Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
telah menjalankan beberapa siri perundingan secara pasif, aktif dan interaktif
mengenai Gaya Hidup Rendah Karbon dengan pelbagai pihak berkepentingan. Hasil
kajian telah dikaji dengan teliti dan dipadankan dengan rancangan jangkamasa
pendek dan jangkamasa panjang. Model pelaksanaan ini dikodkan sebagai 3C50
adalah perancangan yang terperinci yang dibangunkan oleh AWER untuk membantu
Malaysia dalam mencapai Gaya Hidup Rendah Karbon.
Untuk menjalani gaya hidup rendah karbon, semua lapisan masyarakat dan
perniagaan memerlukan alat (tool) dan bantuan. AWER telah mewujudkan CLICK
kepada Gaya Hidup Rendah Karbon, satu platform atas talian (online) untuk
rakyat Malaysia supaya dapat membuat langkah yang lestari dengan lebih mudah.
Kami berterima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur (British
High Commission, Kuala Lumpur) dan Kerajaan UK dalam menyokong pelaksanaan
bahagian pertama pelan 3C50 kami ini. Untuk keterangan lanjut sila layari www.click.org.my.