Saya telah membaca laporan mengenai gangguan air di Selangor. Notis gangguan bekalan air mesti ada Prosedur Operasi yang Standard (Standard Operating Procedure-SOP) mengikut saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Syarikat-syarikat air boleh melaksanakan pelan yang lebih baik daripada penanda aras ini (jika ada). Penyelengaraan terjadual adalah satu kebiasaan bagi industri. Berdasarkan rekabentuk sistem, jika margin simpanan (reserve margin) adalah rendah, sesetengah kawasan akan mengambil masa lebih lama daripada Jumaat untuk mendapat bekalan air. Kita perlu ingat, setelah bekalan air dipulihkan ia perlu mengisi reservoir, tangki-tangki simpanan di bangunan dan permintaan harian pengguna. Situasi yang sama seperti gangguan bekalan air di Pulau Pinang mungkin berlaku. Ini tiada kaitan dengan Capex (perbelanjaan modal) SYABAS. Ia adalah lebih kepada perancangan.