Pembangunan RE akan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang lain, RE mempunyai kebaikan dan keburukan juga. Untuk menyokong sistem RE kita perlu sekurang-kurangnya satu sistem pada skala operasi. Kita juga perlu akur bahawa bekalan tenaga kepada grid daripada sumber RE adalah tidak stabil. Ini perlu diiktiraf sebagai satu masalah utama. Penyelidikan dan pembangunan sememangnya dapat mengatasi masalah ini kerana ia hanya memerlukan penstabilan proses. Ini memerlukan penyepaduan kepada loji RE yang lebih besar dan memberikan output yang lebih stabil.
Pembangunan tenaga solar mempunyai kos sebagai penghalang utama. Bayangkan jika Malaysia menggunakan tenaga solar dengan skala besar, kita akan menggunakan banyak pasir (sumber yang tidak boleh diperbaharui).
Bahan api alternatif seperti biogas, biofuel, etanol dan lain-lain mesti dilaksanakan secara berperingkat dan lestari. Sektor-sektor yang menggunakan bahan api fosil mesti bersedia untuk bertukar kepada penggunaan bahan api alternatif. Isu penting adalah untuk mengelakkan persaingan antara makanan dan bahan api. Sebagai contoh, minyak sawit adalah sumber yang baik untuk biofuel tetapi ia akan menyebabkan gangguan bekalan minyak masak. Tambahan pula, peningkatan permintaan biofuel akan meningkatkan penanaman sejenis (monocrop) di mana kos operasi akan meningkat disebabkan oleh baja dan racun. Keadah monocrop juga akan menyebabkan lebih banyak hutan ditebang.