English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Ada pendapatan tinggi daripada sisa kumbahan!

Terdapat dua jenis perkhidmatan berbayar untuk tujuan sanitasi dan kumbahan, iaitu perkhidmatan bersambung dan tidak bersambung. Perkhidmatan bersambung adalah apabila sisa kumbahan (air sisa dari bilik air dan tandas) serta air sisa dapur dialirkan terus ke loji-loji perawatan Indah Water Konsortium (IWK) atau kerajaan tempatan untuk dirawat.

Perkhidmatan tidak tersambung adalah bagi kawasan perumahan yang lama dan kawasan pedalaman di mana terdapat tangki septik individu yang merawat sisa kumbahan sahaja. Tangki-tangki septik ini perlu dinyahenapcemar (pengeluaran mendapan pada dasar tangki) secara berkala. Proses ini memastikan tangki septik berfungsi pada keadaan yang optimum. Kos pennyahenapcemar adalah di antara RM 200 hingga RM 300 atau lebih. Jika penyahenapcemar tidak dilakukan, sisa kumbahan ini akan mengalir terus ke longkang atau sungai. Ini akan mencemar sumber air secara terus.

Menurut Malaysia Water Industry Guide 2010, sejumlah 6,434, 483 Tangki Septik Individu dan 5,519,616 sistem simbah terus masih berfungsi di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Sistem simbah terus mempunyai impak kepada alam sekitar yang lebih teruk berbanding tangki septik individu. Kedua-dua sistem ini perlu ditukarkan secara berkala kepada perkhidmatan bersambung. Ini memerlukan perancangan jangka masa panjang dan pelaburan yang tinggi.

Bagi perkhidmatan bersambung, sisa kumbahan dikumpulkan secara bersepadu dan dirawat sebelum air sisa dilepaskan sama ada pada Standard A atau B mengikut Standard Pelepasan Air Sisa yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sisa kumbahan merupakan satu sumber yang tidak digunakan terutamanya di kawasan yang mengalami kekurangan air. 50 – 80% penggunaan air domestik akan dialirkan ke sistem kumbahan.

Sydney di Australia, negara-negara timur tengah dan Singapura telah menuai sumber ini untuk kegunaan sebagai air untuk minum dan bukan minum. Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk mengembangkan bidang ini bagi sektor domestik, komersil dan industri.

Air sisa kumbahan yang dirawat boleh digunakan untuk tujuan penyejukan mesin, proses-proses yang tidak melibatkan penyediaan makanan, menyiram taman dan tumbuhan di bawah kawalan kerajaan tempatan, dan sebagainya. Paip-paip yang didedikasi boleh disambung ke kawasan yang mempunyai permintaan air yang tinggi dan khas.  Tambahan pula, lori-lori tangki yang bertanggungjawwab untuk menyiram tumbuhan di bawah kawalan kerajaan tempatan dapat juga mengambil air ini dari loji-loji kumbahan dengan senang.

Lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk menuai gas metana daripada sisa kumbahan untuk mengurangkan kebergantungan loji perawatan sisa kumbahan kepada tenaga elektrik. Pada masa yang sama, sisa kumbahan boleh dijadikan satu sumber tenaga yang diperbaharui yang lebih mantap. Sisa termendak juga boleh ditukarkan kepada baja bagi tumbuhan bukan untuk tujuan makan. AWER menyeru Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk mengkaji semula sektor pengurusan sisa kumbahan ini. Menjana lebih banyak pendapatan daripada sisa yang terhasil dapat mengurangkan kos operasi loji-loji perawatan sisa kumbahan dan juga membolehkan penambahbaikan teknologi.

Kita sepatutnya memberikan potensi ekonomi yang lebih baik kepada sumber yang tidak akan pupus ini!

Piarapakaran S.

Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies