Malapetaka berkaitan dengan alam sekitar telah bertambah setiap tahun. Ini juga merupakan petanda bahawa perubahan iklim akan membawa kesan langsung kepada kita. Semoga 2011 dijadikan tahun untuk memulakan perubahan. COP 16 di Cancun masih gagal menemui jalan penyelesaian yang baik untuk menyambung Kyoto Protokol yang akan tamat pada 2012.
Saya berharap, semua NGO yang ingin menyuarakan pendapat mereka pagi COP 17, lakukannya daripada negara asal. Jangan menyumbang kepada CO2 dengan terbang jauh dari negara asal beramai-ramai. Mulakan daripada tindakan anda yang lebih teratur!