English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Air Tidak Terhasil (NRW) di Malaysia: Siapa Untung dan Siapa Rugi

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan kajian perangkaan untuk mengira kerugian kewangan yang disebabkan oleh air tidak terhasil (NRW). Kajian ini mengambil kira nilai-nilai seperti jumlah kehilangan air terawat, peratusan pengguna mengikut kategori dan purata tarif terendah mengikut kategori bagi setiap negeri. Mengikut Laporan Malaysia Water Industry Guide 2010, nilai purata NRW adalah 36.63% bagi tahun 2009 berbanding dengan 36.93% bagi tahun 2008. Jumlah kehilangan air terawat yang disebabkan oleh NRW adalah sebanyak 1.8 billion meter padu pada tahun 2009.

Pahang telah merekodkan nilai peratusan NRW yang tertinggi iaitu sebanyak 59.9% pada tahun 2009 di mana kehilangan air terawat sejumlah 200 juta meter padu telah direkodkan. Walau bagaimanapun, apabila perbandingan dilakukan berdasarkan kehilangan air terawat dalam meter padu, Selangor (termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya) masih berada di tangga teratas iaitu kehilangan air terawat sebanyak 465 juta meter padu pada tahun 2009 walaupun nilai peratusan NRW adalah sebanyak 32.49%. Ini adalah disebabkan Selangor mempunyai kuantiti penghasilan air terawat yang tertinggi di Malaysia.

Berpandukan kajian ini, jumlah kerugian kewangan di Malaysia yang disebabkan oleh NRW adalah sebanyak RM 1.62 billion pada tahun 2008 dan RM 1.64 billion pada tahun 2009. Maka, kerugian kewangan telah meningkat sebanyak RM 20 juta walaupun NRW telah berkurang sebanyak 0.3% di antara tahun 2008 dan tahun 2009.

Memandangkan Pahang talah mencatatkan peningkatan NRW, ia telah mencatatkan kerugian kewangan sebanyak RM 136.6 juta pada tahun 2009 berbanding dengan RM 120.1 juta pada tahun 2008. Ini bermakna Pahang telah merekod peningkatan kerugian kewangan sebanyak RM 16.5 juta dan peningkatan kerugian ini adalah yang tertinggi di Malaysia bagi tahun 2009.

Kajian ini juga menunjukan bahawa Selangor (termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya) telah mengalami kerugian kewangan sebanyak RM 582.3 juta pada tahun 2008 dan RM 558.0 juta pada tahun 2009 disebabkan oleh NRW. Walau bagaimanapun, Selangor (termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya) telah menjimatkan sebanyak RM 24.3 juta daripada pengurangan NRW iaitu pengurangan dari 33.95% pada tahun 2008 ke 32.49% pada tahun 2009. Penjimatan ini adalah tertinggi di Malaysia diikuti oleh Sabah dan Labuan. Sabah telah menjimat sebanyak RM 8.2 juta dan Labuan telah menjimat RM 1.03 juta pada tahun 2009.

Jumlah pendapatan bagi sektor perkhidmatan air adalah RM 3.93 billion pada tahun 2009. Kerugian kewangan daripada kajian perangkaan yang disebabkan oleh NRW adalah hampir 41.7% dari jumlah pendapatan ini. Jika NRW boleh dikurangkan, ia akan meningkatkan pendapatan bagi sektor perkhidmatan air dan seterusnya meningkatkan kedudukan kewangan operator-operator air supaya operasi sektor ini lebih lestari.

AWER ingin menyeru Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk memfokus dalam mengurangkan kadar NRW negara supaya dapat mencapai tahap NRW kurang daripada 20% menjelang tahun 2020. Untuk mencapai pengurangan yang efektif, Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang lebih tegas bagi operator air di Malaysia diperlukan. Ini kerana pengurangan NRW dapat mengurangkan kos perawatan dan bekalan air di mana ia akan dapat membantu untuk memberikan tarif air yang lebih adil kepada rakyat Malaysia. AWER juga ingin mencadangkan NRW menjadi komponen utama KPI dalam proses pelarasan tarif pada masa akan datang.

Sumber kewangan bagi Perbelanjaan Modal (capex) mesti megikut keperluan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (WSIA). Semua operator air mesti dilesenkan oleh SPAN dan pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Ini adalah bagi mengelakkan kos yang tinggi dan memberikan impak kepada tarif. Maka, kita tidak dapat nafikan bahawa pengstrukturan semula industri perkhidmatan air melalui Rejim WSIA akan memainkan peranan penting dalam Jaminan Air Negara serta tarif air yang munasabah.

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies