English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Parlimen Mesti Memastikan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Di Tutup

Surat Kepada Pengarang - 11 Julai 2013

Parlimen Mesti Memastikan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Di Tutup

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan pelbagai isu yang berkaitan dengan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) dan kaedah yang digunakan di Malaysia. Agenda Teknologi Hijau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan diikrarkan oleh YAB Perdana Menteri diganggu-gugat oleh peningkatan kelemahan dan pengaburan kebenaran (whitewashing) serta tuduhan salah laku dalam sistem Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT).

Mekanisme Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT) telah diterima pakai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan bukannya dibangunkan secara tempatan untuk pelaksanaan projek-projek Tenaga Diperbaharui (RE). Sehingga kini, formula untuk menetapkan kos unit FiT tidak diketahui. Kerajaan Persekutuan langsung tidak telus dalam proses mengira Perbelanjaan Modal (capex), Perbelanjaan Operasi (opex), Keuntungan Terkawal (Regulated Profit) dan Faedah Kecekapan (Efficiency Perks). FiT dibiayai oleh rakyat dan rakyat mesti mengetahui mekanisme dan butir-butir pengiraannya.

Di samping itu, pelaksanaan RE melalui mekanisme FiT masih boleh dipersoalkan. Model ini tidak menjamin pertumbuhan industri RE yang mapan dan berterusan. Apa yang akan berlaku selepas 'tahun-tahun menguntungkan'? Adakah pelabur akan terus melabur? Agensi-agensi kerajaan bukan sahaja tidak membalas keraguan AWER terhadap FiT secara profesional, malahan telah memberi beberapa jawapan disalin dari Wikipedia. Pada masa ini, Jerman sendiri sudah menghadapi isu-isu serius dengan mekanisme FiT berdasarkan perundingan AWER dengan beberapa pakar dari Jerman dan laporan-laporan  yang diterbitkan. Oleh itu, penggunaan Jerman sebagai contoh yang utama oleh Kerajaan Persekutuan bagi justifikasi pelaksanaan RE melalui mekanisme FiT boleh dipersoalkan.

Tahun lepas (2012), maklumat mengenai bagaimana FiT solar PV telah dimonopoli oleh individu-individu tertentu telah diketengahkan oleh beberapa Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, SEDA (Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan) telah menuding jari dengan sewenang-wenangnya kepada objek mati seperti sistem komputer bagi semua masalah dan menyatakan ia adalah mekanisme yang 'telus'. Komputer hanya boleh menjadi mekanisme kawalan kerana manusia masih mengawal input dan output. Perkara ini perlu disiasat secara terperinci dan bebas oleh Kerajaan Persekutuan dengan segera bagi memastikan integriti dan ketelusan yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri ditegakkan.

Kami menggesa Kerajaan Persekutuan dan semua Ahli-ahli Parlimen (MP) yang baru dipilih untuk menubuhkan Panel Bebas bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 di bawah Suruhanjaya Tenaga secara langsung untuk mengelakkan pertindihan tugas dan pembaziran dana operasi. Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dengan jelasnya telah menetapkan bidang kuasa untuk membangunkan RE adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga. Ini juga bermakna Akta SEDA 2011 perlu dimansuhkan disebabkan pertindihannya dan SEDA mesti ditutup. Ia adalah penting untuk membina industri RE yang berkembang tetapi model masa kini akan gagal dengan teruk kerana ia tidak mampan dan Malaysia langsung bukanlah pemilik teknologi. Panel ini juga perlu menyiasat individu-individu yang telah memperdaya Parlimen dalam meluluskan pelaksanaan mekanisme FiT yang cacat ini melalui SEDA dan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu ini untuk mengelakkan kesilapan sebegini daripada berulang.

Pegawai-pegawai kerajaan yang tidak kompeten dan rasuah serta orang-orang yang mempunyai kepentingan tertentu telah menyebabkan banyak kerajaan gagal. Sejarah memberikan contoh yang baik untuk masa depan dan ironinya, sejarah sentiasa berulang. Pemimpin yang bijak akan belajar dari kesilapan dan membuat perubahan. Kita memerlukan Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen yang berani untuk memadamkan SEDA supaya RE boleh berkembang semula.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies