English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Pelancaran Laman Web CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon dan Web Tool

TARIKH: 7 DISEMBER 2011 (RABU)
 
Pelancaran Laman Web CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon dan Web Tool
Kediaman Pesuruhjaya Tinggi British, Kuala Lumpur
10 a.m, 7 Disember 2011
Dilancarkan oleh: En Ray Kyles, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur.
 
BAHAGIAN 1: Mengapa CLICK?
Di Malaysia, berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata sebanyak 6.1% di antara tahun 2000 dan 2008. Nilai ini hampir sama dengan peningkatan purata KDNK (GDP) sebanyak 6.0%. Tambahan pula, subsidi kepada gas asli akan dimansuhkan sepenuhnya menjelang tahun 2015. Bukan sahaja kos tenaga dijangka meningkat, kita juga agak ketinggalan jauh dalam bidang Kecekapan Tenaga disebabkan pelbagai alasan.
 
Berdasarkan statistik penjualan tenaga elektrik pada tahun 2009, sebanyak 92,753 GWj (Giga Watt jam) tenaga elektrik telah digunakan. AWER menganggar sejumlah 62.14 juta Ton bersamaan CO2 (karbon dioksida) telah dilepaskan disebabkan penggunaan elektrik ini. Nisbah purata agihan pelepasan CO2 adalah 3:5:6 di antara sektor domestik, komersil dan industri.
 
Walaupun Malaysia telah membuat komitmen untuk mempraktikkan teknologi hijau dan Ekonomi Rendah Karbon, langkah seterusnya masih kabur. Ia mewujudkan “penghijauan” dari segi warna berbanding dengan cara-cara penyelesaian masalah yang membantu. Berdasarkan maklumbalas daripada individu-individu, SMI/E (Industri Kecil Sederhana), pembuat peralatan elektrik, dan agensi kerajaan, mereka ingin bantuan seperti webtool (alat bantuan berasaskan internet) untuk membantu mereka membuat keputusan dan bergerak ke hadapan.
 
BAHAGIAN 2: CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon (CLICK to Low Carbon Lifestyle  - www.click.org.my)
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan beberapa siri perundingan secara pasif, aktif dan interaktif mengenai Gaya Hidup Rendah Karbon dengan pelbagai pihak berkepentingan. Hasil kajian dikaji dengan teliti dan dipadankan dengan rancangan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Model pelaksanaan ini dikodkan 3C50 adalah perancangan yang terperinci yang dibangunkan oleh AWER untuk membantu Malaysia dalam mencapai Gaya Hidup Rendah Karbon. Portal ini disediakan dalam 3 bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina).
 
Berdasarkan model 3C50 yang dibangunkan oleh AWER, objektif-objektif langkah pertama adalah:
 
(i)       Untuk memulakan perkongsian maklumat mengenai kecekapan dan penjimatan tenaga elektrik
(ii)      Untuk menyediakan Alat Rendah CO2 (Low CO2 Tool) – audit asas penggunaan tenaga
(iii)    Untuk menyediakan kedudukan (ranking) peralatan berdasarkan kecekapan dan kelestarian
(iv)    Untuk menggalakkan rakyat dan perniagaan mengurangkan pelepasan karbon secara strategik
(v)     Untuk memastikan penambahbaikan berterusan
 
Bahagian 3: Low CO2 Tool (Tangkap si Pencuri)
Low CO2 Tool yang pertama adalah Tangkap si Pencuri. Objektif-objektif Tangkap si Pencuri adalah:
(i)       Untuk membantu audit Penggunaan Tenaga,
(ii)      Untuk membantu mengenalpasti Pelepasan Karbon (Carbon Footprint),
(iii)    Untuk membantu mengenalpasti Peralatan yang Mempunyai Penggunaan Tenaga yang Tinggi,
(iv)    Untuk membantu dalam memastikan keputusan yang betul dibuat semasa mempraktikkan Gaya Hidup Rendah Karbon,
(v)     Untuk mewujudkan pendekatan kecekapan tenaga yang interaktif serta seronok dan senang,
(vi)    Untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat termasuk agensi kerajaan dan perniagaan untuk ‘Menangkap PENCURI mereka’.
 
*Anda boleh mengenalpasti jumlah penggunaan elektrik mengikut peralatan, tariff dan kategori penggunaan berbeza.
 
BAHAGIAN 4: CLICK dengan Kita (Akujanji Atas Talian)
Laman akujanji ini diwujudkan untuk mewujudkan budaya berkongsi pengalaman dan mencapai secara sukarela satu Gaya Hidup yang Rendah Karbon. Akujanji ini juga satu keahlian online di mana ahli-ahli CLICK ini dapat memperoleh maklumat terkini mengenai CLICK. Sistem ini juga membenarkan ahli berkongsi pengalaman bagaimana mereka mengatasi halangan untuk mempraktikkan Gaya Hidup Rendah Karbon secara terus. Kami menjemput semua lapisan masyarakat, industri, perniagaan dan agensi kerajaan untuk melakukan akujanji dan berkongsi pengalaman anda dalam aplikasi Rendah Karbon. Tidak kira berapa kecil usaha anda, ia adalah bernilai.
 
Penutupan
CLICK hanyalah satu permulaan. Ia adalah satu portal yang berkembang dan lebih banyak webtool serta laporan-laporan akan dimuatnaik secara berkala. Jom bersama kita mula mengCLICK di www.click.org.my.
 
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi British yang telah memberikan sokongan mereka untuk pembangunan CLICK.
 
Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies