English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

MEKANISME PENETAPAN TARIF AIR YANG TELUS

SIARAN MEDIA - 09 SEPTEMBER 2014 (SELASA)

MEKANISME PENETAPAN TARIF AIR YANG TELUS

Sejak 2011, AWER sentiasa menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan mekanisme penetapan tarif yang telus untuk tarif air. Pada awal tahun 2013, Kerajaan Persekutuan telah akhirnya komited untuk membenarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan mekanisme penetapan tarif yang telus seperti yang dicadangkan oleh AWER. Hari ini, AWER telah menerima maklumat daripada SPAN bahawa langkah-langkah awal untuk melibatkan semua peringkat pihak berkepentingan akan dilaksanakan sebelum pelarasan tarif air diputuskan.

Ringkasan pelarasan tarif yang dicadangkan dan Indeks Pencapaian Utama (KPI) beserta pencapaian oleh operator perkhidmatan air akan diterbitkan oleh SPAN untuk semua pihak berkepentingan termasuk orang ramai untuk memberi maklum balas mereka. Perkhidmatan air adalah termasuk perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Ini akan menjadi satu langkah awal sebelum Perakaunan Kawal Selia Air (Regulatory Water Accounting - RWA) dimuktamadkan di mana ia akan meningkatkan lagi ketelusan kos perkhidmatan air dan penanda aras kos yang cekap untuk meningkatkan taraf operasi industri perkhidmatan air. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2008 dan langkah untuk melaksanakan penetapan tarif air yang telus merupakan satu perkembangan positif oleh SPAN di bawah model WSIA.

Ini adalah detik bersejarah di mana orang ramai secara langsung akan terlibat sebelum penyelarasan tarif ditetapkan. AWER menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan aktif dan positif untuk memberi maklum balas secara langsung kepada SPAN terhadap perkhidmatan yang diterima (contohnya pengendalian aduan, gangguan bekalan dan kualiti air) daripada operator air bagi membantu SPAN untuk menilai prestasi operator air supaya SPAN boleh menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang lebih ketat terhadap operator air.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies