English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Cadangan Penswastaan IWK Melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

SIARAN MEDIA
TARIKH: 10 SEPTEMBER 2011 (SABTU)
 
CADANGAN PENSWASTAAN IWK (Indah Water Consortium) MELANGGAR AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006
 
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan penswastaan IWK oleh 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) kerana ia memudaratkan keadilan sosial dan ekonomi serta tidak sehaluan dengan undang-undang di Malaysia.
 
Perkhidmatan air dibahagikan kepada perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembentungan. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) adalah undang-undang yang mengawalselia semua perkhidmatan air dari segi teknikal, ekonomi dan kualiti perkhidmatan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Undang-undang ini mulai dikuatkuasakan pada tahun 2008.
 
Objektif utama WSIA adalah untuk mengelakkan SEBARANG JENIS PERJANJIAN KONSESI serta operator-operator perkhidmatan air dan perkhidmatan pembentungan dikehendaki untuk bermigrasi ke rejim pelesenan di mana mereka akan dipantau dengan ketat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Undang-undang ini ingin juga mencapai imbangan di antara keperluan ekonomi dan sosial dalam pengurusan perkhidmatan air supaya ia mempunyai kos yang berpatutan dan setaraf dengan standard antarabangsa. Ini akan memastikan penetapan tarif yang SAKSAMA dan pengurusan yang TELUS untuk keseluruhan perkhidmatan air.
 
Berdasarkan beberapa laporan akhbar tempatan, 1MDB dengan beberapa ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab yang berada di sebalik perancangan ini telah mengelirukan rakyat dan melanggar WSIA.
 
Penyelesaian-penyelesaian yang dikatakan oleh kumpulan ini adalah sama dengan langkah-langkah yang telahpun dicadangkan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dan masih menanti persetujuan Kerajaan Persekutuan sejak beberapa tahun yang lalu. Cadangan-cadangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Pengurusan IWK sekarang tersepit disebabkan KEGAGALAN PENSWASTAAN sebelum ini. Maka, penswastaan semula menggunakan konsesi seperti yang dicadangkan oleh 1MDB merupakan satu penyelesaian yang salah dan tidak mempunyai ruang di sisi undang-undang selepas WSIA dikuatkuasakan sejak tahun 2008.
 
Kini, SPAN telahpun menghentikan IWK daripada monopoli pennyahenapan kumbahan (desludging) bagi sistem pembentungan tidak bersambung dan membuka lesen kepada syarikat-syarikat yang lain. Bagi sistem pembentungan bersambung (yang dibil oleh IWK atau Kerajaan Tempatan), terdapat beberapa rancangan untuk pembangunan sama seperti sektor perawatan dan bekalan air. Hala tuju untuk perkhidmatan pembentungan adalah juga melalui rejim pelesenan. TIADA LAGI PERJANJIAN KONSESI.
 
Jika mana-mana pihak berkuasa meluluskan cadangan 1MDB ini, AWER tidak akan teragak-agak untuk mengheret mereka ke mahkamah. Berhenti menggunakan cara-cara jahil untuk mendapatkan perniagaan. Apa-apa pelaksanaan yang tidak sehaluan dengan WSIA adalah satu kesalahan.
 
 
PIARAPAKARAN  S.
Presiden

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies