semua sumber tenaga dan penggunaannya  perlu ditempatkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Agensi penguatkuasa kepada semua sumber dan penggunaannya adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga yang berfungsi secara bebas di bawah kementerian yang sama. Penggabungan akan membantu kecekapan dalam semua sektor pengggunaan secara langsung.

 

Negara tanpa jaminan tenaga akan mengalami krisis yang teruk.
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies