Hutan: Berkhidmat Untukmu
Tema tahun ini telah menerangkan semuanya. Adakah kita menghargainya?
Kebergantungan air mentah kepada hutan bagi iklim Khatulistiwa tidak boleh dinafikan. Walaupun kita telah mengenal pasti masalah utama jaminan air mentah, kita perlu bertindak dengan segera. Kita perlu melaksanakan yang berikut:
(i) Melindungi kawasan tadahan air sedia ada
(ii) Rancang dan wartakan kawasan tadahan air untuk keperluan masa depan
(iii) Mengawal pencemaran air kepada sumber-sumber air dengan lebih ketat
(iv) Menginovasi sumber alternatif air sebagai satu kaedah Pengurusan Permintaan
Masa depan negara kita bergantung kepada kebolehan kita untuk menguruskan keperluan air. Kita perlu berkerjasama untuk memastikan Malaysia mencapai jaminan air.
Salam,
Piara