English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Entiti Perniagaan Mesti Audit Penggunaan Tenaga Elektrik Untuk Menjadi Cekap Tenaga

SIARAN MEDIA

TARIKH: 21 DISEMBER 2011 (RABU)
 
ENTITI PERNIAGAAN MESTI AUDIT PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK UNTUK MENJADI CEKAP TENAGA
 
Sebahagian besar penggunaan elektrik di mana-mana negara adalah dari komuniti perniagaan. Bagi merealisasikan ikrar yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita untuk mengurangkan intensiti karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2020, komuniti perniagaan perlu bergerak ke hadapan. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan beberapa siri konsultasi dengan entiti perniagaan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh mereka untuk menjadi cekap tenaga. Kekurangan tenaga kerja berkebolehan dan berpengetahuan serta kos audit tenaga yang mahal telah dikenalpasti sebagai masalah utama.
 
Terdapat 3 faktor yang menyumbang kepada penggunaan tenaga dalam sesuatu operasi. Faktor pertama adalah penggunaan elektrik peralatan itu sendiri. Dalam lawatan kerja kami, kami mendapati pembelian peralatan terpakai dan peralatan yang tidak cekap tenaga adalah perkara biasa di kalangan sesetengah entiti perniagaan. Sebab utama perkara ini berlaku adalah kos pelaburan awal untuk peralatan sebegini adalah sangat rendah. Setelah membeli, kos operasi yang disebabkan oleh penggunaan elektrik yang tinggi akan membebani mereka untuk jangka masa yang panjang.
 
Faktor kedua adalah bilangan peralatan yang digunakan. Jumlah bilangan peralatan adalah berkadar terus dengan jumlah penggunaan elektrik. Akhir sekali, faktor ketiga adalah tempoh penggunaan. Sekiranya sebuah syarikat membeli peralatan yang tidak cekap tenaga dalam kuantiti yang banyak dan menggunakannya untuk jangka masa yang panjang, anda boleh bayangkan peningkatan kos operasi mereka yang mendadak.
 
AWER telah menggabungkan ketiga-tiga faktor ini dalam Low CO2 Tool yang dinamakan Tangkap si Pencuri (Click d’ Thief) untuk membantu entiti perniagaan melakukan audit tenaga yang mudah secara PERCUMA. Kalkulator ini meliputi semua jenis tarif bagi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Kalkulator ini juga akan membantu mereka untuk mengenal pasti peralatan yang mempunyai penggunaan tenaga elektrik yang tinggi bersama-sama dengan kuantiti pelepasan karbon (carbon footprint). Dengan itu, halangan-halangan yang dihadapi oleh entiti perniagaan dapat dikurangkan melalui kalkulator ini.
 
Komuniti perniagaan juga mesti memahami trend semasa bahawa harga elektrik di seluruh dunia akan terus meningkat selaras dengan unjuran peningkatan permintaan tenaga asas dunia. Sumber tenaga akan menjadi faktor penghad. Kita mempunyai hanya satu cara ke hadapan iaitu mempraktikkan kecekapan tenaga.
 
Tambahan pula, kalkulator Tangkap si Pencuri boleh menjadi alat pengiraan parameter alam sekitar (pelepasan karbon dioksida) bagi penggunaan elektrik untuk proses pensijilan ISO14001. Ini akan membantu entiti-entiti perniagaan membuat keputusan yang lebih tepat.
 
Kami menjemput komuniti perniagaan supaya CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon melalui www.click.org.my untuk mengurangkan kos elektrik, pelepasan karbon dan meningkatkan daya saing yang akan memanfaatkan rakyat serta pembangunan negara.
 
Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies