Isu mengenai banjir dan mitigasi senantiasa ditekankan. Akan tetapi, perubahan iklim tidak boleh dijadikan sebagai alasan selama-lamanya.
Kos pencegahan banjir sebenarnya adalah atas tanggungan rakyat melalui kutipan cukai. Kelewatan dan kemusnahan akibat bajir juga merupakan satu bebanan tambahan. Sebagai pembayar cukai, kita juga ingin memastikan implimentasi projek-projek ini dengan sempurna. Mengapa maklumat mengenai projek-projek ini tidak disiarkan untuk makluman umum?
Beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan:
-
Semua projek pencegahan banjir yang akan dilaksanakan patut di kaji semula. Ini adalah untuk memastikan projek-projek ini boleh mencegah banjir untuk tempoh yang di reka atau lebih lama. Penglibatan orang awam dalam perlaksanaan projek-projek ini patut dipertingkat.
-
Hentikan semua pembangunan tanah tinggi dan pembersihan hutan yang besar. Peningkatan permukaan yang tidak menyerap air menyebabkan peningkatan air larian permukaan yang akhirnya mengakibatkan banjir dalam masa yang singkat.
-
Perparitan dan saliran bagi bangunan-bangunan serta jalan-jalan mesti di reka bentuk semula untuk keperluan terkini. Pengusaha-pengusaha perlu mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi berkenaan sebelum menjalankan sebarang pembangunan di sesuatu kawasan. Agensi-agensi ini juga patut mengambil tanggungjawab jika berlaku kegagalan dalam kelulusan yang diberikan oleh mereka.
-
Pendalaman sungai patut dilakukan dengan lebih kerap untuk memastikan sungai-sungai ini dapat mengalirkan kuantiti air yang banyak pada sesuatu masa. Lebih banyak kolam takungan air hujan patut diwujudkan di kawasan yang kerap mengalami banjir. Air hujan juga merupakan satu sumber yang terbazir kerana ia boleh digunakan sebagai sumber air mentah untuk perawatan air minuman. Satu pelan jangkamasa panjang perlu diwujudkan di mana penuaian air hujan ini dapat mengurangkan kos perawatan air minuman serta dapat membantu dalam mengurangkan masalah banjir.
-
Elakkan pembangunan di kawasan yang kerap mengalami banjir. Kawasan-kawasan ini akan menjadi sasaran utama jika berlaku peningkatan taburan hujan.
Adalah lebih baik kita gunakan peruntukkan kerajaan untuk melaksanakan output yang terbaik dan mengelakkan banjir daripad berlaku atau dalam situasi teruk, meminimumkan kemusnahan.