English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Pengurusan Sisa yang Efektif Diperlukan - Hari Tanpa Plastik

Berulang kali saya telah mengutarakan kepentingan pengurusan sisa. Soalan asas dalam penggunaan plastik, mengapa kita perlukannya untuk menguruskan sampah?

 

Sebenarnya, sisa organik kita akan mula meleleh jika tiada plastik. Ini merupakan alasan utama yang digunakan oleh Malaysian Plastic Manufacturers Association (MPMA) untuk mempertahankan penggunaan plastik. Tambahan pula, mereka menggunakan nilai Kajian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment-LCA) dari negara lain untuk justifikasi kewujudan plastik. Ini adalah salah kerana LCA adalah berkaitan dengan proses pembuatan, penggunaan, pengurusan sisa dan dasar-dasar lain yang wujud di sesebuah lokasi. MPMA, berhenti menggunakan fakta yang salah.

 

Untuk  Reduce, Reuse dan Recycle (3R) yang dicadangkan oleh MPMA, kita terpaksa mempertikaikannya. Plastik di pasaran adalah daripada jenis biasa dan jenis boleh terurai (degrade). Kedua-dua jenis ini tidak boleh dimasukkan bersama untuk di kitar semula. Tambahan pula, jenis terurai melepaskan bahan kimia terus kepada alam sekitar berbanding jenis biasa. MPMA, fakta kamu tidaklah sekuat mana.

 

Untuk menghentikan lelehan tadi, kita perlu tempatkan sisa organik di lokasi yang tidak memerlukan plastik. Kumbahan merupakan lokasi yang baik. Malahan, pemprosesan sisa organik dengan kumbahan akan memberikan pulangan yang baik dari segi ekonomi dan alam sekitar. Ini bukan teknologi baru dan jika telahpun jauh ketinggalan.

 

Bagi yang mempunyai tanah sekeliling anda, boleh cuba untuk menukarkan sisa organik kepada baja. Banyak kaedah ringkas yang wujud.

 

Untuk HARI TANPA PLASTIK, ia masih cara yang baik untuk mendidik rakyat untuk menjadi  lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Tetapi, gunakan beg kain yang senang untuk di cuci dan di gunakan semula. Jadi rakyat yang prihatin, bawa beg membeli-belah setiap hari, bukan sahaja hari Sabtu.

Komen (1 Posted)

  1. nooribah binti mohd darus


    2011-10-29
    Arrow Adakah kewujudan hari tanpa plastik pada hari sabtu sudah berbaloi untuk mengurangkan penggunaan plastik di negara?

    Piara, 2011-10-30
    Dear Nooribah, Sebenarnya ia tidak mencukupi. Plastik adalah polimer yang ringan dan lasak (bergantung kepada komposisi kimia). Tapi penggunaanya sebagai beg plastik bukanlah sesuatu yang patut diteruskan. Ia patut digunakan di sektor seperti pembuatan (manufacturing) dan pembungkusan (botol plastik) di mana sisa palstik mudah di kutip semula untuk proses kitar semula. Satu lagi isu adalah, plastik terbiodegrasi tidak boleh di kitar semula dengan plastik biasa. Pada masa yang sama, ia merumitkan lagi masalah pemcemaran daripada monomer plastik.

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies