English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK YANG KELAM KABUT: PROJEK LOJI JANAKUASA TRACK 3B

SIARAN MEDIA - 18 JUN 2015 (KHAMIS)

SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK YANG KELAM KABUT: PROJEK LOJI JANAKUASA TRACK 3B

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan isu berkaitan dengan kelewatan dalam pembinaan loji janakuasa Jimah East (Track 3B) beberapa kali sejak kami mengesan sesuatu yang tidak kena dalam projek ini pada suku ketiga 2014. Terdapat beberapa cadangan yang telah diberikan kepada Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk memastikan tiada kos tambahan disalurkan kepada tarif elektrik. Malangnya, kedua-dua "SLEEPING BEAUTIES" ini terlelap.

Menteri KeTTHA hari ini telah mengumumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membeli pegangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam loji janakuasa arang batu Projek 3B. Tarikh Operasi Komersil (Commercial Operation Date-COD) sememangnya akan terlewat kerana TNB perlu memuktamadkan sumber kewangan (Financial Close) untuk projek ini. 1MDB sepatutnya memuktamadkan sumber kewangan bagi Track 3B pada pertengahan April 2015.

Disebabkan oleh kelewatan Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA untuk mengambil tindakan bagi mengelakkan kelewatan COD bagi Track 3B, AWER dapat jangkakan kelewatan ini akan menyalurkan kos bahan api tambahan (kenaikan sekitar 1.33 sen/kWj dalam purata tarif elektrik bagi kelewatan selama 6 bulan) akibat daripada loji janakuasa arang batu yang cekap tidak beroperasi mengikut COD asal. Tambahan pula, tarif purata (levelised tariff) bagi Track 3B mungkin akan meningkat sekitar 1 sen/kWj disebabkan oleh risiko tukaran matawang asing berbanding dengan tarif purata (levelised tariff) semasa iaitu 25.33 sen/kWj. Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas situasi kelam kabut ini dan mendedahkan tarif purata (levelised tariff) Track 3B yang baru dengan segera. Tarif purata (levelised tariff) adalah kos yang akan dibayar oleh pengguna domestik dan peniaga. Maka, Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA tidak mempunyai sebarang hak untuk berselindung daripada mendedahkan tarif purata Track 3B yang baru.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sila laksana!

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies