English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

BELANJAWAN 2012 – Program Bekalan Air dan Elektrik Pedalaman Perlu Pelaksanaan yang Teliti

SIARAN MEDIA
TARIKH: 9 OKTOBER 2011 (AHAD)
 
BELANJAWAN 2012 – Program Bekalan Air dan Elektrik Pedalaman Perlu Pelaksanaan yang Teliti
 
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji belanjawan bagi 2010, 2011 dan 2012. Terdapat peningkatan yang memberangsangkan untuk memperbaiki situasi bekalan air dan elektrik kawasan pedalaman. Ini adalah satu langkah yang baik dan patut diteruskan pada masa akan datang.
 
Berdasarkan kajian kami, kita mendapat maklumat berikut:
 
Belanjawan
Manfaat untuk program kawasan pedalaman
2010
Bekalan air – RM 530 Juta untuk 16,000 isi rumah
Bekalan elektrik – RM 825 Juta untuk 30,000 isi rumah
2011
Bekalan air dan elektrik:
- RM 1.2 Bilion untuk Sarawak
- RM 1.5 Bilion untuk Sabah
- RM 556 Juta untuk Semenanjung
2012
Bekalan air - RM 2.1 Bilion untuk 200,000 isi rumah
Bekalan elektrik - RM 1.1 Bilion untuk 39,000 isi rumah
 
Ini adalah program yang penting untuk memastikan semua rakyat Malaysia tidak kira status untuk mendapatkan kemudahan asas. Walau bagaimanapun, AWER ingin mengutarakan beberapa pandangan untuk menambahbaik program-program ini. Pertamanya, Ketua Audit Negara patut melaksanakan audit keseluruhan bagi program bekalan air dan elektrik pedalaman untuk mengukur pencapaian sehingga kini.
 
Tambahan pula, terdapat juga beberapa aduan mengenai kekurangan penyelenggaraan. Sebagai contoh, panel-panel solar dilitupi dengan lumut disebabkan kekurangan penyelenggaraan selepas kontraktor memasangnya. Penghuni-penghuni (orang asli dan orang kampung) pula tidak tahu apa yang patut dibuat kerana mereka tidak dilengkapi dengan kebolehan untuk menyelenggara alat-alat ini. Berdasarkan laporan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, hanya 20 daripada 28 mini hidro yang terdapat di Semenanjung Malaysia sedang berfungsi. Baki 8 masih dalam pelan pemulihan. Tiada laporan mengenai status mini hidro di Sabah dan Sarawak. Maka, ia adalah penting untuk kerajaan merekod dan memantau semua kerja-kerja yang dilakukan dengan teliti untuk memastikan program bekalan air dan elektrik pedalaman masih berfungsi dengan baik.
 
AWER ingin mencadangkan yang berikut untuk menambahbaik implementasi program-program ini:
(i)   Bidaan terbuka (Open bidding) daripada pembekal teknologi untuk mengurangkan kos program-program sebegini (berbanding dengan harga yang dirunding);
(ii)   Kos penyelenggaraan patut disertakan semasa  implementasi;
(iii)  Mendidik komuniti pedalaman untuk melakukan penyelenggaraan asas (ringkas). Ini juga dapat mewujudkan pekerja separuh mahir dalam komuniti ini;
(iv)  Adalah penting untuk membenarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga untuk menyelia dan memastikan program-program ini dilaksana dengan berkesan di seluruh Malaysia.
 
AWER berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan kami untuk memastikan program-program bekalan air dan elektrik pedalaman berjalan lancar dan telus.
   
S. PIARAPAKARAN
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies